12

112 8 0
                                    


"I'm too depressed for this shit." Lut baling bantalnya ke dinding, air mata mengalir dipipi. Dia mengigit bibir bawah. Mukanya merah. Hidungnya merah. Pipinya merah. Kedua belah telinga pun merah. Dia mengesat kasar air mata yang membasahi pipi.

Sakit.

"Don't bitch around. Kau duduk and relek boleh tak? Serabut aku tengok kau macam ni." Aiman menghembuskan nafas, bengang tiba-tiba.

"Kau serabut sangat kau blah la."

Hati Aiman agak terguris mendengarkan jawapan Lut, tapi dia tidak komen apa-apa. Dia mengaku mulut dia celupar.

Lut turun daripada katil dan mengangkat kembali bantal yang dibaling kedinding tadi. Dia meletakkan kembali bantal diatas katil dan dia melabuhkan punggung diatas tilam. Dia mengusap kasar muka yang dah sedia merah.

Emosi sungguh.

Aiman menggelengkan kepala. "Dia takkan mati sebab Arqs, Lut." nada Aiman berubah perlahan.

Lut senyap tak membalas. Dia duduk atas katil dalam wad tersebut, membelakangi Aiman.

"Kau apahal kat sini?" Lut bertanya dingin, kepala hampir separa berpaling daripada menghadap Aiman sepenuhnya.

"Nak beritahu kau aku dengan AJ fly esok. Kitorang kena daftar Army dalam minggu ni. Though, aku rasa Erik pun sepatutnya daftar sama dengan kitorang, tapi nama dia tak ada pula dalam list, last time I checked." beritahu Aiman sambil mengeliat. Dia menolak bingkai cermin mata yang terlurut dibatang hidung dan menarik tudungnya sedikit kebelakang.

"...Okey."

Aiman diam sekejap. "AJ tak dapat datang harini. Dia kena re-new ID dia semula. So he said sorry. Kalau kau rajin, kau tengoklah apa dia kasi kau tu. Aku letak atas meja." kata Aiman lalu bangkit dari duduknya.

"...alright." gumam Lut rendah. Dia membenamkan muka dalam bantal yang dipeluk.

Aiman mengatur langkah kepintu, kemudian dia terhenti sekejap selepas membuka daun pintu.

"Ey, Lut?" dia panggil tanpa berpaling. 

Lut angkat sedikit kepalanya.

"I guess kitorang bukanlah guradian kau yang sebenarnya." Aiman tersengih sendiri, menunduk melihat sneakers yang disarung pada kakinya.

"Aki kata dia silap. So, I'm sorry about Erik. Hope you'll get better soon." kata Aiman lalu menutup daun pintu dibelakangnya. Dia mencabut sarung muka yang dipakai. Lalu dibuang dalam bakul sampah diluar wad Lut. Untuk kali kedua dia terpaksa membasuh tangan dan menyapu hand sanitizer ditangan. Dalam perjalanan keluar daripada kawasan wad yang meng-kuarantin kan penghidap Arqs, dia terpaksa berhenti didalam tiub untuk disinfect seluruh tubuhnya termasuk baju yang dipakai. Mujur semburan air tersebut tak berbau ubat. 

Aiman buat muka bila selesai segala prosedur perubatan yang dilalui. Dia kembali menyumbat earphone dalam telinga dan berjalan keluar.

Dalam kepala terbayang Erik.

Erik. Budak sekelas Aiman. Dua tahun dia sekelas dengan Erik dan Lut. Dua belangkas yang tak pernah berpisah. Sesungguhnya kalau orang tak kenal mereka, memang nampak Lut macam hopeless loner kalau nak dibanding dengan Erik yang boleh tahan mesra alam dengan award winning guilty smile dia. Memang tak jangka pun mereka rapat sebab mereka adalah dua manusia yang sangat berbeza langit dan bumi.

Aiman menarik sweater dan memeluk tubuh. Dia memandang kiri dan kanan beberapa kali mencari bangku nak duduk sambil menunggu Aki datang.

Jujur, memang kadang Aiman alah dengan Lut, selalu tak puas hati dengan budak lelaki yang seorang itu, tanpa sebab yang munasabah. Kalau orang tanya kenapa, dia hanya mampu jawab dia alahan aje dengan manusia yang satu itu. Tak puas hati mungkin Lut hanya senyap sendiri dan tak bergaul sangat dengan manusia lain. Mungkin Aiman tak puas hati dengan Lut sebab Lut tampak selesa dalam dunianya sendiri sedang Aiman memang tak boleh duduk sendirian kalau tidak otaknya tak berhenti senyap.

Nuh. (discontinued)Where stories live. Discover now