Goal for this chapter: 8 votes 3 comments
Sejuk.
Sejuk. Sejuk. Sejuk.
Sejak bila kawasan ni ada musim sejuk?
Tengkujuh iye.
Tapi salji?
Dalam mimpi.
Otak Lut rasa nak pecah. Kaki Lut habis kejang dibetis. Dibahagian sisi atas abdomen cramped. Lut tak dapat rasa kaki dan tangan sendiri. Hidung, telinga merah menyala dan rasa sejuk.
Cuma dia tak menggigil pun dek kesejukan, pelikkan?
Lut pasti kalau orang tengah nazak, dah nak hampir dah ni. Cuma agaknya ini homestasis yang memang dysfunctional, atau Lut memang sakit lama dah sejak dia kena tembak dulu. Hanya simptom penyakit tu nak datang agak lambat, bila dia dah discharged baru nak meraban sakit satu badan.
Lut tak tahu nak risau atau tak, sebab sekarang dia tahu sejuk teramat- tambah-tambah cuaca harini pun nak menggalakkan kesejukan tersebut- dan dia sangat letih hingga nak berjalan atas kaki sendiri pun dah tak larat.
Dia tak nak terima hakikat dia literally black out muka terbenam dalam grilled cheese atas pinggan, dengan separuh roti berkeju itu separa hancur dalam mulut. Belum pun sempat ditelan.
Mujur Erik tunggu dia sedar semula, selepas membantu membersihkan muka Lut. Dan grilled cheese dalam mulut Lut dia buangkan dengan tisu segala. Bila nak keluar cafe dia bantu papah Lut, sebab memang sejak black out 15 minit itu, kaki terus macam jell-o, tak nak function dengan baik.
Yang akhirnya, Erik give up nak papah dia terus angkat Lut bridal style dengan sangat tiba-tiba, Lut tak jangka Erik nak buat macam tu. Sehingga Lut bergelut dalam tangan Erik untuk didukung dibelakang instead dipeluk dekat di dada Erik. Bukan ego dia rasa tercabar (adalah dalam 98% tercabar, tak banyak pun) cuma dia-
...Ok, Lut tak jumpa alasan kenapa.
"Aku tak rasa nak balik. Kita kena balik ke? Apakah perlu?" Lut buat nada melodramatik dan ekspresi muka yang berbagai. Semua benda dia nak bising.
Memang sedar diri benda tu annoying, tapi dengan cara dia membebel tak sudah, untuk seketika cuma, dia nak lupakan rasa berat dalam kepala. Juga peluh dingin yang mengalir dikulit Lut. Memang badan dia sekarang memang sejuk. Macam tadinya dia berendam dalam air ais.
"Untuk someone yang separuh mati, you sure talk a lot." Erik mengerling sekilas pada Lut.
"Well, it's not like I am dying." Lut menekan perkataan terakhir itu.
Erik pandang Lut sekejap. Sengih bergayut dibibir.
"Dan aku memang tak mendukung kau pun sekarang. Mana pergi semua lemak kau yang lama weh? Macam bawa bantal kekabu je aku ni..." Sindir Erik, sambil membetulkan tangannya sedikit dan mengemaskan pegangan pada kaki Lut. Lut merangkul bahu Erik dari belakang dan membenamkan muka dibahu Erik.
"I'm sorry I feel like absolute crap right now."
Erik tak terus membalas. Dia diam sekejap, merasakan hembusan nafas Lut dipermukaan kulitnya. Tiba-tiba rasa hyper aware Lut melekat dibelakang badan Erik, tangan Lut yang pucat dan sejuk bergayut dibahu Erik. Bibir kering Lut betul-betul dibahagian sensitif leher Erik.
"Kau selalu crappy." Erik bersuara hampir tak cukup nafas. Dia harap bunyi cukup normal. Dia harap Lut tak perasan. Dia harap Lut tak rasa degup jantung yang tiba-tiba deras. Dia harap Lut anggap peluh dan panas muka Erik adalah sebab beban badan Lut dan hakikat mereka sedang berjalan Erik begini.
"Terima kasih banyak, Erik." Ujar Lut sarkastik.
Erik dapat rasa Lut mengubah kedudukan kepalanya. Lagi-lagi bila rambut Lut menggeletek kulit Erik. Buat beberapa ketika mereka berjalan dalam senyap.
"Though... Walaupun sejuk, it's still a nice weather today." Komen Lut perlahan, hampir bercakap dengan diri sendiri kalau bukan kepala Erik betul-betul disebelah kepala Lut.
"Receptor kau je yang dysfunctional. Orang lain okay je." Erik jawab selamba.
"Aku sure tak mimpi pun bila Emmy kata dia tak buka air cond sebab angin membeku, weh? Kira kau punya receptor yang dysfunctional alright." Lut berkata, mula tak puas hati.
Erik tersengih lagi.
Tapi sengihnya hilang bila phone dalam poket bergegar diikuti dengan default ringtone menjerit minta diangkat. Sengihnya hilang bila dia lihat nama pemanggil. Sengihnya hilang bila dia nak menjawab panggilan tersebut.
"Lut, aku turun kan kau kejap?" Dia minta izin, muka berpaling sedikit untuk melihat Lut.
"Sure," Lut berkata perlahan, tak rasa nak melawan balik permintaan Erik.
Yelah, faham-faham ajelah bila air muka orang dah mengeruh tiba-tiba- bukan saja.
Erik membengkokkan lututnya dan membiarkan Lut melepaskan pegangannya pada bahu Erik. Bila Lut turun daripada belakang Erik, Erik terus menjawab panggilan tersebut dengan hati yang berat. Juga dia buat macam tak peduli yang Lut tidak lagi berada dibelakangnya.
"Salam, kolonel Lisa." Erik bersuara selepas dia agak menjauh sedikit dari Lut.
"Mejar," suara lelaki yang menyahut. Erik cuba tahan diri daripada mengeluh.
"Komander," dia balas perlahan.
"Still hatin' me?"
"Kami on the way balik. Cuma Lut macam tak sihat tiba-tiba, suhu badan dia drop daripada normal-" ujar Erik buat tak endah dengan soalan yang disuarakan.
"Erik-"
Focus on the goddamn report.
Erik mengeluh berat. Dia berpaling untuk melihat keadaan Lut. Serta-merta hatinya cari melihat Lut sedang bermain-main dengan kucing liar berbulu putih coklat disisi pejalan kaki itu. Tiba-tiba dada rasa kembang, nafasnya hilang buat seketika. Dia telan air liur untuk kembali melayan panggilan tersebut.
"Kitorang sampai in a few. Beritahu kolonel-" Erik terhenti sekejap untuk berpaling sekali lagi, hanya untuk melihat Lut bercakap dengan seorang lelaki yang amat dikenalinya, kucing dalam tangan.
"Just tell her we'll be back in a few."
Dia tak tunggu Fateh balas, dia terus tutup panggilan walaupun cuak juga lepas ni dia kena lagi dengan Fateh.
Well, damn it.
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Teen FictionApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #