Selepas selesai mengeluarkan peluru dari dalam bahu Lut dan siap dijahit kemas, Lut tercungap-cungap mencari nafas sambil Erik memegang Lut dari depan. Erik dan Emmy berbalas pandang buat seketika.
"Rumah dia ada orang?" Tanya Emmy sambil berdiri.
Erik mengangguk. "Ada."
Emmy mengangguk dan berdiri, first aid kit dalam tangan. "Akak call rumah dia untuk inform..." Emmy terhenti sekejap, dan berpaling dahi berkerut.
"Lut... tak tinggal seorang...?"
"Dia... ada penjaga datang jaga."
Emmy tenung muka Erik, lalu mengangguk lagi. "Guess that penjaga already aware of this thing. You both stay dekat sini, akak turun sekejap, inform Sammy. Though, mujur pelanggan lain terus balik. Good thing harini pun tak ramai sangat datang. Maybe the weather really is telling you something huh." Emmy jongket bahu dan beri senyum dengan niat nak menyatakan bahawa Erik tak perlu risau walaupun Erik sekarang mempunyai banyak benda yang dia nak risaukan.
(Ulang; dia NAK risaukan.)
Erik memberi senyum hambar dan mengangguk lemah. Dia menggerakkan sedikit kepala untuk melihat keadaan Lut. Pucat mukanya, tapi nafas dah kembali normal dan matanya terpejam rapat dengan dahi berkerut.
"Hmph- aku tak rasa morfin ni bagi efek apa pun. Hurts like hell- urgh..." Lut mengerang sedikit, menggenggam kuat lengan Erik sebagai sandaran.
"It is supposed to reduce pain."
"Shut up." tingkah Lut lemah.
Kali ini Erik tersengih, terhibur sedikit dengan reaksi Lut walaupun sakit macam tu. Dia cuba bergerak, tapi tangan Lut laju hinggap diatas lutut kanannya, menahan Erik daripada sebarang pergerakan.
"Jangan gerak. Aku dah selesa macam ni."
Erik tak terus membalas.
"Don't say anything." Lut tahu Erik nak cakap apa.
"... we are in a very awkward position," ujar Erik, menepuk perlahan belakang Lut.
Lut menjulingkan mata, tapi dia tidak juga bergerak. Cukup bersyukur dah sakit sedikit sebanyak berkurang.
"Tapi kalau kau tak rasa macam tu, tak apalah kan." sambung Erik.
Lut mengeluh lantas merehatkan kepala dilengan Erik. Dia sedar mereka memang dalam posisi yang sangat mencurigakan bagi yang otak songsang 720 darjah. Tapi dia tak nak bergerak dan mengingatkan dirinya sendiri yang dia kena tembak dibelakang bahu kanan daripada sakit yang memecut terus ke otak.
Tadi lepas Erik heret dia masuk dalam kafe semula dan Emmy serta merta menurunkan lapisan shade yang lebih konkrit, Erik menarik Lut dalam dakapan maka kedua kaki Lut melunjur bertentangan disisi badan Erik. Dan disebabkan Erik jugalah dia terpaksa menahan jeritan dek sakit yang melampau walaupun dan dicucuk morfin untuk kurangkan 0.005% rasa sakit tersebut. Tapi tak tertahan pun sebab dia yakin tadi hampir 85.5% suara dia terkeluar mengerang kesakitan sampai berair mata.
Memang morfin tak cukup agaknya. Atau pun sedatif tak ada untuk numb kan kawasan yang bakal dikorek.
Seram sejuk Lut dibuatnya bila dia ingat semula.
Tapi... "Erik, kau rasa apsal aku kena tembak?" Lut tanya selepas beberapa ketika Erik layankan diam antara mereka dengan mengusap belakang Lut.
"Adalah kut relate dengan Nuh tu." gumam Erik.
"Kau rasa dorang aim aku sebab dorang sangka aku ni Nuh atau memang dorang nak bunuh aku atas sebab-sebab tertentu?"
"Aku pun tak tahu lah bro. Tapi ada satu benda yang buat aku musykil."
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Teen FictionApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #