38

88 3 0
                                    



Sayup-sayup dia terdengar suara orang memanggil namanya. Langit tiba-tiba bergegar, muka-muka tanpa wajah bergoyang tidak stabil.

"Lut?"

Lut buka mata dan terkebil-kebil sendiri lantas menarik nafas dalam sebelum dia menoleh kearah suara tersebut. Mata dipejam kembali bila silau mula mengaburi pandangan.

Lut menggosok matanya melepaskan nafas panjang. Dia buka mata sebelah dengan dahi berkerut dalam.

"Siapa...?"

"It's Yrsa." Bantu suara tersebut masih memerhatikan Lut.

Lut kerut dahi lagi dalam dari tadi bertambah keliru.

"Lisa...? Apa fasal suara garau semacam?" Komen Lut mamai. Dia berdehem mendengarkan suara seraknya sendiri.

"Here, drink some." Lut masih belum dapat hadam siapa manusia tersebut mengambil botol air yang dihulur. Dia teguk sampai kepala rasa segar semula.

Lut toleh kembali pada... "Oh... Yrsa. I'm sorry I was-"

Yrsa senyum dan menggeleng. "Our name somehow undoubtedly similar in a way. I am sorry I have to wake you."

"Tak apa... are we... there?" Gumam Lut dahi berkerut semula melihat matahari belum lagi tegak atas kepala tetapi keadaan langit agak cerah berbanding likat hitam malam tadi.

"I'm stopping by a motel. It's already fajr, you need to perform your prayer. Then we'll drive again."

Lut menatap lama muka Yrsa.

Tercengang.

Lut mengedipkan mata. Berdehem lagi dan mengalihkan pandangan dari Yrsa sambil mengangguk.

"Oh... thank... you..." lambat-lambat Lut ucapkan dua patah perkataan itu, sebab tak tahu nak bagi respon yang macam mana. Dia tak sangka sebenarnya.

Ataupun dia sendiri tak tahu nak expect apa. Mungkin tak terfikir subuh kena atas jalan, memang betullah perjalanan ke destinasi yang Lut sendiri tak tahu itu jauh lagi.

Sesungguhnya Lut kempunan kopi.

"Here," hulur Yrsa sehelai sweater tebal. "It's very cold out here." Sambungnya sebelum Lut mempersoalkan huluran Yrsa. Tapi Lut tak terfikir pun nak tanya sebab dia masih blur dan mamai dek bangun tidur. Dan juga masih dalam keadaan cengangnya yang Yrsa sendiri ingat solat subuh Lut. Walaupun Lut berasa agak lega sebab dia pun tak tahu subuh situ masuk bila.

Yrsa dahpun turun dari kereta dengan beg tergalas dibelakangnya. Menunggu Lut turun untuk kunci kereta. Usai Lut menyarung sweater tersebut, dia melompat turun dari kereta dan mendekati Yrsa. Mata pun meliar melihat bangunan tiga tingkat yang membentuk segi empat tak sempurna. Ruang tengah untuk parking kereta dan sekeliling bangunan dicat biru (?) atau purple (?) atau pink (?) Lut tak pasti sebab dinihari masih belum sepenuhnya pagi hari.

Motel tersebut betul-betul menghadap jalan dengan lampu neon biru yang E nya sudah terbakar dan M nya senget. Tempat tersebut memang sesungguhnya nama Motel sahaja, tanpa apa-apa benda yang menarik selain kebersihan yang sangat bersih ditempat itu. Lut menggaru hidung mengikut langkah Yrsa, rasa gusar dengan vibe aneh tempat tersebut.

Lut tunggu didepan vending machine, berkerut dahi melihat jajan dan soft drink yang ada dalam vending machine tersebut. Sedang Yrsa dikaunter bercakap dalam bahasa yang Lut tak pernah dengar. Maka kalau nak pasang telinga pun dia bukan faham habuk pun mereka cakap apa.

Terdengar bunyi kunci berdenting buat Lut toleh semula pada Yrsa.

Sumpah memang sejuk pun kat luar ni, telinga dan hidung dan segala articular cartilage kat muka ni dah membeku. Tangan yang payah nak dapat darah ini pun agaknya semua salur dah mengecut dan simpan panas demi organ lain tercinta dalam badan ini. Mujur aje nafas pun tak berasap. Kalau tak memang Lut menjakun sekejap lagi, main dengan nafasnya sendiri.

Nuh. (discontinued)Where stories live. Discover now