A/N: this is like the longest chapter of all. im sorry for not writing all that much. lol.
Step one
Light me on fireStep two
Walk clean awayI won't burn long
And the evidence
That you've done wrongWill be gone
In seconds
I swear---
Senyuman itu.
"The Code."
Bisikan itu.
"Lut,"
Letupan.
Seorang perempuan sedang menjerit kuat, namun dunia itu bisu.
Lut tak dapat lihat wajahnya, hanyalah rambutnya yang menggerbang ditiup angin kuat. Warna api menjilat bangunan tersebut.
"Bawa dia pergi!"
"Lari jauh dari sini,"
"Jangan berhenti!"
"Dorang nak The Code!"
"Dorang dah hilang!"
Suara orang menjerit datang dari pelbagai arah.
Ada tangisan meraung memanggil nama.
Ada terasa hangat dikedua belah pipi.
"Lut!!!"
Erik?
Lut berpaling sambil tangan direntap kuat dari belakang. Pipi Lut basah.
Tekaknya kering. Kesat.
Dada Lut sesak.
Perit.
Tercungap-cungap dia cuba bernafas. Asap berkepul diudara, api marak menyala.
Lut menjilat bibir bawahnya, terasa logam. Dia mengangkat tangan yang tak dipegang oleh manusia yang sedang mengheretnya pergi, melihat telapaknya kotor.
Merah.
Merah dengan darah kering.
Lut mencelikkan mata, cuba menyedut udara.
"The Code,"
"...ada sini?"
"Mereka tidak sempat."
"Adakah kita perlu pergi?"
"Hanya dia."
"Patutkah kita biarkan dia keseorangan?! kasihan pada dia!"
"Ini soal nyawa. Nyawa bukan seorang. Nyawa beribu yang lain!"
"Apakah kamu rela biarkan dia begitu? Apakah hak kamu pada dia?!"
"Ini yang terbaik!" Lelaki itu membentak kuat, mendiamkan seluruh bilik tersebut.
"Lut?" Tangan itu besar menarik lembut tangan Lut yang kecil dalam telapaknya. Menarik Lut jauh dari pintu itu. Suara orang berbalah semakin sayup kedengaran.
Badan Lut dipusing agar menghadap lelaki itu. Bibirnya mengukir senyum.
Lut tak dapat lihat matanya.
Dia menarik pipi Lut dekat.
Pipi Lut dikucup.
"You're going to be alright." Bisiknya lembut.
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Teen FictionApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #