Bosan duduk seorang diri dalam bilik kecil tersebut. Niat pada asal takat nak ke tandas aje, tapi bila dia buat bijak berjalan kesekeliling rumah, tak pula dia terserempak dengan sesiapa. Itu yang kaki bawa badan keluar walaupun berpeluh-peluh jugalah cuba menahan pedih yang tiba-tiba nak tarik perhatian Lut setelah langsung tidak diambil kisah dalam dua tiga hari dia tidak sedarkan diri. Bila dia keluar rumah, angina dingin menderu lembut menyapa pipi. Lut berkira-kira sendiri sama ada mahu menjejak keluar ataupun tidak.
Selipar entah milik siapa disarung akhirnya dan dia melangkah keluar mendekati AJ yang sedang mengelamun jauh diatas balkoni kayu. Dia tidak mahu ambil risiko dengan memanjat penghadang kayu tersebut dan menyakitkan diri sendiri yang sedang menyembuh. Maka Lut ambil tempat diatas bangku panjang yang bersandar sambal melepaskan keluhan panjang.
"Kau keluar?"
"Aku harap itu bukan soalan," Lut memejamkan mata, kepala didongakkan keatas.
Langit biru cerah dengan awan berarak tenang dibawa angin.
"Aki dapat tahu, mahu dia berleter panjang. Kau tengok je muka macam tu..." ujar AJ perlahan. Dia tersenyum sendiri. Kemudian dia memusingkan tubuhnya lalu melompat turun daripada penghadang dan mengambil tempat disebelah Lut.
"Engkau ni en, dengan atuk kau pun kau nak mengutuk." Komen Lut menginjak sedikit untuk memberi ruang buat AJ.
"Dah kau ni tak sejuk ke?"
"Damn, sejuk nak mampus sebenarnya. Tapi aku malas nak masuk balik duduk sorang-sorang kat dalam bilik tu. Aku pun tahu bosan... Tho, aku tak tahu pula kau ada kabin kat atas gunung ni?" omel Lut sebelum bertanya. Mata dibiarkan meliar kesekeliling. Jamu mata melihat bunga berwarna-warni hidup subur disekeliling kabin tersebut. Dalam beberapa meter barulah pokok-pokok liar yang tumbuh tinggi melangit sepatutnya menghadang pandangan memenuhi ruang sekeliling kabin.
"Jap, aku ambil sweater aku kat dalam," AJ bingkas bangun dan masuk kedalam kabin. Lut mengangguk, sibuk menikmati panaroma alam yang indah walaupun hujung kuku dah rasa nak beku dek sejuk tahap gaban.
Secara alaminya Lut mengangkat kaki dan memeluk lututnya untuk mengelakkan daripada haba dilepaskan dari tubuh. Dia tidak dapat membongkok sebab sakit disisi tubuh. Ini pun rasa sakit seperti terpercik menghantar signal pada otak. Mujur sejuk ada, kalau tidak, memang Lut tidak peluk tubuh semata sebab sejuk punya hal.
Tak banyak pun gunung disekeliling mereka selain yang satu ini nampaknya. Ada pun bukit-bukau menghiasi sekeliling dan kadang ternampak juga hamparan bangunan ditanah rata kalau tidak dihadang dek awan dan kabus.
"Lut," AJ menghulurkan sweater kelabu gelap pada Lut dan Lut dengan senang hati menerimanya.
"Aku ada stoking sekali ni ha, pakailah. Beku nanti kaki kau. Sejuk sial atas ni..." gumam AJ sambil melabuhkan duduk disebelah Lut.
Dia meletakkan mug yang terdapat asap nipis meruap keudara diatas penghadang kayu disebelah kanannya dan dikeluarkan gumpalan stoking dari poket sweater yang dipakai.
"Ni yang sebulan punya ke yang baru punya ni?" Lut buat muka, mata mencerun pada stoking yang dihulur AJ setelah dia siap menyarung sweater.
AJ kerut dahi. "Aku ingat nak bagi yang sebulan punya, tapi tengah pakai. Asal, kau nak yang sebulan punya ke?" Soal AJ sarkastik. Lut menghantar sengih lalu mengambil stoking yang diberikan AJ. Susah payah dia menyarung stoking yang tak sepadan dikaki. Tak tipu kalau dia kata peluh dingin menitik didahi seusai dia memakai stoking. Lut bersandar kembali pada bangku kayu tersebut, mengambil nafas.
"Ni, aku buat air untuk kau. Mesti tak sedap perut kan lepas minum 'air epal' tu kan? Kau pun tak makan kan tadi?" ujar AJ menghulurkan mug itu pula. Lut angkat kepala dan sebelah kening kemudian tersengih seraya menggeleng.
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Teen FictionApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #