"How well do you know me?"
Lut antara menyesal dengan tidak apabila dia mengutarakan persoalan yang satu itu. Dia mula tak senang duduk apabila Yrsa tak menjawab. Tapi dia memang seram sejuk sekarang sebab dia tak tahu sejauh mana Yrsa dalam kawalan Arianya.
Kereta semakin deras membelah pekat malam- atau pagi. Jam digital di dashboard kereta menyala menunjukkan waktu.
3.20 am
Kepala tiba-tiba berdenyut dengan darah naik muka.
Dia nak pandang Yrsa pun tak berani, maka dia toleh pada cermin tingkap disebelahnya dan melihat mata Yrsa menyala terang daripada pantulan dia disitu.
"Lut... may I ask you in regards of what is happening now?"
Lut macam tersentak sekejap sebab dia tak ready untuk bersuara semula. Daripada rasa tak senang tadi dia terus celaru. Namun dia melepaskan nafas panjang dan angguk sekali.
"Sure..." balas Lut perlahan.
Dia toleh pada Yrsa. Lelaki itu mengerutkan dahi sedikit.
"Can you tell me how much do you know about anything at all?"
Lut kerut dahi. Pelik.
"Anything? What anything?" Soal Lut semula.
"I want to know how much do you know about the things that is happening right to this moment."
Lut senyap sekejap. Menimbang maksud soalan Yrsa.
Lut tak tahu nak mula dari mana.
Lut geleng. "Tell me where to start." Ujar Lut menggaru belakang leher.
Tadi Lut perasan air muka Yrsa agak tegang sewaktu warna matanya berubah. Tapi sekarang dia nampak lebih relaks berbanding tadi.
Yrsa tersenyum segaris nipis.
"Tell me how much do you know about Arias." Ujar Yrsa membantu.
Lut diam sekejap. "I know about Arias..." jawab Lut memberi kenyataan bodoh. Bila dia sedar dia cakap benda tu bukan dalam kepalanya, telinga terus rasa panas. Tak niat pun nak cakap kuat-kuat. Apakah sengalnya...
"Well, uh..." Lut cuba nak menyambung tapi dia tersekat dalam mengarang ayat. Apalah nasib. Bila nak cari perkatan lah tiba-tiba otak kering. Lut menggosok matanya lalu mengeluh.
"It's alright. Take your time." Kata Yrsa lembut.
Lut bersandar pada kerusi dan menoleh pada Yrsa. Mereka dah masuk dalam kawasan yang mempunyai jalan tak bertar. Dan itu membimbangkan Lut. Buat Lut rasa gusar apabila kesan tayar kereta ditinggalkan atas tanah. Pokok-pokok semakin menebal disekeliling mereka. Lut tak tahu berapa lama mereka berjalan, tapi lepas Lut black out tadi, agaknya dikira sama dia tertidur juga... sebab dia tak rasa mengantuk pun.
Ok, itu pun mungkin sebab Lut memang burung hantu dan tidur pun siang hari bila-bila waktu cuti.
Lut melepaskan nafas panjang.
Aria...
"Ada air tak?" Soal Lut lepas dia diam beberapa ketika.
"There's a bag behind your seat. It's in there." Beritahu Yrsa membetulkan stereng ketika nak membelok satu selekoh.
Tanpa banyak soal Lut terus berpusing dan meraba dalam gelap mencari beg yang diberitahu Yrsa. Kemudian dia menarik beg itu kedepan dan diletakkan atas ribanya. Lut menarik keluar botol mineral seliter dari dalam beg tersebut, diletakkan atas riba kemudian beg tersebut diletakkan dicelah kaki. Take note dalam kepala ada makanan juga dalam tu buat Lut teruja tak memasal.
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Teen FictionApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #