08

126 8 0
                                    



Pintu bilik ditolak buka daripada luar, mengejutkan Lut yang sedang menyimpan kembali sejadah dalam laci sebelah katil seusai solat isyak sekejap tadi.

"Lut!" AJ meluru masuk mendapatkan Lut. Sebelah kening diangkat.

"Apekehal korang ni?" Aiman tidak menutup pintu dibelakang turut mendekati Lut.

"Jom masuk bilik bacaan Aki?"

Berkerut dahi Lut. "Nak buat apa?"

Kembar tidak seiras itu berbalas pandang kemudian tersengih penuh konspirasi. Aiman angkat-angkat kening pandang Lut yang sumpah tak tahu menahu apa yang ada dalam kepala otak mereka.

"Aku tak boleh baca otak sewel korang, so spit it out already." Kutuk Lut. Tapi entah kenapa Lut rasa agak lega sedikit sebanyak apabila dua ekor manusia ini masuk kedalam biliknya setelah seharian mereka langsung tidak menjenguk Lut. AJ demam itu satu hal, Aiman marah (kot) pun satu hal. Kadang otak lembab Lut ni bukan tahu apa salah yang dia buat kalau orang tak beritahu.

"Dorang bertiga keluar sekejap tadi, adahal katanya. Bilik bacaan Aki tu antara mereka bertiga aje yang boleh masuk. Kitorang tak boleh walaupun Aki tak pernah ke halang ke apa, tapi Adam...," Aiman terdiam, tak tahu nak menyambung ke tidak.

Mereka bertiga senyap sekejap, mengenangkan Adam. Akhirnya, Lut mengangguk, faham sendiri. "Apa korang nak buat dalam tu?"

Riak muka Aiman relaks sedikit apabila dia tidak perlu sambung ayatnya tentang Adam. "Mana tahu ada benda yang kita tak tahu selama ni kita jumpa dalam tu ke? Kau tak nak tahu ke kenapa kau kena duduk dengan kitorang? Apa kena mengena kau dengan Aki?" bertubi-tubi Aiman melontarkan soalan sedang AJ hanya mengangguk, riak muka ikut sama bersungguh-sungguh.

Kerut dahi lagi. "Okey," Lut mengalah tanpa berfikir panjang. Macam seronok pula, mana tahu kan jumpa benda pelik-pelik. Jumpa resepi awet muda Aki, mana tahu?

Thrill, gitu.

Dahlah duduk terperuk aje dalam bilik ni, nak keluar takut pula, sebab rumah orang. Kalau di kabin haritu macam tak kisah sangat, tapi ni dah tahu rumah orang, Lut pun tak berani.
AJ dan Aiman serentak mengangguk. AJ memaut lengan Lut. "Okey, jom ikut aku," kata Aiman, berjalan dahulu.

Mereka melintasi kawasan dapur, tempat makan dan ada tangga yang memisahkan ruang makan dengan ruang tamu utama. Kemudian ditingkat dua terdapat ruang rehat dan tiga bilik. Mereka naik tingkat ketiga yang mana memang taka da bilik pun, hanya ruang yang luas dengan beberapa rak buku disekeliling, rak-rak terlekat didinding yang diletakkan kotak, sebuah meja kayu dengan kerusi beroda, laptop, beberapa bean bags merata diatas lantai. Penghawa dingin pun ada satu.

"Tak macam bilik pun," komen Lut selepas beberapa ketika.

"Tapi yang pasti last aku dengan AJ kesini, aku pun tak ingat bila. Tapi sejak kitorang nampak Adam selalu naik, kitorang tak berani dah nak naik. Parents kitorang pun pesan jangan naik dah..." ujar Aiman meluru ke laptop yang terbuka.

"Kau tengok lah kotak-kotak yang suspicious ke apa-apa."

Lut mengangguk, rasa jakun sekejap melihat buku-buku yang ada. Tiba-tiba mata tertancap pada satu-satu kotak yang berlabel disudut paling kiri, bawah sekali.

"Nuh? Shit, siapa dia doe? Nenek kau ke?" Lut menyoal separa berbisik pada AJ dan Aiman, itu pun kalau mereka dengar.

"Huh!? Kau biar betul." AJ menyahut mendekati Lut.

Sebatang pen hinggap dibelakang kepala Lut sebelum jatuh kelantai dan bergolek perlahan sehingga terhenti disisi rak. "Wei, sengal, Lut tu nama lelaki kan. Kau nak agak tolol pun bertempat sikit." Aiman berbisiki separa jerit dari kerusi depan laptop.

Nuh. (discontinued)Where stories live. Discover now