"Kim Hanna" kata kai terkejut. Hanna telah bertukar menjadi vampire sepenuhnya. Matanya bertukar menjadi warna merah. Kai tidak pernah menyangka bahawa hanna adalah vampire.
"Kai awak okey" tanya hanna sambil membantu kai berdiri.
"Dada saya sakit" jawab kai sambil memegang dadanya. Hanna sudah dapat meramal bahawa vampire itu menggunakan batu pelemah wolf.
Dalam sekelip mata hanna menewaskan kaumnya sendiri iaitu vampire dengan menggunakan kuasa pemikiran. Semua vampire itu merasa sangat kesakitan apabila hanna hanya menggunakan kuasa pemikiran. Dia terus mengambil batu itu dari mereka. Kai dan kawan-kawannya sudah tidak berasa lemah.
"Kenapa kau tolong mereka sedangkan kau vampire seperti kami" kata salah seorang dari puak vampire itu.
"Lebih baik aku tolong wolf daripada ikut kaum vampire yang kejam" jawab hanna.
Tiba-tiba semua vampire itu hilang seperti debu. Kai terus mendapatkan hanna. Hanna terus berubah menjadi manusia kembali.
"Hanna kenapa awak tak pernah bagitahu saya yang awak ni vampire" tanya kai dan kawan-kawannya yang lain juga mendekati mereka.
"Sebenarnya saya terpaksa menyembunyikan identiti saya. Saya rahsia kan identiti saya agar puak vampire tidak dapat menjumpai saya. Saya taknak bekerjasama dengan kaum vampire sebab mereka itu kejam" jawab hanna.
"Kamsahamnida sebab tolong kami melawan vampire itu" kata junhyung.
"Cheonmaneyo" balas hanna.
"Kalau tak ada awak tak tahu lah apa yang jadi dengan kami" kata suho pulak.
"Hanna marilah ikut kami ke dalam gua" ajak d.o pulak.
Mereka pun pergi ke gua untuk membersihkan luka-luka yang ada di badan.
"Hanna macam mana awak kenal baekhyun" tanya chanyeol. Chanyeol teringat semasa peristiwa di hutan tapak perkhemahan mereka bahawa baekhyun sedang bersama hanna memungut kayu api.
Hanna pun menceritakan keadaan sebenarnya.
Flashback
Yang ditemui hanna semasa dia masuk kedalam hutan wolf itu adalah baekhyun. Dia sangat lemah dan tidak berdaya lagi.
Hanna pun membawa baekhyun balik ke hutan puak vampire.
"Gikwang cepat tolong saya" kata hanna yang sedang memapah baekhyun. Gikwang pun menolong hanna memapah baekhyun.
Mereka pun membawa baekhyun menjumpai ketua mereka iaitu Ailee. Permulaannya Ailee ingin membunuh baekhyun kerana baekhyun ialah wolf tetapi hanna menghalang.
"Ailee,tolong jangan bunuh dia" terang hanna.
"Tapi kenapa awak nak sangat tolong vampire ni" soal Ailee dengan nada yang marah.
"Tadi saya jumpa dia di hutan wolf dan dia terbaring kesakitan. Saya dapat meramal bahawa dia telah dipinggirkan oleh puak wolf" kata hanna. Hanna mempunyai kelebihan bahawa dia boleh meramal apa yang berlaku.
"Baiklah kalau macam tu. Saya akan memanterakan dia supaya dia bertukar menjadi vampire dan menyertai puak kita" kata Ailee yang sudah sedikit tenang.
Ailee dan semua vampire itu pun menyaksikan baekhyun dimanterakan di bawah bulan penuh. Semenjak baekhyun bertukar menjadi vampire kuasanya menjadi semakin kuat berbanding dia menjadi wolf dulu.
End flashback
Chanyeol hanya mampu mendengar cerita hanna itu. Dia merasa sangat bersalah kerana dia meminggirkan kawan baik nya itu dulu.
Keesokan harinya kai dan hanna melanjutkan persekolahan walaupun kai masih merasa sakit akibat dari serangan vampire itu.
Hanna sudah dapat meramal bahawa dirinya sudah dapat dijejaki oleh puak vampire itu kerana dia menggunakan kuasanya semalam. Dia sentiasa berjaga-jaga.
Semasa dia berjalan di koridor sekolah dia ternampak kai yang tidak jauh dari tempatnya.
"Hanna_shi" kai memanggil hanna. Baru sahaja hanna ingin berjalan mendekati kai tiba-tiba irene datang ke arah kai dan memeluk lengannya.
Kai terkejut dengan perbuatan irene itu. Hanna terus berlalu dari situ kerana dia merasa cemburu. "Kenapa aku harus cemburu" kata hanna didalam hati.
To be continued. .
Sorry part ni tak panjang. Teruskan mbaca
Vote dan komen anda sgt saya perlukan utk menambah smangat saya mneruskan crita ni. TQ^^
YOU ARE READING
Midnight
WerewolfGenre: werewolf,vampire,love Sinopsis: Hanna dan gikwang adalah pasangan kekasih. Namun dalam satu tragedi yang pahit, Hanna harus terpaksa kehilangan gikwang. Namun, pintu hatinya dibuka kembali oleh lelaki yang bernama kimJongIn. Nasib tidak selal...