Goals for this chapter: 8 votes 3 comments
Malam.
Lut terbangun -tersedar- bukan sebab alarm, tapi memang dia hanya tersedar. Badannya masih lagi sejuk, tapi otaknya berdenyut-denyut dalam kepala. Telinga berdesing. Seolah-olah baru kejap tadi dia ke lempang dengan seseorang. Seolah-olah baru sekejap tadi dia terhantuk kepala kuat dengan sesuatu yang keras.
Mata Lut terkebil-kebil dalam gelap. Entah kenapa otak bagai masih lagi keliru kenapa luar sejuk rasa nak ketlang hitam, tapi dalam badan panas bagai Lut buat skinny dipping dalam hot spring. Lut memegang sisi kepala, cuba bernafas melalui mulut apabila dada rasa sakit dan sesak pada masa yang sama. Dia cuba bangun -sambil dia mengerang perlahan- kaki dilemparkan kelantai. Itu pun dah mengah macam naik tangga 200 tapak tanpa henti. Lut cuba mengepal seggumpal rambut dalam telapaknya. Kemudian ditarik kuat, dengan harapan bahagian sakit dibahagian kepala itu akan hilang. Paling tidak pun berkurang pun tak apa.
Lut mencari nafas yang tercicir tengah dia cuba nak bangun. Pandangan agak kabur sekejap, dipejam lama. Bila dibuka kembali sedikit sebanyak pandangan agak serasi dalam kelam biliknya sendiri. Lut melepaskan nafas berat dan cuba berdiri mendapatkan pintu. Punya dia gigih, berjalan perlahan, tangan melekat dimana-mana yang boleh tampung beratnya untuk kepintu.
Dia macam dengar bunyi pintu diketuk perlahan dan seseorang memanggil namanya. Bila dia hampir didaun pintu dan tangan diletakkan ditombol, pintu dikuak dari luar lantas Lut rebah depan manusia bertuah itu.
*
"He has high fever," satu suara lelaki berbunyi. Berdengung gegendang telinga Lut.
Lut pejam mata lagi kuat, tak tahu mustahil atau tidak, tapi dia buat walaupun mata dah sedia terpejam. Lut mengerang kecil, menolak badan kesisi.
"Lut,"
Lut cuba mengawal nafasnya, peluh dingin mengalir dipelipisnya.
"Lut- it's me- Erik. Focus on my voice,"
Lut ketap gigi kuat, hingga bergesel giginya, menambah lagi kebingitan yang berdesing kuat dalam telinga seterusnya dalam kepala. Dia boleh dengar degup jantung sendiri dan bunyi darah mengalir deras dalam salur darah Lut. Mata Lut panas.
Lut mengerang lagi kuat dari tadi.
"Lut- focus on my voice-!" Suara Erik dikuatkan lagi.
Lut mendesah kuat. "H- hurts...," dia merintih lemah. Air mata yang bergenang mula tumpah.
Dia dapat rasa kedua belah bahunya dipegang kemas, tak terlalu kuat dan tak terlalu longgar -cukup untuk menahan Lut daripada bergelut. Ada ibu jari hangat mengesat air mata dipipi Lut.
Kemudian dahi dan hidung Lut bersentuhan dengan seseorang, telapak tangan hangat disisi wajah Lut.
"Buka mata kau dan tengok aku-"
Nafas Lut tersangkut dikerongkong merasakan kehangatan yang tak terduga menentang kulit Lut yang sejuk hampir membeku. Pembuluh darah seperti terbuka kembali, sedaya mengalu-alukan kepanasan yang ditawarkan.
"Buka mata, Lut..." Erik bersuara lembut, memujuk Lut perlahan.
Dahi Lut berkerut dalam. Dia paksa kelopak matanya dibuka.
Mata terus menentang pandangan mata Erik yang bimbang dan pada masa yang sama berpuas hati apabila Lut mendengar suaranya.
"Bagi aku dengar kau bernafas," arah Erik perlahan. Serta merta nafas Lut terhembus dengan sendiri, Lut tak berapa nak ingat dia tahan nafasnya sendiri. Erik kemudiannya memejamkan mata tapi hanya sekelip mata.
Sementara tangan Lut naik untuk memegang kedua belah pergelangan Erik yang berada disisi pipi Lut. Kemudian Erik menurunkan sebelah tangan untuk melagakan pipi mereka. "Perlahan-lahan. Ambil masa, and breathe, Lut. Just breathe." Erik menyuruh lembut dan sabar.
"Satu, dua, tiga tarik-"
Lut pejam mata kembali, bukan sebab sakit dan perit sekejap tadi, tapi dia nak fokus suara Erik yang betul-betul sebelah telinganya.
"Empat, lima, enam, tujuh, lapan- lepas..."
Nafas dilepaskan.
"Alright- you're good. Just like that. Buat lagi."
Satu
Dua
Tiga
Tarik...
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Lepas...
Lagi. Lagi. Lagi.
Lagi.
"Lut?" Erik memanggil perlahan.
Lambat-lambat Lut buka mata. Menatap wajah Erik depan mata. Mata hitamnya membesar, iris warna mula berpusar warnanya.
Lut telan liur yang kesat ditekak. "Jangan pergi lagi."
Walaupun aku memang kena lepaskan kau sekarang.
Lut pejam mata kejap dan dibuka kembali. "You're warm."
Ada senyum nipis meleret dibibir Erik. "Kau yang sejuk." Dia loyar buruk.
Genggaman Lut dikuatkan sedikit pada pergelangan Erik.
"Aku tahu kau nak lepas."
Lut telan lagi air liur. Tekak sakit. Pedih. Perit dan payau. Dia nampak Erik pun telan air liur bila halkum Erik naik turun.
"Aku tahu kau kena lepas." Lut sambung.
Erik menghembuskan nafas panjang.
"Kau rasa sakit lagi?" Soal Erik tak mengendahkan kenyataan Lut.
Lut berkerut sedikit. Dia agak mendongak nak memandang Erik.
"Kurang-" Lut berdeham nak legakan tekak yang masih perit. Membengkak agaknya.
"Dah kurang sikit."
Erik hembus nafas lagi. Dia tenung Lut seperti dia mahu lakukan sesuatu. Sebaliknya dia melepaskan genggaman Lut pada pergelangannya. Padahal Lut rasa dah cukup kuat Lut genggam, tapi agaknya tak cukup kuat bila Erik melepaskan diri macam tangannya diletak bawah bantal.
"Aku nak panggil Lisa sekejap." Ujar Erik bernada rendah.
Bila Erik dah selamat melepaskan diri daripada Lut, dia usap dahi Lut lantas menolak rambut Lut kebelakang. Dari pandangan mata Erik dia seperti mahu katakan sesuatu lagi tetapi dibatalkan niatnya dan dia berlalu keluar.
Daun pintu ditutup, Lut pejam mata semula. Terbayangkan kehangatan badan Erik.
Dia sejuk semula sekarang dan panas pada masa yang sama.
Lut nak Erik semula.
YOU ARE READING
Nuh. (discontinued)
Teen FictionApa perasaan bila kau tersedar daripada tidur tanpa mimpi dengan kecederaan yang kau langsung tak ingat kau ada, dalam bilik atau tempat yang kau tak pernah tahu wujud? #