Part 9

231 31 0
                                    

Hanna sedang berjalan di koridor sekolah dengan begitu cepat kerana ingin menghantar kerja sekolah dibilik guru. Dia terlupa menghantar kerja sekolah itu semalam!

Semasa Hanna leka berjalan tangannya direntap oleh seseorang.

Minhyuk

Hanna terkejut lalu terus menarik tangannya semula.

"Apa kau buat kat sini minhyuk" soal Hanna yang sudah gelabah. Sungguh dia merindui Minhyuk. Minhyuk tidak menjawab namun hanya memandang Hanna dengan wajah yang serius. Hanna yang bosan dengan gelagat Minhyuk terus ingin meneruskan perjalanannya. Namun pantas minhyuk menghalang jalannya dengan mendepakan tangannya.

"Ketua cari kau. Dia nak kau kembali ke hutan puak vampire" kata minhyuk tegas. Sahabatnya itu telah berubah menjadi seorang yang serius. Berbeza dengan dulu sewaktu mereka masih berkawan. Mana mungkin Hanna ingin kembali ke sana. Pasti dia akan dibunuh!

"Saya tak akan kembali lagi ke hutan itu" terang Hanna.

"Kau mesti balik juga. Tak kira kau mahu ke tak" lantas Minhyuk menarik tangan Hanna untuk membawanya ke sana.

"Aku kata tak nak lahh" keras Hanna bersuara. Semakin kuat dia ingin melepaskan tangannya dari dipegang oleh Minhyuk. Oleh kerana Hanna yang sukar ditangani itu, minhyuk mengangkat Hanna dengan cara bridal style. Hanna menggoyang-goyang kan kaki nya agar diturunkan.

Hanna memautkan tangannya di leher Minhyuk kerana takut terjatuh di angkat begitu.

"Minhyuk, tolong lah jangan bawa saya ke sana. Awak sanggup ke tengok saya dibunuh" rayu Hanna perlahan. Namun Minhyuk tetap meneruskan perjalanannya. Tetapi rayuan Hanna sedikit sebanyak terkesan dihati.

"Minhyuk, saya merayu sangat. Kita dah lama berkawan awak lebih sanggup tengok saya dibunuh oleh Ailee" rintihnya lagi. Air jernih mula keluar dikelopak mata. Dia hanya membiarkan dirinya dibawa begitu.

Tiba-tiba perjalanan Minhyuk terhenti. Dia menurunkan Hanna yang diangkatnya tadi. Baru Hanna perasan yang minhyuk sudah membawanya jauh dari sekolah. Minhyuk terus memegang muka Hanna perlahan-lahan menggunakan kedua-dua tapak tangannya lalu didongakkan nya sedikit. Hanna hanya diam.

"Mhianae Hanna. Jinja Mhianae" Minhyuk meminta maaf sambil memandang Hanna sayu. Dia tahu yang dia dan Hanna sudah berkawan begitu lama malah bukan hanya mereka berdua. Gikwang juga adalah kawan rapatnya.

"Minhyuk..."

"Syyyh" Baru sahaja Hanna ingin bercakap terus Minhyuk menekupkan jari telunjuknya dimulut Hanna. Hanna terus terdiam.

"Saya menyesal Hanna. Saya telah mengkhianati awak dan Gikwang dulu. Saya janji saya takkan berkasar dengan awak lagi" rintihnya. Minhyuk terus menundukkan kepalanya dan penyesalannya sudah tiada gunanya lagi apabila kisah silam mereka bersama gikwang dulu terbayang-bayang.

Sedang Minhyuk menundukkan kepalanya dia terasa seperti dipeluk. Hanna telah memeluknya dan cuba untuk meredhakannya.

"Awak jangan lah macamni minhyuk. Saya dah lama maafkan awak. Saya tahu awak terpaksa" Bisik hanna ditelinga minhyuk sambil masih memeluk minhyuk. Dia tahu sahabatnya itu terpaksa berbuat begitu.

"Pergilah Hanna. Sebelum saya berubah fikiran" tegas minhyuk. Hanna terus melepaskan pelukan.

"Pergi" tegas Minhyuk lagi dan menyebabkan Hanna terpaksa berundur kebelakang.

"Selamat tinggal Minhyuk" Hanna pun terus berlalu dari situ. Sempat dia menoleh kebelakang namun minhyuk sudah tidak kelihatan. Mungkin dia sudah terbang.

Hanna kembali ke kelas dengan wajah yang muram. Kai terkejut melihat Hanna yang baru muncul entah dari mana. Semua mata tertumpu ke arah Hanna.

"Kim Hanna" panggil Sir hyonwoo. Hanna segera memandang ke arah sir hyonwoo.

"Awak dari mana dan kenapa lambat. Awak tahukan dah setengah jam mata pelajaran saya berlangsung!memang tak boleh di maafkan. Pergi berdiri diluar sehingga mata pelajaran ini selesai" bebel sir hyonwoo dengan panjang lebar dan diakhiri dengan arahan. Hanna hanya memekakkan telinga dan terus berlalu keluar. Hanna berdiri diluar kelas.

"Memang menyakitkan hati betullah" Hanna melepaskan amarahnya. Kalau nak diikutkan hati ingin sahaja dia menerkam dan menghisap darah cikgunya yang cerewet itu!sudahlah sekarang dia lapar.

Tiba-tiba dia merasa dia dipeluk dari belakang. Lantas dia menepis tangan yang memeluknya erat itu. Mana lah tahu Ailee yang merancang menggunakan strategi ingin menangkapnya. Cepat dia berpusing menghadap ke belakang.

Kai

Kai yang memeluknya tadi.

"Macam mana awak boleh ada disini kai" soal Hanna pelik. Kai hanya tersenyum melihat Hanna yang terkejut beruk itu.

"Saja"

"Mana boleh saja-saja. Pergilah masuk kelas balik" arah Hanna.

"Tadi saya pura-pura tidur. Sebab tu lah sir hyonwoo suruh saya keluar" terang kai kemudian bersandar di dinding dan memasukkan tangannya didalam poket.

"Kenapa awak pura-pura tidur?" Soal Hanna. Banyak soal lah pulak!

"Saya nak teman awak lah berdiri di luar ni" kata kai selamba. Hanna gembira tujuan kai untuk sengaja berdiri diluar kelas ini. Kemudian,dia terus diam.

"Tadi awak pergi mana?" Soalan yang berada didalam fikiran kai sedari tadi.

"A_a takde la" Hanna tidak ingin kai tahu keadaan sebenarnya.

"Awak jangan nak tipu" tinggi lontaran suara kai. Aik kenapa dia ni menyibuk pulak!

"Emm..emm saya pergi jumpa kawan tadi" Hanna cuba berbohong.

"Hmmp" keluh kai.

"Belum sampai masanya lagi untuk awak tahu kai" Kim Hanna bermonolog didalam hati.

To be continued. .
Vote/komen
Pasti korang nak tahu cerita pasal gikwang kan..
Bacalah yg selanjutnya di part 10.

MidnightWhere stories live. Discover now