part 28

152 26 0
                                    

"Annyeong kelas , tolong diam" tutur madam jenny sebaik mekangkah masuk ke kelas 5 overdose itu.

"Annyeong seosenim" kata mereka semua serentak.

"Saya nak bagitahu satu perkara penting dan mungkin ini menarik untuk kamu" terang madam jenny.

"Apa dia seosenim?" Tanya seungri. Seungri yang dulunya suka tidur dan tidak suka belajar telah berubah seratus peratus. Sekarang seungri salah seorang murid pandai di sekolah itu.

"Minggu depan. . Sekolah kita akan mengadakan festival" selepas itu semua murid dikelas itu mula bersorak riang.

"Festival Gerai dan cafe. . Gerai ialah untuk bertanding permainan. Contohnya macam funfair. Kemudian , cafe pulak tempat menjual makanan dan minuman."terang madam jenny. Mereka semua mendengar dengan teliti kerana berasa sangat teruja.

"Kamu semua akan diberikan kumpulan masing-masing. Di kelas yang lain juga akan diberi kumpulan masing-masing. Saya akan bagi kertas ini supaya kamu semua tahu kumpulan kamu sendiri." Madam jenny menayangkan kertas itu. Dia pun menyerahkan kertas itu kepada ketua kelas mereka. Yoseob.

Mereka semua mengerumuni yoseob untuk melihat senarai kumpulan. Kai dan hanna tidak dapat melihat kertas itu kerana ramai yang saling bertindih antara mereka.

Akhirnya , sampailah giliran mereka untuk melihat senarai kumpulan.

Gerai funfair
Tiffany
Hyeri
Seungri
Irene
Yoseob
Lee boona

strawberry vanilla cafe
Doojoon
Hanna
Kai
Dongwoon
Ahn hani
Park yoora

Hanna tiba-tiba rasa berdebar apabila dia sekumpulan dengan kai. Matanya terus melihat ke arah kai. Ternyata kai sedang merenungnya. Hanna terus melarikan pandangannya.

"Dapatlah aku dekat dengan hanna. Aku rindu kan hanna" monolog kai dalam hati. Dia yang sedang melihat hanna memandang ke arahnya berasa bahagia. Ternyata hanna masih sudi ingin memberikannya perhatian.

"Baiklah kelas , saya nak terangkan setiap kumpulan mesti bekerjasama semasa festival itu nanti. Setiap kelas juga mempunyai gerai dan cafe sendiri. Kamu mesti berusaha. Gerai dan cafe ni adalah pertandingan. Yang penting saya nak kelas 5 overdose ini menang." Panjang lebar penerangan madam jenny.

"Nae , seosenim" semua murid menjawab serentak.

"Tetapi ada satu lagi tugas yang diberikan untuk kamu" mereka yang baru saja ingin bersorak terus terberhenti.

"Apa lagi seosenim?" Tanya irene.

"Kumpulan gerai funfair mestilah bergotong royong membersihkan kawasan dimana gerai kumpulan kamu akan ditempatkan. Ini untuk markah kebersihan. Kumpulan strawberry vanilla cafe pula membersihkan cafe yang berada di blok b. Ok itu saja arahan yang diberikan setakat ini" madam jenny mengakhiri penerangannya dan melangkah keluar dari kelas 5 overdose.

"Hanna , kita satu kumpulan lah" sorak doojoon kegembiraan. Hanna turut tersenyum. Namun , doojoon perasan yang kai memberikannya pandangan tajam.

"Kai , kenapa awak dah lama abaikan saya. Saya rasa terabai tahu tak" sergah boona tiba-tiba.

"Saya perlukan masa boona. Saya makin takde mood lah" jawab kai . Boona sungguh sakit hati dengan jawapan kai itu. Namun , selepas itu kai hanya mengendahkannya.

Kai semakin hilang perasaan kepada boona . Dia terfikir kerana boona lah hubungannya dengan hanna renggang. Sekarang baru kai sedar orang yang selama ini dia cintai ialah Kim Hanna. Dulu dia hanya tertarik kepada lee boona. Itu bukanlah cinta itu hanyalah tarikan. Cinta dan tarikan adalah berbeza. Kai hanya berasa selesa apabila bersama hanna. Kai berjanji pada dirinya sendiri akan membuat hanna jatuh cinta kembali pada dirinya.

Betapa bodohnya dia tidak mengetahui perasaan hanna dulu. Macamana kai tahu?

Flashback

"Hanna jom ke kantin" ajak doojoon. Hanna yang menulis sesuatu terus menutup bukunya dan terus ke kantin bersama doojoon.

Kai yang berasa ingin tahu apa yang hanna tulis terus pergi ke meja hanna dan membuka kembali buku hanna. Ternyata ini buku diary hanna. Dengan rasa yang ingin tahu kai terus membelek buku itu. Banyak yang telah hanna tulis. Kai membelek lembaran pertama.

Kai tergamam apabila melihat luahan isi hati itu

     Pertama kali lihat kai aku sudah rasa kan cinta. Hari demi hari cinta itu semakin kuat. Namun , adakah kai sedar. Kai seperti langsung tidak menaruh perasaan cinta. Kemunculan lee boona mengubah segala-galanya. Semua perhatian kai hanya kepada boona. Hati ku hancur! Aku hanya bertepuk sebelah tangan , aku tertanyata silap mencintai. Aku janji tak akan mengganggu kai lagi.

Kai terpaku melihat isi hati hanna itu. Betapa dia bersalah kepada hanna. Selama ini dia telah berkasar terhadap hanna hanya kerana boona. Dia ingin menebus balik kesalahannya.

"Aku akan pastikan yang kau tak silap mencintai hanna" kai tekad.

End flashback

Tbc. .

MidnightWhere stories live. Discover now