Lut hanya memerhatikan Erik menukar baju sebab dia tak ada benda lain nak buat. Walhal pada hakikatnya dia bukan perhati pun Erik, tapi lebih kepada termenung jauh melintasi dunia tanpa memikirkan apa-apa. Tiba-tiba zone out secara menyeluruh tanpa menyedari apa yang berlaku disekelilingnya apatah lagi nak perasan telinga Erik merah menyala sejak dia keluar dari bilik air dan waktu Lut hulur baju dengan tuala -lagi- untuk keringkan rambut dia.
"Lut?"
Lut terkebil sekejap dan terus berdiri. "Ah yeah. Jom." dia balas dengan mengangguk sekali. Dia jalan dulu dan Erik ikut daripada belakang.
"Lut, kau okey tak? Ke zone out lagi?"
Lut jongket sebelah bahu dan menggeleng kecil. Dia usap belakang tengkuk sambil menduduk sedikit pandang lantai. "I wasn't thinking any-," Lut mengeluh kecil. Mereka ikut jalan belakang melalui tangga. Sebelum keluar daripada bangunan memang mereka letak ruang disinfectant. Maka mereka berhenti sekejap, biarkan gas berubat itu disembur keseluruh tubuh sebelum mereka berdua keluar ke ruang kawasan belakang hospital.
Taman dibelakang terdapat laluan untuk berjalan dan pokok-pokok rendang diserata taman dengan pokok-pokok renek yang berbunga meriah bertompok-tompok dalam kumpulan warna yang pelbagai.
"Huh, aku tak pernah pergi belakang ni lagi." komen Lut mata mula meliar. Tak ada orang pun walaupun taman sebesar alam begini. Maklumlah, zaman sekarang kes Arqs ni berkurang. Kalau ada pun, ramai yang duduk koma dalam kapsul, memang tak adalah yang nak keluar. Mungkin ada pun orang pun tak banyak mana. Lagipun hospital yang sayap belah timur ini memang dikhususkan untuk research Arqs. Maka pesakit-pesakit dan hanya manusia berlesen dan bertauliah sahaja dibenarkan masuk dalam kawasan hospital ini. Jarak daripada bangunan hospital yang utama pun jauh.
"Uhn... It's nice..." Erik bersuara. Lut berpaling pada Erik sekejap. Kening sebelah terangkat.
"Bila masa kau pakai mask tu?" ujar Lut, jari telunjuk menunjuk pada muka Erik.
"Oh, tadi aku ambil sebelum keluar tadi. Dia ada sediakan. Kalau tak aku tak boleh keluar."
Lut tatap muka Erik untuk seketika sebelum mengangguk sendiri. "Oh, macam tu..." katanya perlahan memaling semula kedepan. Teringat yang Erik adalah salah seorang pesakit Arqs. Dan dia berjangkit sebab sentuh darah Lut, buat Lut rasa tak senang dan rasa bersalah tu datang semula.
Untuk seketika mereka hanya berjalan diatas trek yang disisi jalan terdapat batu-batuan kecil sepanjang jalan tanpa berbalas kata. Sekadar memerhatikan alam sekeliling dan menikmati udara segar diluar lepas agak lama terperap dalam hospital.
"Lut-" panggil Erik buat langkah Lut serta merta berhenti lantas dia berpaling. Terkejut sikit sebab tiba-tiba diseru macam tu. Jarang dia dengar Erik panggil dia dengan nada suara begitu. Ada getar dihujung suara dia. Bila Lut berpaling, dia kalihkan mata daripada menentang mata Lut.
"Kau ok tak? Kau nak masuk balik ke?"
Erik menggeleng kecil. Kemudian dia jalan dekat kearah Lut, tangan kiri Lut dicapai. Pandangan Lut jatuh keatas tangan mereka berdua, Erik mencelahkan jemarinya diantara jemari Lut sebelum digenggam kemas.
Lut terdiam sekejap, berasa aneh. "Kau serius kau ok?"
Erik toleh kesisi dan mengangguk sambil menghirup nafas dalam. Lut hanya memerhatikan Erik melepaskan nafas berat. Kemudian hanya mengikut langkah Erik bila dia mula berjalan. Erik tak jawab soalan cepu emas Lut, maka Lut hanya mampu berdiam, tak nak paksa Erik bersuara.
"Well, Lisa beritahu dua hari lepas kita kena admit tu dia sampai sini. Tapi dia take time nak datang sebab ada few things kena settle. Aku rasa dia aje visit kau. Kau tidur kut time tu. Lisa ada tanya if I want to talk about you with her. Tapi aku..." Lut terhenti sekejap, dahi berkerut sedikit. Dia menala pandangan kelangit sekilas, walaupun pandangan sedikit sebanyak terhadang dengan dedaun daripada pokok yang rendang menyelusuri jalan tersebut. Lut mengeluh.
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Teen FictionApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #