14

102 5 0
                                    

"I'm still here..."

Kata-kata Erik masih terngiang sedang Lut merenung wajah sahabatnya yang ditidurkan didalam kapsul tersebut. Tangan Lut dingin dan basah dengan peluh pada telapaknya. Dahi berkerut dalam sedalamnya. Gelisah. Fikirannya kacau.

Ekor mata terlirik ketepi. Data tidak berubah sedikit pun, tetapi Aria Erik masih dikadar yang paling tinggi dan berwarna merah menyala.

Segalanya meningkat dalam pada Erik senyap dalam lena.

"Lut,"

Lut tidak berpaling. Dia kenal suara itu.

"He won't be well, isn't he." Lut bersuara perlahan.

"Kita tak tahu details lagi." Ujar perempuan dengan berhati-hati.

"Look at that, data tu semua, it isn't going down nor it is decreasing. Dia makin sakit kan?"

Senyap.

Tidak lama kemudian Lut melepaskan keluhan panjang.

"No. Orang tak nak tahu. I'm sleeping." Kata Lut sambil menarik muka daripada memandang kapsul tersebut dan berjalan menuju katil yang masih belum terusik.

"Lukey baby, he is going to be alright."

"Lisa- Lut harap Lisa tahu apa yang Lisa cakapkan."

Lisa menghampiri Lut yang sudah pun duduk dibirai katil, kepala menunduk lemah.

"Tengok mata Lisa." Arah Lisa lembut.

Lambat-lambat Lut angkat muka. Nak tak nak aje dia membalas pandangan wanita itu. Kedua belah tangan ditekup pada pipi Lut, supaya mata Lut betul-betul menentang mata Lisa.

"I know what I am talking about, just trust me Erik is going to be hella fine." Lisa memberi senyum untuk Lut.

Lut tak dapat nak yakin.

"Jangan lupa I am the freaking Captain of the Main Force in the institution, trust me." Lisa menepuk perlahan pipi Lut kemudian mengucup dahi Lut.

"I love you, jaga diri. Nanti Lisa datang balik, okay?" Lisa mengucup dahi Lut lagi dan menunggu Lut memberi respon.

Lut menurunkan tangan Lisa dan berkerut lagi dengan sengih bergayut disisi bibir. "Teruk gila kau guna pangkat."

Lisa melepaskan Lut dengan tawa. "Hell effing yes I am. Lima tahun kat sana, what do you think I am doing?" Lisa mengusap kepala Lut dan memberi senyum lagi untuk Lut dan dirinya sendiri kerana berjaya buat Lit mengoyak bibir walaupun sedikit untuk tersenyum sama. Walaupun pahit dan kelat, tapi Lisa tahu dia mencuba itupun cukup dah buat Lisa.

"Kau kata kau nak pergi kan, blah lah cepat." Kata Lut sambil menggeleng kecil. Buat segan aje.

Lisa ketawa lagi. "Orang nak keluar lah ni. Alahai..." Lisa berlalu keluar daripad wad tersebut dan Lut hanya menghantar dengan pandangan. Lalu dia berbaring diatas katil yang berbai antiseptik itu, mula nak membiarkan kepala menerawang jauh.

*

Lut tak tahu apa yang buat dia tiba-tiba terbangun, tetapi matanya memang tiba-tiba terbuka daripada lena kelam tanpa mimpi. Tapi cara dia tersedar seolah-olah dia dikejutkan dek sesuatu kerana jantungnya berdegup kencang. Lut serta merta membiarkan mata meliar kesekeliling, bila dia terperasan sesuatu yang aneh.

Kepala ditoleh pada kapsul, melihat kapsul itu kosong.

Erik-

"Erik-!?" Lut melompat turun daripada katil namun dia tidak sempat pun melangkah apabila tangannya direntap kebelakang sehingga dia terlanggar sesuatu.

Nafas disedut pantas, terkejut.

"I'm here..." Suara itu berbisik perlahan ditelinga Lut. Lut lantas berpaling, mata bulat memandang Erik.

"Macam mana kau keluar?!"

Erik mengukir senyum, matanya kuyu hampir tertutup. Dia mendekatkan wajahnya pada leher Lut dan menghirup nafas dalam. Tangan kanan memegang kemas pergelangan tangan kanan Lut sementara tangan kiri Erik dipinggang Lut.

"Erik?" Lut memanggil separa berbisik dengan getar dihujung nada, tangan menangkap tangan kiri Erik yang mula bergerak.

"Shh..." Erik membalas, dekat ditelinga Lut sehinggakan Lut dapat mendengar setiap hembusan nafas Erik. "Kau percayakan aku kan?" Kata Erik perlahan, bibir dekat pada telinga Lut. Lut serta merta memejamkan mata apabila bulu roma naik tiba-tiba mendengarkan suara Erik.

Lut tak membalas kerana terlalu fokus untuk mengatur nafas sendiri.

"Lut?" Erik mencuba lagi, muncung hidung menyelinap turun pada tengkuk Lut membuatkan Lut terpaksa menelengkan kepala ketepi, dibawah sedar dia sedang memberi Erik ruang.

"Apa... Apa kau nak buat---"  nafas dihembus berat, mata terkatup rapat merasakan sentuhan hangat daripada hujung jemari Erik yang menyelinap dalam pajama hospital yang dipakai Lut.

"You smell so good..." Keluh Erik dibahu Lut.

Lut tak rasa dia mampu berdiri lama dengan kaki macam puding. Nafas sudah tidak sekata dan mindanya samar.

"Kau... nak buat apa?" Lut memaksa diri untuk mengeluarkan suara walaupun tergagap.

Erik tarik nafas dalam, Lut dapat rasa kelembapan bibir Erik pada tengkuknya. "Kau nak?"

Erik menyoal tiba-tiba dengan soalan yang Lut tak berapa nak faham. Lut buka mata dan cuba menoleh. Mata mereka terus menentang dan hidung mereka bersentuhan. Iris mata Erik tampak lebih gelap daripada biasa. Sedang Lut ralit merenung kedalam mata Erik dan memikirkan soalan Erik, belum sempat otak Lut nak proses-

"Trust me,"

*

"FWAH-!"

Nafasnya kencang. Peluh dingin meleleh dipelipis, kedua belah tangannya dingin. Lut memandang sekeliling didalam wad yang kelam itu, hanya ditemani dengan cahaya daripada mesin-mesin yang menderam rendah dan cahaya biru keputihan daripada kapsul Erik.

Perlahan-lahan Lut turun daripada katilnya. Apabila telapak kaki menyentuh lantai beku, tak terlintas langsung untuk Lut memakai selipar sarung kerana mata Lut hanya tergam pada Erik yang tidak sedar dalam kapsul tersebut.

Lut langsung tidak sedar seluruh tubuhnya sedang menggigil, hanya apabila Lut mengangkat tangan kanan dan jemarinya menyentuh permukaan dingin gelas plastik yang menyelubungi Erik, Lut perasan keadaan tubuhnya adalah tidak normal.

"Kau... Still dalam ni..." Bisik Lut rendah, mata melekat pada wajah Erik yang tidak bereaksi.

Air liur diteguk, namun terasa kesat dikerongkong sehingga Lut mengerutkan dahi lantas mengetap gigi. Sukar untuknya menstabilkan aturan nafas, otak terasa berpusing ligat hingga kepala berdenyut kuat.

"Aku... Mimpi kan?" Lut menyoal sendirian. Kalaupun dia tujukan kepada Erik, lelaki itu bukannya sedar Lut disini.

Nafas dalam cuba disedut, namun tetap ada ketar dihujung nafasnya, dada masih berombak dengan emosi yang pelbagai menyerang seperti ribut taufan.

"Trust me."

Lut pejamkan mata rapat, gigi diketap lebih kuat dengan dahi automatik berkerut dalam. Tanpa sedar Lut menggenggam buku lima diatas gelas lut sinar yang menjadi penghadang antara Lut dan Erik, dahi dihentak kuat pada gelas tersebut cuba untuk menghilangkan adrenalin yang terembes hasil daripada tekanan yang tiba-tiba terbina.

Dua perkataan itu terngiang-ngiang dalam telinga kepala Lut, berulang kali semacam rekod rosak.

Sesungguhnya dan sejujurnya pada tika itu Lut  terpaksa bergelut dengan diri sendiri untuk menenangkan diri kerana sumpah, Lut tak dapat nak tenangkan diri. Daripada dia tersentak bangun daripada tidur yang tidak lena sehingga sekarang, nafasnya masih laju dan degup jantung kencang dan menyesakkan dada. Tekak tiba-tiba rasa mual dan sebelum Lut sedar apa yang dia buat, dia termuntah lantas tidak menyedarkan diri.

*

Nuh. (discontinued)Where stories live. Discover now