"Apsal kau ada kat sini?"
Lut menghampiri Erik yang duduk menghadap tingkap diatas katilnya. Walaupun bimbang dengan keadaan Erik yang Lut sendiri tak tahu kondisinya lagi, dia agak pelik bila Erik sanggup naik untuk kesini. Dan Lut sendiri tak tahu kenapa dia perlu rasa pelik, tapi itulah yang dia rasa.
Bila Erik tidak menjawab apatah lagi berpaling untuk menghadap Lut, Lut bertambah pelik dan hanya mampu berharap Erik masih dalam keadaan normal. Normal dimana Aria tidak mempengaruhi kelakuan dan pemikiran dan juga emosi Erik sebab satu aje yang Lut tak tahu apabila berkaitan dengan Erik adalah apabila Erik dalam bawah kesedaran Aria.
Lagipun, sebelum Erik terjangkit ni, Erik memang sudah stabil dan mahir dalam mengawal Arianya sendiri. Tapi tak tahulah kalau macam sekarang ni...
Lut terhenti dalam melangkah, menatap wajah Erik dari sisi. Budak itu tampak lebih kurus daripada biasa. Namun bila Lut teringat balik mimpi dia, dia gugup sendiri. Tak berapa yakin.
"Erik... kau okey?" tanya Lut perlahan, walaupun risau ada takut berbaur dalam nada suaranya.
Tiba-tiba Erik bangun dari duduknya, dan datang mendekati Lut yang tercegat sekejap. Lut menapak setapak kebelakang apabila Erik berdiri terlalu dekat dengannya. Jantung tiba-tiba berdegup kencang, cuak tanpa sebab.
Tambah pula dengan muka Erik yang beku itu, sukar untuk Lut agak apa yang ada dalam fikiran Erik. Dan Lut tak suka bila dia tak dapat agak apa yang Erik nak lakukan.
"Aku nak kau tolong cuci badan aku." Erik bersuara selepas jeda yang seakan mahu meragut nafas Lut.
Lut terkebil sekejap.
"Hah?"
Berkerut dahi Lut mendengarkan permintaan Erik. Dia salah dengar?
"Tolong cucikan badan aku..." ulang Erik lagi sekali, mata tajam merenung Lut. Bersungguh-sungguh dia.
"Uh... nurse tak de ke macam mana? Kau tak boleh cuci sendiri?"
Erik berkerut sedikit lantas menunduk, melarikan pandangan daripada Lut.
"...kang..."
"Hah?! jangan mumble, aku tak dengar?" kali ini Lut mendekatkan muka, nak dengar dengan lebih jelas. Tapi Erik tarik muka walaupun tak berganjak dari tempat dia berdiri.
"Tolong cuci belakang aku.." ujar Erik antara dengar dengan tidak. Mujur Lut dengar. Lut kebelakang sikit nak tengok dengan jelas muka Erik yang masih enggan tengok muka dia.
Lut tergelak kecil. "Kau ni dah kenapa? Tangan panjang macam sloth tu pun still tak sampai ke? Nak aku tolong shampoo sekali rambut tu? Serabai dah... haha," dia sindir sekali, tak perasan kedua telinga Erik dah merah menyala.
"Boleh jugak, kalau kau rajin."
Lut terhenti gelak sekejap, tak menyangka Erik akan balas begitu. Taklah mengejutkan pun, tapi dia memang tak dapat agak dengan cuak yang datang tak diundangnya lagi... buat Lut rasa nak bernafas pun susah. Lut gelak lagi cuba tutup rasa janggal yang datang bersama cuak tadi.
"Well, sure. Why not." balas Lut, menepuk perlahan belakang Erik. "Kau masuklah dulu, nanti bila kau ready kau panggil aku, dah ada tuala kat dalam." ujar Lut tanpa melihat muka Erik.
"Okay." Erik angguk sekali dan terus berlalu masuk dalam bilik air. Sebaik saja pintu bilik air tertutup dibelakang Erik, Lut terus terjelepuk atas katil, cuba menenangkan diri.
"What the heck was that!?" dia menjerit-bisik sendiri dengan muka dibenam dalam bantal. Dia ketap gigi kemudian dia berpaling kearah tingkap yang Erik tenung dalam tadi. Ada pokok angsana tinggi melangit sebelah hospital yang dapat dilihat daripada tingkap wad Lut. Sedikit sebanyak daun yang lebat pada pokok itu menghalang sinar cahaya matahari yang menyilaukan. Lagi-lagi lepas zuhur. Tapi bila senja memang cantik pemandangan, sebab boleh nampak laut daripada sini walaupun jauh nun sana.
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Teen FictionApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #