32

67 7 0
                                    



Mereka berempat tercegat menunggu pintu dibuka. Boleh dengar kaki berjalan dan barang jatuh disebalik pintu. Juga bunyi orang berbalas cakap dengan nada yang kuat walaupun tak dapat nak kutip butir bicaranya. Fateh dan Lisa berbalas pandang. Erik buat muka bosan. Lut pula mencuak sendiri sebab dia jarang jumpa orang baru. Dan dia sesungguhnya tak pernah tahu nak bagi reaksi macam mana bila dia dengan orang baru. Dan sekarang juga dia rasa nak lenyap dari muka bumi. Bila dia pandang Erik, budak itu pula muka macam menahan tahi.

Lut menyiku Erik yang mendongak menala kelangit dengan kedua belah tangan diseluk dalam poket.

Erik menoleh pada Lut. Kening sebelah diangkat.

"Kau sure dia ok?"

"Luke, baby, it's alright." Celah Lisa yang dari tadi memerhatikan Lut yang tak reti nak duduk diam.

Lut angkat muka pandang Lisa pula. "Sure? Sebab macam Lut tak su-"

Pintu rumah dibuka dari dalam.

"Hey- uh- hello-" laju Dominick menyapa. Sambil-sambil menolak rambut kebelakang dan menurunkan baju yang tersingkap dipinggang.

"Glad you guys finally make it, Lisa, Fateh- I was finishing... Something..." Sambung Dom tersengih lebar.

Lut tak semena-mena rasa skeptik dengan kenyataan Dom.

"No, we didn't wait long." Fateh mengujar, senyum lebar nampak sangat lega dia tak perlu berdiri lagi lama depan pintu.

"Thirty minutes." Sampuk Erik membetulkan tali beg atas bahu. Dia memandang bawah dengan dahi berkerut dalam.

"Ah- my salty friend!" Senyum Dominick apabila pandangan jatuh pada Erik.

Lisa dan Fateh hanya tersenyum mendengar sapaan mesra juga sarkastik Dom. Erik tak komen apa-apa. Hanya mencerun mata memandang Dom.

"And here is my lil brother, Luke Syafie."

Mata biru yang kelihatan bercahaya itu dialihkan pada Lut. Lelaki itu tersenyum lebar pandang Lut. Dan sesungguhnya Lut rasa over exposed dibawah pandangan Dom.

"I'm Dominick." Beritahu Dom. Lut angguk sekali.

"I kinda figured that out." Balas Lut kekok walaupun dia cuba senyum seikhlas mungkin. Dia angguk dan membalas salam Dom.

Dom tatap dia sekejap. Kemudian Dom mengundur kebelakang, menarik sekali daun pintu untuk mempelawa mereka semua masuk. "Come on in. You guys must be tired. We've prepared rooms for you guys." Ujar Dom memberi senyum.

"Thank God. We were wondering when you'll let us in!" Kata Fateh tanpa segan silu menyatakan hakikat yang satu itu. Dom pula agaknya dah biasa dengan kejujuran terlampau Fateh, hanya ketawa.

"Oh, your home smells nice! Were you making something?" Lisa bertanya sambil memasuki ruang rumah Dom.

Lut juga bersetuju dengan komen Lisa. Sebaik mereka masuk ruang koridor rumah Dom, ada campuran bau yang nyaman. Bau manis vanilla dan bunga-bunga pada masa yang sama seperti bau kopi dan kayu.

"Well, I was baking something and I didn't think you guys arrive this early. So they aren't finished yet, but there's coffee-" Dom terhenti sekejap untuk pandang Lut. Lut macam tak tahu nak bagi reaksi apa sedang dia juga terkial-kial nak tarik luggage sendiri macam terkaku sekejap. Yelah, mana tidaknya bila tuan rumah tiba-tiba diam hanya nak lihat pada Lut.

"...or maybe tea?" Dia mengujar kepada Lut.

"I'm fine whichever, thank you." Jawab Lut laju bila dia perasan semua pandang dia nak tunggu jawapan. Tak semena-mena cuak sendiri dengan jantung pun mula mengepam darah dengan lebih giat. Dom tersenyum lagi dan mengangguk kecil.

"Alright. You guys can sit here first. I'll take your... Uhm... Brunch, I guess." Dom menepuk tangan sekali dan berdiri diruang masuk keruang tamu.

Lut rasa agak kagum dengan Dom sebab dia mampu berlagak kasual walaupun pada masa yang sama sangat janggal. Elok pula dia cover.

Lisa melabuhkan duduk diatas single sofa manakala Fateh menghempas satu badan atas sofa triple seat. Meninggalkan Lut dan Erik untuk duduk atas bean bag yang melata atas lantai.

Lut lelap mata sekejap bila dah terlebih selesa atas bean bag warna hijau muda. Rasa letih walaupun dia hanya tidur atas kapal terbang. Penat duduk dalam keadaan tak berapa selesa buat badan tetap rasa letih ataupun dia yang terlebih tidur sebenarnya, tapi dia tak peduli sebab dia nak lelap dah elok selesa ni. Dia sayup-sayup dengar Lisa dan Fateh berbalas kata, Dom tiba-tiba mencelah dan menjemput mereka untuk makan. Sekali menegur Erik yang main game dalam phone.

Sebahagian daripada diri Lut bersedia untuk digerakkan Erik. Jangkaannya benar apabila Erik menepuk bahu Lut perlahan. Lut celik mata dan cuba duduk. Sambil menggosok mata dia toleh pada Erik.

"Aku nak gi tandas..." Gumam Lut rendah.

"Pergilah. Pintu ketiga daripada dapur. Kau jumpa dapur, then dari situ cari pintu ketiga. Aku tak tahu kalau Dom dah cat warna baru untuk pintu tandas, tapi last time pintu tandas ada gambar air terjun." Beritahu Erik.

"I'm flattered that you remember, Erik," ujar Dom meletakkan satu mug berisi kopi yang berasap nipis atas meja kopi berhadapan dengan Erik. Erik buat-buat tak dengar dengan sindiran Dom. Kemudian Dom menuang kopi dalam mug satu lagi, memandang pada Lut.

"And I have already change the door, but it's still has the same waterfall picture on it. I assure you won't get lost." Senyum Dom tak nak buat Lut bimbang. Macam tahu-tahu aje Lut berpotensi untuk sesat. Lut tak tahu nak segan sendiri atau buat-buat dia tak peduli, tapi dia angguk dan dia menolak badannya untuk berdiri.

"Alright." Lut balas senyum Dom. "Thanks," dia mula berlalu.

Bila dia jalan, kaki rasa macam kena heret sepenuh tenaga. Lut lalukan tangan dalam ranbut sambil-sambil memicit kepalanya sendiri apabila darah mengalir naik keatas. Beberapa kali Lut mengedipkan mata untuk menjelaskan pandangan. Dia cuba tahan bila lalu depan mereka, tapi bila dia selamat daripada pandangan orang lain, tangan disandarkan ke dinding untuk tampung berat bila kaki macam jell-o tiba-tiba. Macam badan Lut nak merajuk dengan Lut hanya kerana Lut nak berjalan. Dasar manja.

Lut mengawal aturan nafas sendiri. Tak lama pun, sebab takut Dom tiba-tiba keluar nak ke dapur lagi atau sesiapa pula yang keluar, dia takut terkantoi. Dia terus menapak dengan bantuan dinding menuju kebilik air.

Rumah Dom kalau masuk dari pintu, terus masuk ruang tamu disisi belah kiri. Kemudian dihadang dengan dinding tangga. Bersebelahan tangga ada koridor, dimana ada ruang masuk ke dapur tanpa pintu dan seperti yang mereka beritahu Lut, ada tiga pintu selepas ruang masuk dapur. Dua pintu biasa dan satu dihujung koridor terdapat pintu biru bercorak air terjun.

Lut mendengar suara-suara orang bercakap bila dia lalu tadi. Maka dengan selamat dan tak nak percaya pada bisikan jiwa punya fasal, dia anggap dia dengar suara orang bercakap tu dari bilik sebelum bilik air. Maklumlah, pintu bilik air terkuak sedikit. Degup jantung Lut mula naik daripada biasa dan Lut dah mula berpeluh sejak dia cuba tahan tadi.

Cuma dia tak sempat nak tolak pintu sendiri apabila tubuh badannya sendiri yang menolak pintu bilik air, dia terus jatuh terjelepuk atas lantai bilik air yang tak basah.

Dan benda terakhir yang dia dengar?

"I told you to lock the fuckin' door."

*

Nuh. (discontinued)Where stories live. Discover now