Dalam banyak-banyak benda yang ada dalam otak Lut, Lut paling benci bila dia mula fikir tentang hikmah kewujudan dia di atas muka bumi tuhan ini.Existential Crisis Mode.
Lut meraup wajahnya beberapa kali. Dia tak tahu sekarang pukul berapa, tapi dia yakin dah pagi.
Macam-macam Lut cuba buat (fikir) untuk tidak memikirkan soal kewujudan dia selama dia bernafas dimuka bumi tuhan ini. Dada Lut sesak dan mata berair selepas berjam dia merenung kosong siling dalam gelap, kadang –cuba- bergolek atas katil –tapi luka tu pedih bila dia meletakkan tekanan disebelah kiri badannya, maka Lut terpaksa kekal dalam posisi yang asal.
Antara terlalu banyak benda dalam kepala dan tiada apa-apa langsung. Dah lama dia tidak begini. Dah lama tak seteruk ini. Air mata dipipi dah pun kering dan jiwa Lut terasa kosong dan sesak pada masa yang sama. Kepala Lut berat dan berpusing-pusing. Tapi tidur tak sudi nak datang bila diperlukan.
Lut tak ada daya nak bergerak. Sungguh. Walaupun rasa lenguh satu badan, tapi pada masa yang sama dia terlalu penat untuk melakukan apa-apa.
Kenapalah...
Elok-elok dia dapat pendam segala, malam ni macam meletup semua yang tersimpan rapi. Dia dah lepas dah fasa dimana seluruh system dalam tubuh tiba-tiba tak tahu nak bekerja, sehingga Lut sesak nafas sendiri sehingga menggeletar kuat segalanya dan air mata tumpah tak henti-henti. Sehingga dia sendiri sesak dada, menyemput mencari nafas. Tapi itu tadi.
Sekarang dia dah macam mayat hidup tanpa sebarang perasaan. Mungkin memang mayat hidup dah pun. Sebahagian daripada diri Lut mati dengan air mata yang dah kering.
Mujur masuk kubur nanti pun seorang diri.
Lut memejamkan mata, cuba mengawal nafas.
Selepas beberapa ketika, perlahan-lahan Lut memaksa diri untuk bangkit daripada katil. Terhuyung-hayang dia bergerak kepintu. Belum sempat tangan menyentuh tombol, daun pintu dikuak dari luar. Lut angkat muka, terpempan sendiri. Dia berundur beberapa tapak sebelum dia terjatuh depan Adam.
"Lut-,"
Lut tarik muka, menyumpah diri sendiri.
Suis lampu ditekan buka oleh Adam, bilik yang tadi kelam disimbah dengan cahaya lampu disiling. Kali ini Lut langsung membelakangkan Adam, menutup muka dengan telapak.
"Uhm... Adam nak apa-apa ke?" Lut menyoal dengan suara habis serak, sampai tekak pun rasa perit nak bercakap.
"Lut... kamu-," tangan Adam hinggap dibahu Lut, membuatkan Lut tersentak. Dia tak berniat pun nak menjauhkan diri daripada Adam, tapi kaki automatik bawa dia menjauh dari Adam. Sungguh lah, tak pernah orang tengok Lut post-break down. Memanglah Lut tak biasa kalau tiba-tiba ada orang nampak keadaan dia macam ni.
Habis loser gila, kau Lut. Dia mengutuk sendiri dalam hati.
Pintu bilik itu ditutup. Sangka Lut dia kembali berseorangan, tapi bila dia pusing, Adam masih berdiri berdekatan dengan Lut, memerhati Lut dengan senyap.
Bermaksud, Adam adalah orang pertama melihat muka Lut sembab macam kuih apam warna pink dengan kesan air mata yang kering dipipi. Mata Lut pun menyepet, kecil daripada biasa.
Lut rasa nak menangis lagi sebab ada orang dah nampak dia begini.
Kaki terasa lemah untuk menampung badan, Lut terjatuh melutut depan Adam, tangan menahan berat badan diatas lantai dengan kepala tertunduk. Dia penat dah. Tak tertahan dah.
Tapi dia tidak menangis. Cuma penat.Penatpenatpenatpenatpenatpenatpenat-
Kedua belah bahu Lut diangkat perlahan kemudian bahunya dirangkul dan ditarik kedalam sebuah dakapan.
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Teen FictionApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #