"...Aki?"Mata terbuntang dan mulut ternganga tak percaya dengan apa yang dilihat dek mata. Lelaki yang mengaku dirinya sebagai Aki kepada kembar tak seiras, AJ dan Aiman melemparkan senyuman manis dan mengangguk sekali. Kemudian dia menarik bangku yang diduduki Aiman sebelum dia keluar tadi. Ada botol kaca sebesar ibu jari diletakkan diatas meja kecil sebelah katil. Dalam botol itu terisi cecair berwarna hijau gelap yang kelihatan pahit dan tidak menyenangkan. Pandang sekilas pun dah nampak tak berapa menyelarakan, inikan lagi untuk diteguk. Harapnya tidak.
"Ya, Lut boleh panggil saya Aki sama macam Aiman dan Jauhari." Ujar Aki lembut.
Lut mengedipkan mata tak percaya dengan apa yang dilihat. Lama juga dia tenung sehinggakan lelaki- Aki tersebut kelihatan tidak selesa. Aki berdehem perlahan.
"Ah... O- Okey..." Lut mengangguk akhirnya, sendiri tak yakin dengan suara sendiri apatah lagi apa yang dilihat dek mata. Lut kalihkan pandangan keserata ruang dalam bilik kecil itu, tak kisah lah takat siling putih tak pun dinding yang dicat biru cair, biar lah kosong atau setakat langsir depan mata, asalkan bukan Aki yang dilihat sekejap tadi.
Macam mana manusia biasa dan normal sihat kepala otak bagi respon dalam keadaan yang maha kekok tahap mega gini?
Lut tak tengok apa yang sedang dilakukan Aki sedang dia mendengar Aki seperti sedang melakukan sesuatu.
"Uhm..."
"Lut! Weh!"
Laju Lut angkat kepala, terkejut punya fasal. AJ berlari anak mendapatkan Lut sebelum menebarkan kedua lengan yang panjang dan merangkul bahu Lut dalam pelukan. Telapak tangan AJ amat lebar dan besar, kalau kata itu sayap pun memang tak menipu.
"Kau dah bangun! Lega aku bila Man beritahu aku kejap tadi. Tolong ah," AJ melepaskan pelukan, kini kedua belah tangan memegang wajah Lut. Mata Lut menentang mata hijau AJ. "Kalau ada memenda jadi kat kau, beritahu aku. Inikan lari masuk hutan, kau fikir kau boleh survive?" berkerut dahi AJ. Risau sangat.
"Huh?" Lut berani sumpah dia tak faham apa yang AJ bebelkan.
"Jauhari... kawan kamu tu baru aje sedar." Tegur Aki.
AJ melepaskan Lut, berpaling pada Aki dengan sengih. "Orang risaulah Aki. Budak Lut ni boleh tahan tolol jugak otaknya. Orang kata duduk rumah diam-diam, tak nak dengar..."
"Jauhari..." nada suara Aki masih lembut tapi berbaur amaran.
AJ menapak kebelakang. "Kau minumlah air tu. Dhuha buat dia rasa masam macam epal hijau."
Aki menghulurkan gelas yang Lut gunakan tadi, cuma botol kaca tadi sudah pun kosong. Tahulah dia 'rasa' apa yang diberitahu AJ.
Lut tak fikir apa-apa semasa dia teguk terus air hijau tadi. Dia mengangguk beberapa kali, muka ketat dek rasa masam dua kali ganda daripada epal hijau. Epal hijau sangatkan...
Terhambur tawa daripada AJ. "Weh~ masam sangat ka?"
"Lepas ni kami kurangkan masamnya..." ujar Aki rasa bersalah. Dia tersenyum kecil walaupun dahi agak berkerut.
Lut geleng kepala. "Uh... tak- tak adalah masam sangat. Dia- dia okey. Boleh hadap lagi." Laju Lut meningkah, dia pula yang rasa bersalah. Mujur aje dia memang manusia yang gemar benda masam, tak adalah dia nak komplen sangat.
"Kau better jujur. Aku rasa tu tak cukup masam buat kau en?" AJ mula berkata dengan nada sarkastiknya. Lut geleng kepala lagi. Malas nak melayan.
Aki sekadar mengukir senyum. "Lut nak apa-apa lagi? Sekejap lagi makanan nak siap, nanti kami panggil kalau tak ada apa-apa?"
Lut merenung Aki lama buat kali kedua sejak Aki masuk tadi dan termasuk sekarang. Mulutnya buka tutup, ragu-ragu nak meluahkan apa dalam kepala.
Utamakan mana yang penting...
