Selepas balik sekolah kai terus menuju ke dalam hutan untuk menjumpai puak wolf. Dia ingin membagitahu tentang kehadiran vampire di sekolahnya itu.
"Kai,kenapa tiba-tiba kau datang sini" tanya Sehun. Sehun hairan melihat kai yang tiba-tiba datang. Selalunya kai akan datang bila ada sesuatu yang hendak dicakap kannya sahaja.
"Aku ada hal lah nak cakap. Mana yang lain" soal kai sambil memerhati didalam hutan itu.
"Yang lain ada disana. Jomlah" sehun membawa kai.
Kai melihat banyak serigala yang sedang meraung. Itu adalah kawan-kawannya. Semasa serigala itu melihat kai datang ke arah mereka,mereka terus bertukar kembali menjadi manusia.
"Kai~ah" teriak chen sambil memeluk kai.
"Lamanya kau tak datang sini" kata d.o pulak.
"Sorry la korang aku sibuk lah semenjak dua menjak ni" jawab kai sambil tersenyum memandang rakan-rakannya.
"Smart la kau pakai baju sekolah" kata chanyeol sambil ketawa.
"Hisy kau ni,lain lah pula yang kau cakap" kata luhan.
Yang lain hanya tersenyum melihat gelagat mereka.
"Mana junhyung ketua kita" tanya kai bila tidak ternampak ketua puak mereka.
"Ada di sana. Kejap eh aku panggil" kata d.o.
Setelah junhyung keluar,mereka pun tunduk tanda hormat.
"Kai,saya sudah dapat meramal ada benda penting yang awak nak sampaikan kan."kata junhyung. Kai mengangguk.
Yang lain diam untuk mendengar apa yang kai nak sampai kan.
"Sebenarnya disekolah saya ada murid baru. Dia ialah baekhyun" terang kai.
Yang lain tiba-tiba terkejut."baekhyuuunn" kata chanyeol dengan nada sedih.
"Kenapa awak tak bawa dia ke sini untuk jumpa kami semua. Lama kami tak tengok dia." Kata junhyung lagi.
"Mustahil" jawab kai sepatah.
"Kenapa. Dia kan puak kita juga." soal suho.
"Itu dulu. Sekarang dia bukan puak kita lagi malah dia sudah bertukar menjadi puak vampire" jawab kai.
Semua membuat muka takut dan tak percaya. Vampire adalah musuh ketat mereka. Mereka sangat menyesal kerana telah meminggirkan baekhyun dahulu. Mereka ingin sangat berjumpa dengan baekhyun dan meminta maaf.
Flashback
Dulu baekhyun adalah wolf dan dia berkawan rapat dengan chanyeol. Baekhyun teringin untuk menjadi ahli wolf yang paling kuat dan mendapat tahta tetapi yang lain tidak menyokong. Ahli wolf yang lain mencadangkan kai yang menjadi wolf terkuat dalam puak mereka.
Oleh sebab itu,baekhyun tidak berpuas hati dan ingin membuktikan bahawa dia boleh mendapat tahta.Semasa Kai berlawan dengan puak vampire kai telah tidak berdaya lagi kerana kuasa vampire terlalu kuat.
Baekhyun telah datang untuk menyelamatkan kai. Baekhyun pun berlawan sekuat hati dengan puak vampire itu. Puak vampire itu telah menyerah kalah.
Keesokan harinya baekhyun telah pun terlambat ke acara menyerahkan tahta untuk ahli yang terkuat. Baekhyun menyarungkan jaket kulit hitamnya di tubuh. Baekhyun gembira kerana dia menyangka akan mendapat tahta itu.
Sesampainya di acara itu, baekhyun telah pun melihat junhyung memakaikan tahta itu kepada kai. Hatinya sangat terhiris bila diperlakukan begitu. Padahal dia yang telah mengalahkan vampire itu. Kawan-kawannya yang lain nampak sangat gembira.
"Eh baekhyun baru sampai ke" tanya chanyeol.
Baekhyun tidak menjawab malah telah merosakkan acara itu sekelip mata dengan menyambar menggunakan kuasa cahaya nya. Yang lain begitu terkejut dan marah apabila baekhyun berbuat begitu.
Dia telah mendapatkan kai dan ingin membelasah kai tetapi kai terlebih dahulu membelasahnya. Yang lain juga berbuat demikian kecuali junhyung dan chanyeol. Mereka berdua tidak dapat menghalang kerana mereka telah dipengaruhi oleh kuasa wolf mereka sehingga tidak menyedari yang baekhyun sudah tidak berdaya.
Selepas mereka membelasah baekhyun mereka telah pergi dari hutan itu dan meninggalkan baekhyun terbaring kesakitan.
"Aku ber_sumpah yang a_aku takkan ikut puak ni la_lagi" Kata baekhyun perlahan kerana kesakitan dan selepas itu dunia menjadi kelam.
[Lagu baby don't cry muncul]
Ahli wolf yang menyesal dengan kesalahan mereka telah kembali ke dalam hutan ditempat baekhyun berbaring tadi. Namun baekhyun telah hilang. Mereka semua menitiskan air mata kerana sangat menyesali perbuatan mereka.
"Korang semua jahat, sanggup korang buat macam tu dekat baekhyun. Aku takde kawan macam korang ni" kata chanyeol sambil menangis.
Yang lain juga sangat bersedih "kami minta maaf" kata suho.
Yang lain turut mengangguk.Kai terdiam.
"Ini semua salah aku. Baekhyun yang telah menolong aku dari dibunuh oleh puak vampire tapi apa yang aku telah buat. Aku minta maaf baekhyun. Mhianae"
Kata kai lalu membuang tahta yang dimilikinya itu.Semenjak itu mereka tidak lagi menjumpai baekhyun sehingga sekarang. Perkara itu sudah dua tahun berlalu. Mereka sangat merindui baekhyun.
End flashback
"Saya janji saya akan bawa baekhyun balik kesini" kata kai kepada mereka semua.
Yang lain hanya mengangguk dengan muka yang sedih.
To be continued
Vote dan teruskan membaca. .
YOU ARE READING
Midnight
WerewolfGenre: werewolf,vampire,love Sinopsis: Hanna dan gikwang adalah pasangan kekasih. Namun dalam satu tragedi yang pahit, Hanna harus terpaksa kehilangan gikwang. Namun, pintu hatinya dibuka kembali oleh lelaki yang bernama kimJongIn. Nasib tidak selal...