Gikwang mundar-mandir seperti cacing kepanasan dikawasan penempatan puak vampire itu. Dia yang baru sahaja kembali selepas berburu bersama beberapa vampire yang lain amat terkejut dengan khabar berita yang sangat dia tidak sangkakan.
"Gikwang_shi awak sabarlah dulu. Kita mesti rancang strategi untuk menyelamatkan hanna" kata baekhyun sebaik sahaja dia melihat gikwang yang sudah tidak tentu arah.
"Betul, tapi kalau kita biarkan begitu lama. Hanna mungkin akan dibunuh" dakwa gikwang. Perasaan risaunya kini tidak dapat lagi dibendung.
Baekhyun mengeluh berat. Dia sendiri pun bingung bagaimana hendak meloloskan diri ke lorong bawah tanah itu. Tempat itu sangat rapi dijaga oleh orang suruhan Ailee.
"Esok malam, kita mesti juga selamatkan hanna. Saya sanggup tanggung risiko." Gikwang sudah membulatkan tekad untuk menyelamatkan hanna. Perasaan marah nya kepada Ailee semakin menjadi-jadi. Dalam hati,dia berjanji tidak akan jadi pengikut Ailee lagi selepas sekian lama.
Pada tengah malam itu , setelah kawasan puak vampire itu sunyi , mereka berdua terus menjalankan rancangan yang telah diatur.
Perlahan-lahan mereka berdua menyusup masuk ke dalam lorong bawah tanah itu. Perancangan mereka berjaya untuk masuk ke dalam lorong bawah tanah itu tanpa disedari vampire yang lain.
Sebaik sahaja mereka sampai dibawah tanah itu,mereka bersembunyi disebalik guni yang bertingkat .
Tepat sangkaan mereka, beberapa orang suruhan Ailee menjaga kawasan itu. Namun , mereka semua tertidur sambil duduk ditanah itu.
"Baekhyun ,ini peluang kita untuk mendapatkan kunci pagar kurungan itu." Gikwang berbisik. Mereka berdua menumpukan perhatian ke arah kunci yang telah dipegang oleh salah seorang penjaga itu.
Tiba-tiba mereka terdengar bunyi tapak kaki di luar. Tapak kaki itu seperti ingin menuju ke bawah tanah. Jika mereka tetap berada disitu mesti mereka akan tertangkap.
"Saya akan keluar untuk menghalang mereka masuk. Awak teruskan lah rancangan ini" gumam baekhyun . Gikwang mengangguk tanda setuju. Betul kata baekhyun , jika orang suruhan Ailee yang berada diluar itu masuk pasti akan menjadi masalah besar.
Sebelum baekhyun melangkah naik di tangga tersebut , gikwang telah memanggilnya. Baekhyun menoleh mendapatkan kelibat gikwang.
"Apa dia gik. ." Kata-kata baekhyun terhenti seketika apabila gikwang terus merangkulnya. Baekhyun pelik dengan perangai gikwang.
"Hati-hati , kalau saya tak selamat saya nak awak tengok-tengokkan hanna" kata gikwang yang masih lagi merangkul baekhyun. Baekhyun membalas rangkulan itu.
"Jangan cakap macam tu, awak pasti akan selamat." Kata baekhyun cuba melegakan hati. Baginya , kata-kata gikwang itu seperti dia tidak akan selamat. Hatinya merasa sangat risau.
"Baiklah saya keluar dulu. Awak pun hati-hati." Kata baekhyun dengan intonasi yang perlahan. Baekhyun pun terus menderaskan langkahnya. Gikwang menghantar baekhyun menggunakan matanya. Sebaik sahaja kelibat baekhyun sudah tidak kelihatan , dia terus mengerling ke arah orang suruhan Ailee.
Gikwang menyengkekkan badannya menuju ke tempat kurungan hanna.
