part 27

164 25 0
                                    

Pada masa cuti sekolah , doojoon bercadang ingin membawa hanna berjalan-jalan. Hanna pun setuju. Doojoon bertujuan ingin menghapuskan kai dari ingatan hanna. Dia tidak mahu hanna sakit hati lagi.

"Doojoon_shi kita nak ke mana ni?" Tanya Hanna sebaik mereka memulakan perjalanan. Doojoon memandang hanna dan mula berfikir.

"Emm , Macamana kalau awak yang tentukan?" Cadang doojoon.

Hanna mula berfikir. Dia teringat hutan yang didalam nya mempunyai banyak bunga. Hanna rindu ingin ke situ.

"Saya tahu satu tempat ni. Awak ikut je saya." Ujar hanna serta merta memegang tangan doojoon. Doojoon terkejut dengan perlakuan hanna. Sebenarnya itu yang diharapkan doojoon. Dia hanya tersenyum.

Setelah mereka sampai dihutan itu , doojoon mula berasa janggal. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke hutan dan sudah lama dia tidak bertukar menjadi benda asing itu. Vampire!

"Kenapa ni?" Tanya hanna apabila melihat doojoon yang berasa kekok. Doojoon hanya membalas dengan gelengan.

"Saya nak tunjukkan awak satu tempat yang istimewa bagi saya. . ." Terang hanna tanpa diminta.

Setelah sampai dikawasan indah dan dihiasi pelbagai bunga itu doojoon terpaku dan matanya memerhatikan sekeliling.

"Waahh. . Daebak!!" Doojoon kagum melihat kawasan itu.

"Cantikkan. . Jom naik atas pokok" ajak hanna. Permulaannya doojoon berasa kekok ingin terbang. Namun , dengan sedaya upaya akhirnya dia dapat mengeluarkan kembali kuasanya.

Hanna pun membawa doojoon duduk di atas dahan kayu yang besar itu. Disini adalah tempat dimana hanna dan kai selalu menghabiskan masa bersama.

Betapa rindunya dia dengan kai. Dia ingin seperti dulu kembali tatkala mereka begitu akrab dan sewaktu itu kai sangat mengambil berat kepadanya.

"Cantik nya tempat ni hanna. Awak selalu datang sini ke?" Soal doojoon memecahkan kesunyian.

"Selalu.. dengan orang yang saya sayang." Jawab hanna.

"Siapa?" Terus soalan itu dikeluarkan oleh doojoon. Dia cemburu sebenarnya.

"Kai" kata hanna sepatah dan riak muka doojoon terus berubah menjadi muram. Keinginannya supaya hanna melupakan kai tidak menjadi malah hanna lebih mengingati kai. Seandainya doojoon tahu , dia tidak akan setuju hanna membawanya ke sini tadi.

"Hanna. . Boleh saya tanya satu soalan?" Soal doojoon serius. Hanna mengangguk.

"Adakah awak masih sayangkan kai? adakah awak masih cintakan kai?" Dua soalan itu dilemparkan terhadap hanna. Hanna terasa pedih dengan soalan itu.

Susah untuk hanna jawab. Dia tidak tahu macam mana perasaannya sekarang selepas diperlakukan kai sebelum ini. Sejujurnya hatinya sudah mati. Dia sudah malas untuk menagih perhatian kai. Biarlah dia menjauh dari kai.

"Saya tak tahu. . Sukar rasanya untuk saya jawab" setelah beberapa saat hanna diam barulah dia menjawab.

"Takpe.. saya tak paksa" kata doojoon.

Mereka diam seketika. Rasa janggal muncul diantara mereka.

"Doojoon. . Awak nak tengok tak bunga kat bawah sana tu." Tanya hanna menghilangkan rasa janggal.

"Boleh jugak."

Mereka pun terbang turun ke bawah. Doojoon berasa amat kagum melihat bunga yang pelbagai jenis itu.

"Hanna , saya nak tengok bunga di sana sekejap" kata doojoon. Hanna mengangguk.

Hanna melihat doojoon berjalan yang sudah begitu jauh. Sambil menunggu doojoon , hanna melihat bunga-bunga yang ada didepannya.

Bunga matahari yang begitu subur menarik perhatian hanna. Hanna begitu khayal mengamati bunga-bunga itu.

Tiba-tiba

"Hanna. ." Panggil doojoon. Hanna melihat yang doojoon sudah berada dibelakang nya. Hanna pun berpaling ke belakang.

"Bunga untuk awak" kata doojoon sambil mengunjukkan bunga tersebut. Hanna terpaku melihat bunga itu.

Bunga Rose putih

Serta merta ingatannya teringat kepada kai. Kai juga memberikan nya bunga tersebut tatkala dia berasa sedih. Tapi , kenapa harus bunga rose putih , kenapa harus bunga yang sama. Tidak ada bunga lain kah. Gikwang juga memberikan bunga itu dulu kepadanya. Ada apa istimewanya bunga itu?

"Gumawo" Mahu tidak mahu hanna terpaksa mengambil bunga itu. Doojoon tersenyum.

"Doojoon jom lah kita balik. . Saya takut unnie saya cari saya lah" Tipu hanna. Doojoon mengangguk. Mereka pun melangkah pergi.

Sebetulnya hanna ingin pergi dari hutan itu kerana dia tidak mahu bayangan kai terus menghantuinya. Banyak kenangannya bersama kai dulu.

Tbc. .

MidnightWhere stories live. Discover now