Goal for this chapter: 5 votes 3 comments.
---
Lepas dia siap mandi, dia geledah fridge Erik nak cari lemon dengan oren tapi tak terjumpa. Kepala berdenyut-denyut dan dia sumpah letih ya amat. Dia tutup semula peti sejuk dan mencari jam dinding diatas muka pintu masuk dapur.
10.45pm
Berkerut Lut cuba hadam apa yang ditunjuk jam dinding itu, kemudian dia garu belakang kepala.
Dia missed maghrib.
Lut meraup wajah dan menggeleng sendiri. Lalu dia mencapai mug dan isi mug tersebut dengan air suam.
Bila dia tarik kerusi, barulah dia teringatkan Erik.
Dahi Lut berkerut lagi.
Lut tak jadi duduk. Dia berjalan menuju bilik belakang tersebut dan menguak pintu dengan perlahan. Kepala dijengulkan kedalam, melihat Erik sedang mencabut cadar katil.
"Weh." Lut menegur, terkejut dengan suara sendiri yang serak. Dia meneguk air kosong, lalu bersandar dimuka pintu. Sedikit sebanyak lega tekak bila rasa suam air mengalir dikerongkong yang tadinya kesat.
Erik terhenti sekejap, belakang tengkuk dan telinganya masih merah. Dan Lut tak nafi dia perasan tangan Erik menggeletar bila dia memegang cadar dalam tangan. Erik menarik cadar tersebut dari tilam dan dijatuhkan diatas selimut dan sarung bantal atas lantai.
"Kau-" Erik terhenti sekejap. Sama terkejut dengar suara serak sendiri yang tersangkut kejap ditekak. Dia telan air liur kemudian mengangkat gumpalan cadar, sarung bantal dan selimut atas lantai dalam tangan. "Aku call Lis-"
"Erik." Lut menyebut sekali, memotong kata-kata Erik.
Erik telan air liur lagi sekali, masih belum berpaling. "Aku call Lisa kata kau tidur dekat rumah-"
"Erik," Lut mencuba lagi sekali, mendekati Erik. Tapi dia tidak menyentuh sahabatnya itu.
Erik diam, dia menarik muka kesisi dan cuba berjalan keluar. Tetapi Lut sempat memaut lengan Erik. Tersentak Erik dibuatnya.
"Aku naik solat dalam bilik kau and we go to sleep, okay?" Ujar Lut lembut, melepaskan pegangannya pada lengan Erik.
Erik menyedut nafas panjang dan dilepaskan perlahan. Lantas dia mengangguk kecil dan keluar dari dalam bilik tersebut.
Lut tak bersuara lagi, dia menyusul keluar selepas Erik, menghabiskan air dalam mug dan dibilas kemudian membawa diri kebilik Erik.
*
Usai solat isyak dan meng-qada' maghrib, Lut mencapai phone Erik yang terbaring elok atas bantal. Selepas dia unlock phone Erik dan bersyukur sendiri passcode yang dia masukkan tak salah, (Lut selalu lupa passcode Erik bukan sebab dia tak ingat, tapi selalu dia tertukar dengan passcode sendiri. Ini disebabkan passcode Erik dan Lut lebih kurang, yang beza kedudukan nombornya saja.) dia terus mencari contact number Lisa.
Col. Lisa Hanan
Lut angkat kening sebelah dengan nama yang diletakkan Erik dalam contacts dia. Tapi dia buat tak endah dan menekan nombor tersebut.
Selepas hampir lima kali beeping, baru Lisa angkat.
"Salam, mej-"
Lut tak bagi Lisa habiskan ayatnya. Entah kenapa dia rasa tak selesa mendengar salam formal daripada Lisa sendiri terhadap Erik. "Salam, Lisa, ini Lut."
"Oh? Luke baby? Mana phone awak?"
"Dead. But anyways, nak minta tolong something boleh?" Dia menjawab laju, walaupun dia tak tahu hidup dia masih hidup atau dah mati phone yang tertinggal dekat bawah.
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Teen FictionApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #