"WOAAAHH-! MASUK KIRI!!!" Aiman menempik lantang.
DOKK!
Kepala Lut terhantuk sesuatu yang keras sebaik saja dia cuba mengedipkan mata menyebabkan erangan kecil terlepas dari mulutnya. Tangan laju mencapai kepala, mata berpinar-pinar. Elok sangatlah kan tersedar daripada pitam disambut dengan jeritan Aiman dan kepala terhantuk kuat pada cermin kereta (agaknya.)
AJ berpaling apabila mendengar suara Lut meraung kesakitan.
"Oh, shit." Dia menggumam sendiri, mata membulat melihat keadaan Lut. Terkial-kial dia hendak menutup tingkap sambil meletak tepi senjata yang sedang dipegang. Malangnya tingkap itu pecah terkena peluru, AJ menyambung menenmbak beberapa kali. Dia tak pasti sama ada terkena atau tidak tembakannya, tapi melihat salah satu tayar kereta antara tiga (setakat yang dia nampak) dah pun bocor dan terpelanting kebelakang, dia rasa agak berpuas hati. Terlupa sekejap Lut.
"Pegang kuat!" Aki memberi amaran, keras suaranya sedang dia memutarkan stereng dengan tangkas. Aiman menyelinap masuk, menahan diri daripada tergolek. Kemudian dia lekas mengeluarkan kepalanya daripada tingkap dan meneruskan kerjanya.
Manakala AJ teringatkan Lut, dia berpaling, kali ini dia yang kecut perut melihat darah membuak disisi tubuh Lut dan Lut pula sedang mengerang kesakitkan dengan kepala terhantuk dan luka yang terkoyak semula.
"Weh kau okey t-,"
"AJ! TUNDUK!" jerit Aiman.
Berkerut dahi Lut, peluh mula menitik didahi dan nafas mula tidak teratur. AJ terpaksa menarik tubuh Lut bersamanya untuk menunduk supaya terlindung daripada tingkap. Dia baru nak angkat kepala, tingkap diatas kepala Lut pecah seribu.
"Kau berdarah!" beritahu AJ akan perkara yang Lut dah sedia maklum.
Lut tak mampu nak memberi respon pada kenyataan bodoh AJ, dia hanya mengangguk lemah. Otak terasa berpusing-pusing pantas, bahu hanyir darah menusuk. Ditambah lagi dengan bunyi tembak-menembak, halaju kereta yang pantas, Lut sumpah tahan diri daripada muntah.
"Jauhari! Letak tekanan pada tempat yang luka!" sempat Aki mengarah dalam masa dia sibuk meneraju kereta yang meluncur pantas diatas jalan.
Dengan panik teramat, AJ cuba menyandarkan Lut pada pintu kereta. "Weh, maaf weh kalau sakit...," ujar AJ, merenung sekilas kemata Lut yang separa buka. Lut hanya mengedipkan mata dengan lemah. Tak mampu nak bersuara. Dia mengelap peluh didahi Lut kemudian, dengan mata dipejam, dia menekan kuat luka Lut yang berdarah. Lut mengerang kuat, nafas semakin deras.
"Sorrysorrysorrysorrysorrysorry---!!!," AJ mengulang banyak kali tanpa membuka mata. Tak sanggup melihat darah, tak sanggup melihat keadaan Lut walaupun tak berguna juga sebab Lut mendesah dan sesekali mengerang cuba menahan pedih. Mengalir air mata AJ, tak sampai hati. Lut yang terpaksa menahan sakit, memandang lemah pada AJ. Sedaya dia menyalurkan kudrat untuk mengangkat tangan lalu menepuk perlahan pipi AJ.
"...sokay...," Lut mengangguk sekali. Bibirnya mula hilang warna, kulit wajahnya memucat, bahkan tangannya juga sudah sejuk.
Sekali lagi Lut tidak sedarkan diri.
*
"Eurgh..." Lut mengeluh berat. Mata terkebil-kebil nak dibuka walaupun cahaya samar-samar. Nak angkat kepala pun tak larat, terasa macam angkat batu satu tan.
"Kau tak payahlah paksa diri. Teruk gak kau terhantuk tadi. Aku ingat kau kena tembak kemende..." kata seseorang, menahan bahunya daripada bergerak.
Lut memejamkan mata sekali lagi, cuba bertenang dan menyelesakan kepala diatas bantal tersebut. Dahi berkerut dalam cuba menolak berdenyut yang berdengung dalam telinga.
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Teen FictionApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #