Lut tersedar setelah merasakan ada yang menyentuh tangannya. Kontra dengan suhu badan Lut yang dingin mebeku banding dengan tangan makhluk tersebut. Hangat dan mententeramkan. Perlahan-lahan Lut buka mata, mujur lampu tak seterang mana.
"...Lisa," gumam Lut rendah melihat Lisa melemparkan senyuman.
"Hey," Lisa menarik dekat kerusinya pada Lut.
"Adam dah ceritakan semua kat Lisa." Ujar Lisa tenang menepuk beberapa kali tangan Lut. Lut mengalihkan mata daripada Lisa, sedikit berkerut.
"...Bila Lisa sampai?"
Lisa jongket bahu sebelah. "Hmm, few days ago."
Jeda.
Lisa melepaskan nafas panjang, lalu menarik tangan Lut dalam genggaman. "About Erik, boleh kita cakap fasal Erik?" Ujar Lisa menepuk perlahan belakang tangan Lut.
Lut diam sekejap. Kemudian dia mengangguk sekali dan menarik nafas dalam. "Yeah, yeah. Sure. Kita cakap pasal dia." Ujar Lut membalas pandnagan Lisa.
"Okay."
Lut angguk lagi. "Okay."
"So... Ada benda yang Lut nak beritahu Lisa?" Tanya Lisa lepas seketika.
"No, tak ada. Nothing." Laju Lut jawab sambil mengalihkan pandangan ketempat lain. Kalau dia nak turun katil pun, bukannya Lut tahu mana dia nak pergi. Lagi pula dia di hospital. Juga dia tak nak masuk bilik air sebab boleh jadi Lisa akan robohkan pintu bilik air kerana khuatir akan keadaan Lut. Tak semena-mena Lut mengeluh kecil tanpa dia sedar.
"Lut inject darah Lut in him, kenapa Lut buat macam tu? Do you know what will it do?"
Lut menggeleng sedikit. "Entah," dia jawab perlahan.
"Dah tu kenapa Lut buat?" Nada Lisa lebih rendah daripada tadi.
Lut berkerut dalam. "...entahlah..." Dia jawab lebih perlahan daripada tadi.
Lisa pun terdiam sama. Selang beberapa saat tidak tahu nak cakap apa, Lisa berlalu keluar.
Setelah pintu ditutup baru Lit kalihkan pandangan kearah pintu. Dalam minda terdetik sesuatu.
Berapa ramai agaknya manusia dalam dunia ni tahu apa yang dia sedang lakukan?
Sebab bagi Lut, hampir 99.999% daripada keseluruhan hidup Lut, dia tak pernah tahu apa yang dia sedang lakukan. Rutin harian sekadar mengikut norma dan amal yang dia perlu lakukan dan juga perkara yang dia harus lakukan.
Lagipula sekarang...
Lut sungguh tak dapat bayang kalau Erik tiada...
...
"Lut!" Erik memanggil dari jauh lantas Lut menghentikan langkah dan mencari muka Erik. Lut ukir senyum dan melambai pada Erik. Lut berjalan keluar daripada laluan orang untuk menunggu Erik.
"Kau dari mana?" Tanya Lut sambil membetulkan tali beg.
Erik sekadar tersengih kemudian mereka bersalam dan membalas peluk. "Aku singgah beli air. Green tea ada sekali untuk kau." Ujar Erik menghulurkan green tea latte pada Lut. Mata Lut mencerun sedikit sebelum kening sebelah terangkat memandang Erik. Tangan mengambil gelas plastik daripada Erik.
"Kau nak share ke?" Dia soal lalu menghirup air tersebut sebelum dihulurkan kembali pada Erik. Erik tersengih lagi.
"Kau nak cari apa kat bandar?"
Lut jongket bahu, mata sepet meliar keserata tempat. "Cari barang..." Jawabnya acuh tak acuh.
Lagi lima minit monorail lalu.
"Nak tengok wayang sekali?"
Laju Lut toleh kembali pada Erik. "Kalau mau belanja tiket dengan popcorn aku settle je."
Erik tersengih lebar dan mengangguk. "Beres," dia tunjuk thumbs up dengan mata bersinar-sinar.
Selepas dua jam mereka berjalan dan Lut pun puas hati dengan baranganyang dibeli, mereka solat zuhur dan makan tengahari.
"Nanti kalau Lisa call, beritahu dia aku kata Tahniah. Aku dengar Sir Edgar ada borak dengan siapa entah, kata akak kau naik pangkat."
Lut mengangguk beberapa kali dek mulut penuh dengan cheeseburger, sibuk mengunyah.
"Weh Lut,"
Lut berhenti sekejap untuk melihat muka Erik. Kening sebelah terangkat.
"Aku akan pergi barat minggu depan."
Lut tak dapat nak mengunyah habis dan tersedak. Pantas dia menarik air lemont tea yang sejuk beku untuk melegakan tekak. Mujur aje tak tersembur ke muka Erik.
"Awal mana kau pergi? Bukan lagi tiga tahun ke? Apsal kau nak pergi awal sangat? Dua tahun weh. Apa pun boleh ke kau pergi sekarang?"
Bertubi Lut melontarkan soalan, mula bimbang tak semena-mena.
Erik megangguk tenang. "Aku register tahun lepas lagi. Then aku minta tolong Lisa uruskan dekat sana. Cuti nanti aku janji balik kalau tak ada apa-apa. Free, aku call, skype ke, tengok la mana-mana."
Lut senyap sekejap, lambat-lambat meletakkan kembali burger atas pembalut. "Kau tak jawab soalan aku. Kenapa kau nak pergi awal?"
Erik merenung mata Lut buat seketika sebelum dikalihkan, konon nak tarik cawan air oren lalu diminum. "Aku rasa fleksibel sikit kalau awal-awal. Nak sambung training lepas balik pun aku dah ada instructor. Sekarang pun akak kau ada lagi kat sana, senang sikit orang nak tengokkan aku." Dia gelak.
Lut tak puas hati dengan jawapan Erik sebab dia rasa Erik tidak sepenuhnya jujur. Tapi dia akan terima buat masa ini. Mana tahu ada hari dia dah bersedia nak beritahu. Ataupun Lut sendiri tahu kenapa.
"Ok." Sepatah dia balas.
Erik senyum simpul. "Okay."
"Kau belanja popcorn sekali en," Lut tanya tiba-tiba membuatkan Erik tergelak. Dia mengangguk.
"Iye, aku bayar."
...
Dia ingat apa yang berlaku malam itu, tapi dia tidak pasti apakah perkara tersebut benar-benar berlaku ataupun hanya bayangan kepala Lut sahaja.
Lut berkerut sendiri. Tangan diletakkan diatas luka disisi badan. Kemudian dia turun daripada katil dan menyelinap masuk dalam tandas dengan senyap walaupun tak ada manusia lain pun selain Lut dalam wad tersebut. Dia buka baju dan diletakkan diatas jamban yang tertutup. Dia angkat tangan kirinya untuk melihat luka yang masih merah parutnya. Lut ketap gigi melihat parutnya sendiri kemudian mencapai gel aloe yang Lisa tinggalkan dalam tandas untuk disapu diatas parut tersebut.
Dia menyedut nafas pantas apabila bendalir sejuk tersebut terkena permukaan kulitnya. Dengan berhati-hati dia menyalu gel tersebut diserata permukaan luka dicakar harimau itu. Sehingga kini dia tak ingat pun apa yang dia buat melarikan diri daripada rumah sendiri sehingga dicakar dek harimau. Entah apa yang ada dalam kepala otak Lut dalam pada dia melarikan diri dan membuat keputusan terlebih bernas masuk dalam hutan, Lut masih cuba mencari jawapannya.
Lut mengeluh sendiri apabila dia selesai menyapu gel aloe vera tadi. Apabila dia menutup kembali bekas aloe vera tersebut baru dia perasan sesuatu yang abnormal pada kulit badannya.
Ada lebam-lebam warna ungu dan biru. Lut merenung bayangannya sendiri dicermin. Melihat matanya sendiri yang beku tanpa perasaan. Kosong. Lut mengeluh sendiri. Dia menyentuh permukaan lebam pada tubuhnya, terasa lebih hangat daripada permukaan kulit yang biasa.
Mana pula datang lebam-lebam ini pun dia langsung tak dapat ingat.
Lut tak sedar berapa lama dia merenung dan mengelamun seorang diri dalam bilik air tersebut, apa yang dia tahu bila dia sarung semula baju keatas badannya, gel aloe pada parut Lut dah pun kering.
Bila Lut buka pintu bilik air dan mengangkat muka, pandangan terus jatuh pada katilnya. Dia terpempan sendiri, terkedu sekejap.
Terasa nafas tersangkut dikerongkong dan dada mula sesak melihat manusia yang duduk memeluk lututnya rapat kedada menghadap tingkap.
"Erik..."
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Teen FictionApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #