Lut merenung siling atas kepala dalam gelap. AJ dah pun masuk tidur awal lagi sebaik saja lepas isyak tadi. Lut pun tak pasti apa yang buat dia letih sangat sampai masuk tidur awal. Tak silap, bila Lut tengok jam bila AJ komplen nak masuk tidur dulu, jam belum pun tunjuk pukul sepuluh. Bila Lut cuba pujuk AJ untuk saty-up sama dengan dia, AJ sengaja tak nak bagi respon. Maka, Lut terpaksalah pulang dibilik yang disediakan untuknya berehat dan menghadap siling dalam gelap bercahayakan cahaya bulan samar-samar dari luar.
Memang sejuk tahap gaban malam itu, Lut menyarung lagi tee lengan panjang, tak cukup tee lengan pendek dengan sweater aje. Stoking pun disarung dan dia bersyukur selimut pun tebal untuk menghangatkan tubuh yang semakin lama membeku sendirian dalam bilik kecil dikabin terpencil atas gunung ini.
Lut paling tak suka bila tengah-tengah malam begini, dia baring sendirian diatas katil dalam gelap tanpa buku untuk menyibukkan otak, otak melayang jauh sejauhnya. Tak terkejutlah kalau benda pelik-pelik yang timbul dalam kepala.
Dahi dikerutkan.
"Malam Jumaat tu, lepas solat isyak, aku ingat aku nak singgah sekejap rumah kau, saja nak melepak dah habis sekolah. Kau en sepanjang hari kat sekolah membebel sorang-sornag siap buat list nak tengok cerita apa atas meja kau. Dekat simpang nak masuk jalan rumah kau tu, tiba-tiba ada orang rempuh aku. Aku baru nak maki, bila aku tengok kau tengah berlari. Laju nak mampus kau tahu? Aku tak tahu pula kau lari laju macam tu. Either way, aku tak kejar kau, tapi aku follow kau lari. Alih-alih kau masuk hutan aku lost kau sekejap kat situ."
Lut mengeluh sendiri. Dia mengusap wajah dengan telapak tangan kemudian dia memicit sisi kepala dengan niat nak meredakan denyut yang tiba-tiba muncul dalam kepala.
"Then aku call Aki dan beritahu apa jadi. Waktu dia datang tu, muka dia terkejut gila bila dia tengok muka kau. Lama juga dia tenung kau sampai aku panggil dia few times baru dia macam snapped. Lepastu Lunar tolong bawa kau naik ke kabin sebab Aki suruh. Aki tak explain apa-apa dekat aku dengan Aiman sebab apa dia suruh bawa kau ke sini. Dia hanya kata kalau kau stay kat rumah kau, it's not really safe. Macam tu la. Aku dengan Man tak berani nak komen apa-apa, kitorang dengar aje apa yang dia suruh. So, that's that."
Kenapa Lut langsung tak ingat apa yang jadi?
Kenapa dia lari dari rumah dia sendiri?
"It was hella weird, I can tell you that,"
Lut tak dapat nak beri respon yang bernas selepas mendengar cerita AJ apa yang berlaku padanya.
"Dah macam mana aku boleh tiba-tiba injured?"
"Aku tak tahu tho... By time aku jumpa kau tu, kau dah tak berlari dah weh. Kau basically passed out dah bila aku jumpa kau, dengan darah merata. Kau kena gigit binatang ke memende, heck, I don't even know. Adam dengan Aki yang tend kau. Dorang tak benarkan aku masuk, maybe tak nak aku risaukan kau kot."
Teringat AJ cerita, gaya dia pun macam taka da sekelumit bimbang pun dengan keadaan kawan dia separa maut. Cerita macam tengok movie malam semalam, esok pagi jumpa dekat sekolah cerita macam benda tu tak efek sikit pun dalam hidup. Kagum juga Lut, dia boleh buat selamba macam tu.
Tak apalah kut, sikit pun tahu apa yang jadi, Lut rasa agak lega daripada tak tahu apa-apa langsung. Walaupun banyak juga benda yang tak terjawab. Macam kena isi tempat kosong dalam karangan untuk peribahasa yang sesuai, tapi tak thau nak jawab apa, makanya kosonglah kiranya. Markah pun bersih macam tu jugak. Alamak, teringat exam BM yang dijawab haritu dalam finals, damn. Harapnya cikgu tak call suruh buat repeat dalam masa cuti ni.
Entah kenapa sekarang ni, bila dia ingat balik perbualan dia dengan AJ siang tadi, Aki macam ada gaya tahu menahu aje. Lut tak pernah pula jumpa dengan Aki AJ dengan Aiman sepanjang dia hidup dan itu tadi, memang dia berani sumpah, itu kali pertama dia jumpa Aki kembar tak seiras itu.
Agaknya, kalau Lut tanya Aki sendiri apa yang jadi, atau tanya Aki sendiri apa yang Aki tahu, agaknya dia dapat jawapan tak?
Ataupun Lut perlu pulang sendiri kerumah untuk ingat semula apa yang jadi?
Lut mengeluh berat. Serabut.
Baru aje kut nak enjoy habis sekolah, ini pula yang jadi?
Mungkin dia perlu pulang semula kerumah untuk ingat semula apa yang jadi.
Dalam Lut leka mengelamun, dia perasan gelap dalam bilik itu lebih gelap daripada biasa. Seperti ada yang menghadang cahaya yang sedia segan nak berkongsi sinar ditingkap kecil depan katil Lut. Lut mengangkat sedikit kepalanya dari bawah selimut. Dalam sekelip mata bayangan hitam yang menhalang cahaya lesap, meninggalkan langsir teralun perlahanditiup angina dingin daripada luar tingkap.
Burung terbang lalu lah tu kut, detik Lut dalam hati cuba menyedapkan diri sendiri walhal jantung dah mula berdegup kencang. Dia mengaku dia cuak. Tapi kalau fikir balik, dah duduk dalam hutan, terpencil pula tu, entah ceruk mana Lut pun tak tahu, memang macam-macam benda ada. Hutan pun namanya.
Lut menarik selimut melitupi seluruh tubuh dan memejam mata serapat mungkin. Sepi menjerit dalam kepala cuba memanggil lena walaupun dia memang tak rasa nak tidur. Mungkin lepas berhari-hari tak menyedarkan diri, tenaga terlebih-lebih pula. Lut bukanlah kategori penakut, sebab selalunya dia pun melayan cerita seram bawah selimut dalam bilik sendirian bila dia ada mood. Tapi dah kalau jadi pula dalam real life, Lut pun tahu kecut perut.
Mujur kali ini, lena datang juga selepas Lut membaca segala jenis surah dan zikir yang diingat dalam kepala.
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Teen FictionApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #