05

162 10 0
                                    




Lut tak tahu pukul berapa dia tiba-tiba tersentak daripada tidur tanpa mimpi. Sangka dah cukup lena tidur, tapi nampaknya itu anggapan yang tidak benar sama sekali. Kalau nak tengok jam pun, dalam bilik itu tiada pula jam yang tergantung dimana-mana. Nak check phone pun, benda alah tu ada dirumah. Tak pasti bateri penuh atau tidak. Nak tengok  jam tangan? Harapan. Dia pun nampaknya berlari tengah malam masuk hutan tanpa selipar, inikan lagi nak teringat bawa apa-apa bersama.

Tangan dibawa kerambut, menyerabaikan lagi mop atas kepala. Mungkin sebab sejuk, pergerakan yang tiba-tiba itu tidak semena-mena menghantar renjatan terus kekepala, Lut terus menarik nafas dalam, cuba menahan sebarang suara terkeluar dek sakit yang tiba-tiba menerjah. Lut menyumpah sendiri dalam hati. Lama juga dia duduk termenung atas katil itu, nak menunggu sakit itu pergi sendiri. Susah sangat nak biasa dengan sakit ini. Agaknya lukanya itu dalam manalah sampai nak gerak sikit pun asyik mengada nak sakit aje.

Kedua belah kaki dilemparkan daripada katil, Lut bangun dengan berhati-hati. Sejuk memang hingga ketulang hitam, tapi disebabkan rasa haus dan idea yang tiba-tiba mengetuk kepala, Lut perlahan-lahan berjalan keluar daripada bilik tersebut sesenyap yang termampu.

Daun pintu sememamngnya tidak tertutup rapat ditarik Lut perlahan.

"Lut?"

Terperanjat punya fasal, dia pantas berpaling. Bertambah-tambah terkejut dia apabila Aki muncul dari dapur dengan mug dalam tangan dalam samar cahaya.

Kaki seakan terpaku dimana dia berdiri, jantung kencang berdegup sehingga dia berpeluh dingin. Entah kenapa rasa cuak macam terkantoi nak buat benda jahat. Ah, mungkin sebahagian daripada niatnya ingin mengejutkan AJ dan kongsikan idea yang terasa masuk akal buat Lut itu mungkin jahatlah kut sebab dia nak minta tolong AJ bawa dia pulang supaya dia dapat ingat semula apa yang dia terlupa. Dan sebahagian lagi adalah niat murni nak ambil air kosong sebab tiba-tiba rasa dahaga.

Disebabkan Lut tak beri respon dan merenung Aki macam orang dungu, apabila Aki buka lampu, Lut terus tersentak.

"Kamu nak air?" tanya Aki meletakkan mugnya atas meja. Macam tiada apa yang berlaku dan dia sekejap tadi tidak pun buat Lut terkejut sampai terlompat jantung dari tangkai. Oh, sangat hiperbola.

"Uhm... air kosong?" laju dia jawab tanpa berfikir dua kali.

"Kamu duduklah dulu. Aki ambilkan."

"Eh, tak-,"

Aku berikan senyuman dan menggeleng. "Luka kamu belum pulih lagi, duduklah dulu..."

Lut tak tahu nak balas apa. "Okey. Terima kasih..." ucapnya perlahan, terkedu sekejap bila Aki senyum padanya.

Aki mengangguk sebelum menghilang kedapur. Lut menarik kerusi berhadapan dengan tempat Aki meletakkan mugnya tadi, asap nipis terhasil meluap keudara sedikit sebanyak mengambil perhatian Lut sehinggalah Aki meletakkan segelas air kosong depan mata Lut. Sekali lagi Lut tersentak, dia mengakat kepala. Aki memberi senyum sambil melabuhkan duduk bertentangan dengan Lut.

Seumur hidup Lut, tak pernah rasa janggal sejanggal yang dia rasa waktu ini, hingga nak meneguk air, nak pastikan air mengalir dalam tekak dengan lancer pun payah. Dia menahan aje tiap kali dia nak tersedak.

"Kamu tak boleh tidur, Lut?" soal Aki selepas 10 jam kejanggalan tergantung diudara. (Okey, itu jelas menipu, tapi rasa macam tu.)

Lut menggeleng kecil, tanpa memandang muka Aki, dia menjawab perlahan, "Tersedar..."

Aki mengangguk. Dari riak wajahnya, dia jelas memahami. Melihat sekilas reaksi Aki, Lut terasa lega sedikit.

"Kamu pun lama juga tak sedarkan diri..." kata Aki sekadar menyatakan hakikat yang satu itu tanpa berniat apa-apa. Dan mendengarkan kenyataan tersebut, tak semena-mena buat Lut rasa bersalah.

Nuh. (discontinued)Where stories live. Discover now