Dia melihat keadaan hanna yang sangat lemah. Muka hanna yang pucat dan tidak berdaya. Gikwang melihat kesan calar di sepanjang badan hanna. Ternyata , badan hanna telah diikat menggunakan rantai besi. Vampire memang tidak boleh terkena besi kerana badan vampire akan terbakar. Sungguh kejam penyeksaan Ailee terhadap Hanna.
"Hanna , bangun" Hanna terdengar suara yang berbisik perlahan membanguninya dari terlelap. Matanya sungguh berat hendak dibuka.
" Hanna ireona , ppalli ireona " bisik gikwang lagi. Hanna membuka matanya perlahan-lahan. Seluruh badannya terasa begitu sakit.
"Gikwang!!" Panggil hanna sebaik sahaja melihat kelibat gikwang diluar pagar kurungan.
Gikwang menaikkan satu jari ke mulutnya tanda menyuruh hanna diam. Hanna lantas mengangguk dan sedikit kesal dengan perbuatannya tadi.Hanna tidak dapat bergerak kerana badannya yang terikat dengan rantai besi.
Gikwang bergerak perlahan-lahan ke sebelah kanan dimana kunci itu berada.
Dia perlahan-lahan menarik kunci tersebut dari tangan penjaga kurungan itu. Namun , nasib tidak menyebelahi nya kerana orang suruhan Ailee itu terbangun.
"Apa yang kau nak buat?" Tanya penjaga itu kasar. Semua penjaga yang terlelap tadi terus terjaga.
Mereka semua berdiri dan mengelilingi gikwang. Gikwang cuba untuk mempertahankan diri. Nyawa nya kini seperti berada di hujung tanduk.
Salah seorang penjaga itu menyerang gikwang. Akan tetapi , gikwang sempat mengelak. Namun , tanpa disedari kedua-dua belah tangannya direntap dan oleh mereka dan dia susah untuk bergerak .
Tiba-tiba dia dibelasah oleh mereka dengan sangat melampau. Hanna begitu sebak melihat adegan itu.
"Andwae!!" Jerit hanna kerana tidak tahan melihat gikwang dibelasah oleh orang suruhan Ailee itu.
Melihat tangisan hanna , gikwang serta merta mendapat semangat dan tenaga. Kuasa nya terus memancar dan semua orang suruhan Ailee terus terdorong ke belakang.
Dengan sepantas kilat , gikwang membalas balik perbuatan mereka semua. Dia membelasah seorang demi seorang sehingga semuanya sudah tidak berdaya dan pengsan.
Setelah itu , gikwang terus mendapatkan kunci yang terpelanting di tanah itu dan tanpa membuang masa dia terus membuka kunci tersebut.
Gikwang terus mendapatkan hanna dan mereka terus berpelukan.
"Argh" Hanna mengerang kesakitan kerana badannya yang luka.
"Mhianae. . Awak okey?" Tanya gikwang lembut. Hanna mengangguk. Gikwang mencium dahi hanna begitu lama dan hanna selesa kerana berasa dikasihi.
"Walau apa pun , kita mesti keluar dari sini dengan cepat" kata hanna.
Keadaan diluar pula , baekhyun berjaya menewaskan orang suruhan Ailee yang selebihnya.
"Tetapi , sebelah tangan saya diikat menggunakan rantai besi ini" sambung hanna lagi. Gikwang memikirkan cara untuk melepaskan ikatan itu. Rantai besi yang besar itu diikat ditangan hanna dan sebelah rantai besi itu lagi diikat di pagar kurungan itu.
"Hanya ada satu caranya" terang gikwang sambil mengeluh nafas berat.
To be continued. .
YOU ARE READING
Midnight
WerewolfGenre: werewolf,vampire,love Sinopsis: Hanna dan gikwang adalah pasangan kekasih. Namun dalam satu tragedi yang pahit, Hanna harus terpaksa kehilangan gikwang. Namun, pintu hatinya dibuka kembali oleh lelaki yang bernama kimJongIn. Nasib tidak selal...