Itu apa yang nenek selalu pesan bila homework melambak macam sampah tak dibuang seminggu.
"Kenapa Aki tak nampak..."
"Tua?" laju AJ memotong, siap angkat kening sebelah. Dia pula yang excited.
Lut tutup mulutnya serta merta. Dia sangat yakin dia nak tanya soalan lain tadi, tapi bila tengok muka Aki lama-lama, tak ada sebarang kedut diwajah, anjal gitu. Badan pun nampak sasa. Dada bidang, bila berdiri postur badan pun tegap. Memang mantap gila. Kedua mata Aki pula warnanya tidak sama. Sebelah berwarna coklat terang manakala yang kirinya berwarna keemasan. Bentuk muka pun lawa.
Celaka kau otak, sekarang kau khianat aku?
Lut terasa mukanya mula panas dia terpaksa kalih mata daripada menghadap Aki.
"Mutasi namanya. Itu kot alasan yang paling logik yang boleh diterima akal. Kalaupun terangkan dalam ayat mudah aku pun tak tahu." AJ mencelah belum pun sempat Aki buka mulut.
Aki pun tak membantah. Dia mengangguk, membenarkan kata-kata AJ. Aki beri Lut senyuman.
"Iskandar," panggil seseorang bukan Aki mahupun AJ dan juga bukan Aiman sebab itu suara seorang lelaki yang sangat dalam nadanya dan kasar bunyinya. Garau macam orang baru bangun tidur. Miripnya seperti harimau nak menakutkan mangsa.
Memang Lut terpaksa mempersoal diri sendiri akan seksual orientasi yang tak mustahil boleh terpesong melihat manusia yang dijumpai dalam masa terdekat ini.
Aki bangun daripada duduk mendekati lelaki yang bermata putih itu. "Adam..."
Aki dan lelaki bermata putih- Adam berbalas kata, berbisik perlahan. Aki memegang lengan Adam seperti mengajaknya keluar kerana mereka menghampiri muka pintu.
"AJ tengokkan Lut. Aki ada hal kejap." Beritahu Aki sebelum menghilang bersama Adam.
AJ menghantar mereka dengan pandangan. "Aku tak tahulah sama ada otak kau tu bergerak ke tidak, tapi, kalau aku jadi kau, macam-macam jenis soalan aku hambur." AJ bersuara selepas seketika.
"Kau jangan menerima sangat. Kadang benda yang kau terima tu end up makan diri kau, tak bagus jugak." Pesan AJ tiba-tiba. Lut mengeluh perlahan.
Belakang badan terasa lenguh sebab baring terlalu lama. Lut cuba mengeliat, tapi cepat saja dia mengerang apabila sakit tiba-tiba mencucuk dibahagian sisi tubuhnya, memecut terus keotak. Lut mengigit bibir bawah cuba menahan perit. Dia mengerutkan dahi dalam. AJ pantas bangkit tapi cepat Lut menahan. "Aku- Aku okey." Gumam Lut masih menahan perit.
Dia menarik nafas dalam dan dilepaskan berat. "Aku keliru. Aku tak tahu nak tanya apa. Aku tak tahu nak mula dengan soalan apa." Tangan kanan mencapai balutan disisi badan, dia meletakkan sedikit tekanan untuk meredakan rasa pedih.
Lut memejamkan mata buat seketika, cuba mencari serasi dengan pedih disisi badan sebelum dia menghembuskan nafas berat dan memandang AJ dengan sengih.
"So, kau nak story dengan aku tak, apa jadi kat aku?"
Perlahan-lahan AJ duduk kembali diatas bangku. Dahi berkerut, bibir sedikit muncung kedepan. Hodoh benar gayanya. Macam budak kecil merajuk tak dapat lollipop.
"Kau serius tak ingat ke? Last kau ingat dalam otak tupai kau tu amende je?" soal AJ kembali, siap dengan kutukan.
Kali ini Lut pula yang jongket bahu, tiba-tiba rasa tingkap depan mata nampak menarik daripada muka AJ.
"Apa aku ingat? Entahlah. Aku just ingat aku balik daripada sekolah, semangat berkobar-kobar nak cuba baca Harry Potter. Aku siap mandi, nak mengadap laptop-," Lut terdiam sendiri.
Mulut tutup buka, entah kenapa tiba-tiba hilang kata nak cakap apa. Dia berkerut apabila dia menyedari sesuatu.
"Weh..." gumam Lut rendah, tak sedar dia menggamit pada AJ.
"Aku sumpah tak ingat apa jadi." Bisiknya rendah, sendiri tak percaya dengan apa yang keluar daripada mulutnya sendiri.
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Teen FictionApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #