Keadaan kelas yang sangat bising itu mengganggu ketenteraman hanna untuk tidur. Hanna berasa pening. Dia tidak dapat tidur semalaman kerana memikirkan cincin tersebut."Good morning class" Tiba-tiba mr Lee masuk. Semua orang terus mendiamkan diri. Dia ialah guru mata pelajaran sejarah. Semua murid takut kepadanya kerana dia juga guru disiplin di sekolah itu.
"Good morning teacher" jawab ketua kelas 5 overdose diikuti semua orang.
"Hari ini saya nak bagi kamu semua tugasan. Saya nak kamu buat kumpulan. Dalam kumpulan mesti ada tiga orang. Cepat bergerak dalam kumpulan masing-masing." Arah Mr lee tegas. Semua murid terus berkeliaran mencari kumpulan masing-masing. Keadaan begitu bingit.
"Diam!!" Mereka semua terhenti seketika kerana Mr Lee tiba-tiba menyuruh diam.
"Saya suruh kamu semua buat kumpulan masing-masing. Bukan saya suruh bising macam di pasar ikan. Kalau macam ni saya yang akan aturkan kedudukan kumpulan kamu." Tegas Mr Lee berkata. Mereka semua ketakutan.
"Lee boona,KimJongIn,Kim hanna. Dalam satu kumpulan" arah Mr lee. Hanna sangat tidak dapat menerima keputusan yang dia akan satu kumpulan dengan lee boona. Namun lee boona sangat berpuas hati kerana dia tahu dia akan dapat menyakitkan hati hanna.
Selesai sahaja Mr Lee mengaturkan semua kumpulan,mereka terus duduk dalam kumpulan masing-masing.
"Saya akan membagi setiap kumpulan tajuk pasal sejarah. Kamu semua mesti menulis isi penting yang ada dalam tajuk itu. Kemudian,salah seorang dalam kumpulan kamu mesti membentang.Faham?" Kata Mr Lee.
"Faham cikgu" kata mereka semua. Mereka semua pun memulakan tugas masing-masing.
"Kelas,saya nak keluar sekejap. Kamu siap kan dulu tugasan ini. Nanti saya datang balik saya akan suruh kamu semua membentang." Mr Lee pun keluar dari kelas itu.
" Fuhh!! Aman betul takde orang tua tu" Seungri mengeluh kelegaan.
Di kumpulan kai pula,mereka menyuruh kim hanna yang melakukan tugas itu semua.
"Kim Hanna boleh tak kau seorang je yang buat. Saya penatlah" arah Lee Boona sesuka hati.
"Kau ingat aku ni orang suruhan kau ke? Kau nak apa. Nak goyang kaki je" marah hanna kepada boona.
"Boona suruh buat,buat je lah. Jangan lah memekak. Kau buatlah seorang. Kau paksa kami. Kami takkan buatlah" marah kai kembali. Hanna begitu sakit hati. Namun kerana kai dia sanggup buat tugasan itu.
"Hmmp. Nae JongIn" jawab hanna. Hanna seperti suka memanggil kai dengan nama sebenar.
Hanna pun fokus membuat tugasan itu. Begitu juga dengan kumpulan lain. Kai dan lee boona pula sedang bermesra-mesraan di hadapan hanna. Doojoon melihat yang kai dan lee boona membuli hanna.
Lima belas minit telah berlalu. Semua kumpulan sudah pun hampir menyiapkan tugasan yang diberikan. Kecuali hanna yang baru membuat beberapa point. Dia gelisah kerana kai dan boona langsung tidak membantunya.
"Awak perlukan bantuan Hanna?" Soal doojoon tiba-tiba yang datang ke meja kumpulan kai.
"Nae,saya sangat perlukan bantuan" jawab hanna serius.
"Eh kau. Tak perlulah nak tolong hanna dia kumpulan kami. Bukan kumpulan kau" Marah kai kepada doojoon.
"Apa guna korang kumpulan hanna sedangkan korang tak tolong dia langsung. Korang bermesraan adalah. Mari hanna saya tolong. Jangan pedulikan dorang berdua ni" kata doojoon tegas. Kai dan boona terus terdiam kerana merasa sakit hati dengan kata-kata doojoon.
Doojoon pun duduk disamping hanna. Dia menunjukkan banyak isi penting. Hanna berasa sedikit lega.
Sewaktu ini kedudukan Hanna dan doojoon begitu hampir sehingga membuatkan jantung doojoon bergetar. Kai yang melihat kerapatan mereka terus merasa sakit hati. Dia pun pelik kenapa.
"Baiklah kelas. Masa kamu semua untuk membuat tugasan ini telah tamat. Sekarang adalah masa untuk membentang" kata Mr Lee yang tiba-tiba masuk.
Doojoon kembali ke tempat duduknya kerana sudah selesai membantu hanna.
"Kumpulan pertama yang membentang ialah kumpulan doojoon,tiffany dan yoseob. Saya nak salah seorang membentang" arah Mr Lee. Tiffany pun ke hadapan kelas untuk membentang tugasan itu.
Semasa hanna sedang fokus melihat tiffany membentang,lee boona sengaja membuka tutup botol air dan menumpahkan di atas kertas tugasan tersebut.
"Opps! mhianae. Saya tak sengaja. Saya nak minum air tadi,tiba-tiba tertumpah pulak." Sengaja boona. Hanna begitu marah dengan lee boona. Namun hanya ditahan kerana ingin menjaga hati kai. Kai juga terkejut dengan kelakuan boona. Semua tulisan di atas kertas tugasan itu hilang kerana air itu.
"Saya nak bentang apa ni?" Soal hanna gelisah. Kai hanya mendiamkan diri.
"Tak tahu" kata boona endah tak endah.
"Sekarang giliran kumpulan kai. Saya nak Kim Hanna yang membentang" Arah Mr Lee. Namun,hanna tidak bergerak dari tempat duduknya.
"Hanna,awak dengar tak apa yang saya cakap. Saya suruh awak ke depan membentang" lagi sekali Mr lee mengarahkan.
"Ta_tapi cikgu. Kertas tugasan saya dah basah. Semua tulisan dah hilang" kata Hanna perlahan.
"Alasan!! Saya tak nak dengar lagi alasan awak Kim Hanna. Sekarang saya nak awak didenda" suhu kemarahan Mr Lee tiba-tiba melonjak naik. Doojoon tahu itu mesti kerja lee boona.
"Ba_baiklah cikgu. Saya terima apa saja denda yang cikgu berikan" pasrah hanna. Hati boona sudah melonjak kegirangan. Namun kai,dia seperti berasa kasihan. Tapi egonya lebih tinggi dari rasa kasihan.
"Saya nak awak turun ke padang sekarang juga dan berdiri di sana sehingga mata pelajaran saya tamat" garang Mr Lee berkata.
"Ermm baiklah" Hanna pun berjalan turun ke padang. Dia berdiri di tengah panas itu.
"Takkan lah hanna nak berdiri di tengah panas itu cikgu" kata doojoon. Dia kasihan melihat hanna. Itu pasti perbuatan perempuan gedik itu.
"Yelah,itulah sebabnya tak buat tugasan" jawab Mr Lee.
"Tapi cikgu. ."
"Sudah. Saya tak nak dengar soalan kamu lagi doojoon" Mr lee memintas percakapan doojoon.
Mereka semua kembali menumpukan perhatian ke arah pengajaran Mr Lee. Kecuali kai dan doojoon. Kai merasa serba salah kerana sepatutnya dia yang mengambil berat pasal hanna. Tetapi ini tidak.
Setelah sepuluh minit hanna berdiri di padang itu. Dia berasa pelik kerana dia berasa sungguh panas dan kulitnya terbakar. Dia melihat cincinnya yang semakin hilang warna. Dia takut identiti vampirenya terbongkar. Dia sudah tidak tahan terkena panas. Kulitnya semakin terbakar.
Vampire yang sebetulnya tidak boleh terkena pancaran matahari. Namun dulu ketika hanna masih boleh menempuh pancaran matahari adalah kerana cincin itu. Sekarang cincin itu tidak dapat lagi menolong hanna.
Tiba-tiba hanna seperti berasa terlindung dari panas.
"Doojoon_yah" ternyata doojoon yang melindungi dia dari terkena panas mengguna kan baju kot sekolahnya yang berwarna hitam. Doojoon hanya berbaju kemeja putih yang dilipat sehingga lengan tanpa kot hitam itu.
"Gumawo" Sebenarnya doojoom meminta keizinan untuk ke tandas. Tetapi sebenarnya dia pergi ke padang.
"Cheonman hanna" jawab doojoon sambil tersenyum. Hanna sedikit kecewa kerana bukan kai yang mengambil berat pasalnya.
Tbc..
YOU ARE READING
Midnight
WerewolfGenre: werewolf,vampire,love Sinopsis: Hanna dan gikwang adalah pasangan kekasih. Namun dalam satu tragedi yang pahit, Hanna harus terpaksa kehilangan gikwang. Namun, pintu hatinya dibuka kembali oleh lelaki yang bernama kimJongIn. Nasib tidak selal...