"Hanya ada satu caranya" terang gikwang sambil mengeluh nafas berat.
Hanna yang seperti sudah memahami maksud gikwang itu terus menggeleng.
"Tak , tak tolong jangan buat gikwang. Saya sayangkan awak. Saya sanggup terikat disini selamanya asalkan awak tak dapat risiko nya" Hanna bertegas dengan kata-katanya.
"Tak mungkin hanna. Saya sayangkan awak juga. Saya tak kan biar awak terikat disini" kata gikwang . Airmata hanna terus meluncur laju.
"Jangan buat saya macam ni. Tolong jangan korbankan diri awak untuk saya" kata hanna sambil menangis teresak-esak.
"Hanna , kalau awak sayangkan saya , awak mesti rela. Walau pun saya dah tak ada di sisi awak nanti, anggap saja yang saya selalu ada dalam hati awak " gikwang memujuk hanna lalu menyeka air mata hanna dipipi. Sejujurnya , gikwang berasa sebak. Namun dia tekad , inilah tujuan utamanya datang ke sini. Membebaskan hanna. Dengan rasa berat hati , hanna menganggukkan kepalanya dan airmatanya tumpah lagi.
Gikwang menekap kedua belah tangannya dipipi hanna. Diciumnya lagi dahi hanna. Mungkin ini untuk kali yang terakhir?
Sejurus kemudian , gikwang berdiri. Dia mendepakan tangannya sambil mendongak kepalanya. Secara tiba-tiba di keheningan malam itu , semua kuasa cahaya keluar dari tubuh gikwang dan kemudian , cahaya itu bersatu dan terus menerjah ke arah rantai besi tersebut.
Rantai besi tersebut putus dan berterabur dilantai. Hanna segera berdiri dan mendapatkan gikwang. Keadaan gikwang saat ini sangat lemah kerana seluruh kuasa vampirenya telah dikeluarkan.
Gikwang terasa hendak tumbang namun sempat disambut hanna . Hanna terus duduk melutut dan kepala gikwang dipangku nya.
"Gikwang to_tolong jangan tinggalkan saya. Saya cintakan awak" luah hanna berserta tangisan.
"Sa_saya tak tinggalkan awak. Saya sentiasa ada dalam hati awak" lemah gikwang menjawab. Dia tahu sebentar lagi dia akan mati.
"Hanna , saya cintakan awak" itulah kata azimat terakhir yang gikwang sampaikan sebelum dia menghembus nafas yang terakhir.
"Gikwang!!" Teriak hanna sambil airmatanya berjuraian. Tiada lagi yang hendak ambil berat pasalnya . Tiada lagi orang yang selalu berkata cinta kepadanya . Kisah cintanya bersama gikwang terhenti pada saat ini.
"Gikwang jangan tinggalkan saya. Tolong ja_jangan .
"Hanna bangun , hanna ppali ireona " Hanna terdengar suara ditelinganya.
"Siapa tu?" Gumam hanna dalam hati. Semua keadaan sekarang berbeza.
"Hanna , hanna " suara itu kembali lagi . Hanna membuka matanya perlahan-lahan . Matanya terasa silau dengan sinaran pagi yang menerjah matanya. Setelah itu , hanna melihat siapa yang memanggilnya tadi.
Dia ternampak kelibat doojoon ditepi katilnya sedang menggenggam erat tangannya.
"Saya ada di mana ni?" Tanya hanna kehairanan.
"Awak ada di rumah saya " jawab doojoon tenang.
"Mana gikwang ?" Soalan yang tidak masuk akal dilontarkan kepada doojoon.
"Apa yang awak merepek ni hanna? Gikwang kan dah takde. Mungkin awak mimpikan dia , sebab tadi saya dengar awak meracau menyebut nama gikwang" terang doojoon . Sebetulnya , banyak persoalan yang ada diminda hanna sekarang ni.
"Boleh awak terangkan? Apa yang dah terjadi sebenarnya ni. Saya dah lupa apa yang jadi" soal hanna bertalu-talu. Walaupun masih dalam keadaan yang lemah , sifat ingin tahu itu menular dalam diri hanna.
"Okey , saya akan cerita kan semuanya. Awak tenang dulu. Pada malam tu saya nampak awak terbaring pengsan disebuah lorong . Jadi saya bawa awak balik rumah saya dan saya dah sedia maklum kan kepada kakak awak. Saya nak awak selamat tinggal disini sementara awak belum sedarkan diri. Awak jangan risau , kakak awak izinkan untuk awak berada disini sementara. Setiap hari kakak awak melawat disini. Ibu bapa saya pun setuju ."
Baru hanna sedar bahawa selama ini semua cerita pasal gikwang berulang kembali didalam mimpinya. Tragedi yang paling pahit dalam hidupnya. Kenapa datang kembali? Dan bukan kah sepatutnya dia akan mati kerana cincin itu?
"Dah berapa lama saya pengsan?" Soal hanna lagi.
"Dah empat hari awak tak sedarkan diri" Hanna begitu terkejut. Dia tidak menyangka yang dia tidak sedarkan diri dalam tempoh masa yang lama. Dia tidak sedar kan diri dari kejadian malam itu , dimana kai marah kepadanya dan cincinnya hilang kuasa serta merta.
Hanna memandang cincinnya. Serta merta fikirannya teringat kembali pasal kai. Betapa rindunya dia kepada kai. Namun , kai sudah sepenuhnya membencinya.
Selepas boona menuduh hanna mencederekannya . Kai tidak ada lagi rasa kasihan terhadapnya.
Tetapi ada satu yang hanna pelik. Cincin itu ? Kenapa cincin itu bercahaya kembali. Hanna melihat cincin dijarinya .
Dia teringat kembali yang gikwang pernah bercerita pasal doojoon. Pasti doojoon yang telah menukar cincin itu."Doojoon !" Panggil hanna.
"Ya" jawab doojoon lembut.
"Saya dah ingat awak ." Kata hanna.
"Apa maksud awak hanna ?"soal doojoon sambil mengerutkan dahinya.
"Saya dah ingat yang awak ni kawan rapat gikwang. Saya juga tahu yang awak menukar cincin saya. Saya sangat berterima kasih kepada awak." Kata hanna bersungguh-sungguh.
"Chenmon hanna , saya baru saja nak bagitahu awak . Tapi awak dah dapat teka. Sebab tu lah selama ni saya nak melindungi awak. " ujar doojoon kemudian tersenyum.
"Sebab awak kawan rapat gikwang" tebak hanna lagi. Doojoon hanya mengangguk. Mungkin mimpinya itu telah berulang kembali kerana ingin dia mengingati sesuatu yang dia lupa terutama mengenai doojoon.
To be continued. .
Sebenarnya kisah flashback pasal gikwang tu cuma mimpi hanna yang telah berulang kembli dari kisah pahitnya dulu; harap para pembaca faham. Part ni bkn flashback psal gikwang lgi. Juga part next. Keep reading and vote.

ANDA SEDANG MEMBACA
Midnight
WerewolfGenre: werewolf,vampire,love Sinopsis: Hanna dan gikwang adalah pasangan kekasih. Namun dalam satu tragedi yang pahit, Hanna harus terpaksa kehilangan gikwang. Namun, pintu hatinya dibuka kembali oleh lelaki yang bernama kimJongIn. Nasib tidak selal...