27

68 8 0
                                    

Goal for this chapter: 7 votes 3 comments

"Erik..." Lut tarik nafas dalam. "Mana dia?"

Lisa angkat muka, sedikit mendongak nak pandang Adam yang berdiri dikepala katil Lut. "Dia ada dengan Fateh."

Lut mengeluh kecil. Mata dipejam sekejap.

"So, kira Lut tak boleh follow ke?" Lut tanya perlahan.

"Not sure if you can fly when you're like this."

Lut raup muka. "Not sure if I can stand the pressure of being on one." Keluh Lut cuba tak rasa hampa dia tak boleh nak naik airplane. Baru aje nak excited nak naik airplane. Memang sebelum ini, seluruh hidup Lut memang Lut tak pernah naik plane. Kira ini macan satu-satunya peluang, for the first and maybe for the last, untuk Lut naik plane.

Adam berdehem perlahan kemudian dia bawa diri keluar dari bilik Lut tanpa berkata apa-apa. Lut toleh semula pada Lisa. Dalam hati ada sekelumit harapan yang terbina, harap air muka yang dia nampak diwajah Adam bukanlah apa yang difikirkan.

"Adam tak cakap apa-apa?"

Lisa jongket bahu sebelah dan dahi berkerut sedikit. "Either dia tak tahu about your condition or he just can't talk about it, or dia tak tahu nak cakap macam mana. Lisa called Aki and Dhuha, asked for them to come. They are on their way."

Lut jatuhkan rahang, mulut berbentuk O kecil sambil dia angguk perlahan. Dia berpaling kearah tingkap, pandang sayu langit yang membiru. Bila dia tengok kepulan awan yang tergantung tanpa tali dilangit, ada yang berserakan membentuk pelbagai bentuk, dia tiba-tiba teringat rasa bahagia jadi budak-budak hingusan dulu. Lut tak rasa dia letak tepi rasa bahagia tengok ala itu ketepi, sekarang pun dia rasa sama. Cuma hampa dia tak dapat terbang bersama awan-awan, menuju destinasi darat diakhirnya. Walaupun sekejap dan agaknya dia pun akan lelap juga dalam flight pun, masa yang diambil untuk menjakun takkan hilang. Mungkin.

Yelah, mana dia nak tahu, naik bas terbang pun belum pernah.

"Alahai, Lukey baby, don't be sad. I think boleh je awak pergi. Or like- pergi naik flight instead of lalu bawah tanah. Kita tengok apa aki akan cakap, doa lah it'll be good news." Tegur Lisa tergelak kecil.

Lut toleh semula pada Lisa. Kening sebelah terangkat. Meragui kata-kata Lisa sebab Lut sendiri tak sedap hati. Lisa memberikan senyum nipis, tangan dilalukan didahi Lut menolak rambut yang melekat dek peluh dingin Lut kebelakang. Satu badan berpeluh dingin. Tangan dan kakinya dia hampir tak rasa apa-apa sebab sejuk amat. Memang agaknya salut darah semua kecut dek sejuk tapi tak pula dia menggigil. Hanya berpeluh, muka pucat, kepala berat bagai tampung dunia atas bahu gamaknya. Sakit kepala sampai berdengung ditelinga. Dan satu cara untuk Lut lupakan kesengalan dan kelenguhan sendiri dan segala otot dalam badan adalah dengan bercakap. Walaupun masa dia bercakap belakang kepala rasa macam direntap kuat.

Perut Lut memang tak boleh masuk apa-apa pengisian, kalau tak dia akan muntah lagi. Possibly akan black out lagi. Entah macam badannya tak sudi nak melakukan sebarang penghadaman maka dia reject segalanya yang Lut masukkan. Lut sekarang dah ditahap beyond lesu, beyond lethargic, beyond fatigue. Senang kata jika Lut tak degil daripada melayan kecelakaan yang menimpa diri, memang dia senyap membisu sampai berpasir tekak nak keluarkan suara. Tapi sebab Lut nak lupakan apa yang menimpa diri sebab tu dia banyak bising walaupun tak adalah bising sangat pun.

"Are you feeling a little better?"

Lut buat muka bitch face siap rolling eyes buat Lisa tergelak. "Lut nampak macam mayat hidup, sure as heck I am like one."

Sebaik Lut menghabiskan ayatnya, pintu bilik Lut diketuk. Lisa dan Lut berbalas pandang. "Dah sampai kot." Gumam Lut perlahan.

"Assalamualaikum..."

Sah dah sampai. Hanya Aki aje yang Lut pernah dengar suara sesantun itu.

Lisa membuka daun pintu. Aki mengukir senyum manis yang memang sungguh terpancar keikhlasan diwajahnya. Lut dengan kekok cuma mengembalikan senyuman tersebut, tapi senget dan nampak terpaksa. Kagum dengan Lisa sebab tampalan senyuman palsu dia sungguh menjadi. Mungkin dia biasa letak muka plastik sampai jadi second nature agaknya.

"Waalaikumsalam," dia cuba bangun dari baringnya, tapi cepat Aki mendapatkan Lut lantas menahan bahu Lut.

"Kamu tak perlu bangun. Aki datang kejap aje ni nak tengokkan kamu." Ujar Aki masih tersenyum. Agaknya nak buat Lut rasa senang dengan dia dan memang lama-lama tatap muka Aki sedikit sebanyak Lut agak lupa dia sakit.

"Kamu rasa macam mana? Lenguh satu badan ada?" Aki mula bertanya seraya duduk dibirai katil Lut.

"Uhm, ha'ah, lenguh satu badan, kepala rasa macam nak pecah, telinga berdengung, sejuk sampai numb kaki tangan, kinda puked just now-" Lut kalih mata pada Lisa, minta tolong dalam bisu.

"He blacked out a few times too. Peluh dia pun sama sejuk." Bantu Lisa bersandar pada kepala katil Lut. Memahami Lut cukup untuk menambah apa-apa info tentang keadaan Lut.

"Ada menggigil?" Tanya Aki memerhati Lut.

"Itu satu yang luar alam, tak. Tak ada pula gigil. Just sejuk gaban je. That's not a pretty sign innit? Am I not going on the bas terbang?"

Aki tergelak kecil, ada sayu dimatanya. Dia tepuk perlahan bahu Lut. "Bas terbang huh? Well, boleh aje. Cuma kalau nak elak dengung dan pedih dalam telinga tu, tidur sebelum berlepas. Takut kamu loya rasa tak sedap je kalau kamu naik flight nanti. Nanti kejap Dhuha beri kamu minum ada air dia buat, panaskan semula badan kamu. In syaa Allah okay." Aki diam sekejap, seperti ada lagi perkara yang dia mahu perkatakan. Tapi niat satu itu dibatalkan dan dia bangun dari duduk.

"Kamu rehat aje sekarang. Pakai selimut dan tutup kipas. Sekejap lagi Aki naik semula dengan Dhuha." Kata Aki menepuk perlahan tangan Lut. Lut dan Lisa berbalas pandang, cuba tak nak persoalkan apa yang Aki beritahu. Cukup dia bagi greenlight nak naik airplane buat Lut lupa kejap keadaan diri sendiri. Dia dah tersengih-sengih macam kerang busuk pda Lisa sedang Lisa juling mata menyampah.

"Ok." Balas Lut tersengih lebar. Aki mengangguk sekali dan berlalu keluar dari bilik.

"That's good news."

"Not to mention how weird he was acting but- okay. It's not so bad to die on air I guess."

Lisa angkat kening sebelah mendengar kata-kata Lut. Dia angguk sekali. "Well, at least boleh campak je terus dalam laut."

"Not a bad thought at all. I am going to be with whales instead of human corpse. That's something." Ujar Lut, tanpa berfikir panjang bersetuju dengan kata-kata Lisa. Dia menarik selimut kedagu.

Lisa hanya tersenyum. Lantas dia usap kepala Lut. "Well, gotta fly first to fall."

*

Nuh. (discontinued)Where stories live. Discover now