"We'll take the train after this." Umum Lisa memandang Lut setelah mereka semua berkumpul."Huh? Kenapa?" Lut soal semula, hairan.
Kening Lisa diangkat sebelah. "Seriously, awak tanya Lisa?"
Erik siku Lut. Mencerun mata Lut memandang Erik. Erik angkat kening sebelah. Buat Lut teringat kejadian Quinin beri air pada dia.
"Air aje kut. Bukan-"
"The fact that ada someone giving you something, benda tu is definitely not ok." Beritahu Lisa sambil geleng kepala dan mencekak pinggang.
Fateh tersengih senget, sayu aje cara pandang dia pada Lut. Kemudian menghulur Erik sebotol 500ml air pada Erik.
"You drank it? Didn't you?"
Lut dan Erik berbalas pandang. Air tersebut dicapai Erik. Dia tak bersuara membalas soalan Fateh. Dia terus meneguk air tadi sampai habis. Botol kosong it terus dibawa ke tong sampah terdekat dan dibuang.
Dia kembali sambil mengesat mulut dengan belakang tangan, dahi berkerut. Erik berdeham, melegakan tekak. Dia menentang mata dengan Lut.
"We take the train." Dia beri kata putus untuk kedua Lut dan diri sendiri.
Lut mengeluh. Malas nak bantah. Bukan dia tak tahu hujahnya mudah dipatahkan, lagi-lagi dengan Lisa. Dan jika Erik pun dah beri kata putus begitu, segala pertimbangan dah diambil kira untuk dia buat keputusan begitu. Lut senyap dan jongket bahu sebelah.
"Sure. Naik train." Dia angguk. Naik train pun tak adalah teruk sangat pun. Seronok juga lalu bawah tanah dan naik semula kedarat tengok pemandangan.
Bila Lut kata begitu, Fateh terus menghubungi seseorang, meninggalkan mereka sekejap.
Lisa senyum pada Lut. Lut melepaskan keluh. Dengan cara dia senyum bersalah begitu tanda dia berterima kasih Lut beri kerjasama dengan dia.
Lisa merangkul Lut dalam pelukan. Ubun-ubun Lut dicium. "Thanks sugar plum." Dia bisik dan melepaskan Lut. Lalu bahu Lut ditepuk.
"I called Dom to pick us up. We'll be staying there for tonight. Book our tickets on the way." Kata Fateh pada Lisa.
"Dom?" Erik menyampuk, dahi berkerut.
Lut tahu muka itu. Muka Erik tak setuju tapi dia cuba tak nak complain tapi dia tetap mahu persoalkan perkata tersebut.
Fateh tatap muka Erik sekejap. Dia angguk sekali dengan muka poker face. "Yup. Dominick." Sebut Fateh, mengiyakan pernyataan Erik.
Lut toleh pada Erik sambil dia tarik luggage dia dan memperbetul tali beg dibahu kanan. Fateh dan Lisa mula berjalan menbincangkan sesuatu, sedang Lut menanti Erik untuk menarik luggage dia. Tiba-tiba tersekat pula. Dia cuba rentap handle luggage itu, lalu dengan PANG, luggage dia terjatuh kelantai. Bergema hampir seluruh kawasan air port. Erik muka dah merah, boleh berasap ke kepala menahan diri. Dia angkat semula luggage yang terjatuh dan Lut cuba tahan daripada nak tersengih.
"Hoi- hoi," Lut mendekati Erik kemudian mendirikan luggage sendiri.
"Meh sini." Dia tolak tangan Erik yang terkial-kial nak tarik handle luggage dia. Erik tarik muka dan menarik nafas dalam. Lut selalu rasa lucu bila dia tengok Erik yang selalu orang pandang cool hilang semua cool dia, entah terbang bebas kemana pun tak tahu. Bila dia frust dan dia tunjuk yang dia tak suka sesuatu benda itu. Contohnya macam sekarang, benda simple pun tak lepas nak buat.
Dengan tenang Lut menolak masuk handle luggage itu semula dan menarik dengan sedikit sentapan. Handle itu ditarik sepenuhnya dengan lancar. Erik pula meraup wajah dan mengeluh berat.
"I dunno bout this Dom guy. And seeing your reaction it seems you don't really like him." Lut bagi ayat penyata yang tak berapa nak membantu Erik.
Erik berdehem lagi dan menarik handle luggage dia. "Ini bukan kes tak suka. Or like- mungkin aku memang tak suka dia..." Erik tak sambung ayatnya. Dia mula mengorak langkah, Lut terkial-kial nak ikut dari belakang.
"Is it just me, atau kau macam tak suka sesiapa pun dekat sini. Which kinda includes Lisa?" Lut bertanya apabila dia dah jalan sebelah Erik.
"Aku tak suka sebab aku tak ingat sesiapa. Well, aku kenal dengan diorang, tapi I can barely remember them. Somehow, bila aku cuba nak ingat, aku tak boleh ingat. And my guts tell me that I just don't like them. I dunno." Kata Erik menyerabaikan rambut yang dah sedia serabai.
Lut macam tak faham. Tapi dia cuba fahamkan dan connect the dots daripada key point yang dikatakan Erik.
Tak suka sebab tak ingat sesiapa.
Itu satu.
Dua, cuba ingat tapi still tak boleh nak ingat.
Tiga, memang dia rasa tak suka walaupun tak tahu sebab apa dia tak suka.
All in all, Erik basically tak suka sesiapa.
Tak suka sesiapa pun yang berkaitan dengan zon barat.
Lut kedip mata sendiri. "...ok..." Balas Lut kekok, tak tahu nak cakap apa. Entah kenapa dia pula mengagak personaliti Erik memang macam labgit dan bumi dizon natural banding dizon barat ini.
Macam tak dapat bayang manusia macam Erik yang payah nak benci sesiapa, tidak menyukai banyak orang. Macam tak berapa nak faham ayat tu, tapi macam tu lah kiranya.
"Maybe it's not so bad when kau boleh kenal semula dengan dorang and remember them..." Ujar Lut, rasa macam nak membantu. Dia pun tak berani nak judge sebab belum kenal lagi manusia-manusia disini. Apatah lagi dia pun tak pernah lagi bertemu dengan mereka yang berkenaan.
Mula-mula Erik tak berpaling pun. Kemudian dia tiba-tiba toleh kepala kebelakang hanya untuk tenung Lut sambil berjalan.
"It doesn't sound that bad..." Gumam Lut tiba-tiba ragu-ragu dengan cadangan sendiri.
Erik pandang depan semula, senyuman meleret dibibir. Cuma Lut aje tak nampak.
"Tak pun." Balas Erik perlahan.
*
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Teen FictionApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #