"Kai,saya nak minta maaf. Tolong lah kai" rayu hanna. Sejak dari tadi lagi perkataan maaf itu diulangi Hanna. Namun kai hanya mengabaikan hanna dan menganggap hanna tiada disitu.Kai sedang berpura-pura mencari buku di rak buku di dalam perpustakaan itu.
"Tepilah. Jangan ganggu aku" Tepis kai. Lalu kai kembali fokus mencari buku.
"Kai,tolonglah. Saya tahu saya salah. Tolong jangan putuskan persahabatan kita" pinta hanna sayu.
"Awak tahu tak persahabatan kita dah putus. Tepi" Tepis kai lagi. Kai pun berlalu ke rak sebelah. Kai perasan yang Hanna tidak mengikutinya lagi. Dari tadi hanna mengikuti kai dari satu rak ke rak yang lain.
Kai berasa aman kerana tiada bayang hanna lagi. Kai pun memutuskan untuk keluar dari perpustakaan itu.
"Suprissee!!" Kejut hanna dari luar perpustakaan sambil memegang sekuntum bunga rose berwarna putih apabila kai mula melangkah keluar.
"Yeogi,ambillah. Tanda minta maaf" kata hanna sambil mengunjukkan bunga tersebut.
"Kau jangan kacau aku boleh tak. Aku rimas lah. Walau apa pun kita tak kan rapat macam dulu lagi lah" kasar kai sambil menepis tangan hanna kuat dan bunga tersebut jatuh ke lantai.
Kemudian,kai terus berjalan melimpasi hanna dan bunga itu ditendangnya. Hanna terkedu!
Hanna hanya melihat kai yang sudah jauh berjalan. Dia tersinggung namun hanya disimpan didalam hati. Hanna tetap tersenyum.
"Saya tak akan putus asa kai" hanna bermonolog sendirian.
"Hahaha,kau ingat kau akan dapat buat kai percayakan kau. Jangan haraplah" Sindir lee boona yang tiba-tiba datang.
"Eh kau perempuan. Jangan nak tipu kai. Kalau kau cuba nak sakitkan hati kai aku tak akan segan-segan terkam kau" Marah hanna. Tiba-tiba hanna tersedar apa yang baru dicakapkan nya. Dia takut lee boona tahu yang dia itu vampire.
"Hahaha kai tak akan percayakan kau lah. Tengoklah sekarang. Dia cuma percayakan aku. Kau siapa nak terkam aku. Kau ingat kau vampire ataupun wolf hahah" ketawa lee boona. Hanna terkejut dengan perubahan sikap boona yang permulaannya lembut dan sekarang menjadi seorang yang licik. Lee boona berjalan sambil melanggar bahu hanna sehingga hanna terdorong ke belakang. Hanna hanya menahan hati.
Skip
Semasa malam itu hanna susah melelapkan mata. Hanna bangun dari katil dan memakai sweater berwarna hitam. Dia ingin ke rumah kai. Hanna menggunakan kuasa vampirenya untuk berlari ke rumah kai. Hanna berlari begitu pantas seperti kilat.
Semasa hanna sampai dihalaman rumah kai dia ternampak kai berada di atas atap rumahnya sedang duduk dibumbung rumah itu sambil melihat bintang. Hanna pun terbang ke atas atap itu.
"Hai kai,awak belum tidur lagi. Saya nak teman awak boleh" Tanya hanna. Kai terkejut melihat hanna yang tiba-tiba berada di atas bumbung rumahnya.
"Eh,apa kau buat kat sini. Pergilah balik rumah kau. Aku tak perlukan temanlah" Halau kai.
"Saya bosan lah kai. Tak dapat tidur." Kata hanna. Hanna hanya mengabaikan perkataan kasar kai. Di buang jauh-jauh perasaan kecil hati itu.
"Pergilah tempat lain. Nak juga datang sini. Pabo" kata kai serius kemudian kai berdiri mungkin untuk memanjat turun. Hanna terus berdiri dan memegang tangan kai.
"Kai tunggulah. Tolonglah maafkan saya pasal perkara tu." Kai hanya mengabaikannya dan melepas tangan hanna dari memegang pergelangan tangannya.
Semasa mereka berdua berdiri hanna berasa lemah. Cincin di tangannya semakin hilang warna. Dia seperti hendak pengsan. Hanna memutuskan untuk pulang dan berjalan perlahan diatas bumbung rumah kai itu kerana takut terjatuh.
Kai berasa hairan melihat hanna yang tiba-tiba berjalan ke hadapan. Mungkin untuk turun. Tiba-tiba hanna tergelincir dan ingin terjatuh ke bawah. Namun kai sempat memegang hanna. Mereka terhenti seketika begitu. Mereka bertentangan mata.
Tiba-tiba hati kai bergetar. Dia hairan kenapa. Hanna pun berdiri dengan betul.
"A_a gumawo kai sebab tolong saya" ucap hanna. Hanna rasa gembira kerana kai masih lagi mengambil berat pasal dia.
"Tak payah nak berterima kasihlah. Kalau kau jatuh nanti aku pulak yang kena tuduh tolak kau." Tegas kai. Hanna mengeluh.
"Hmmp saya balik dulu kai" Hanna pun terbang. Kai sempat melihat hanna yang terbang untuk pulang.
"Saya tetap risaukan awak tahu. Kim Hanna" monolog kai. Sebenarnya kai hanya ego.
Semasa hanna sampai dirumahnya dia terus masuk ke dalam bilik dan baring. Dia melihat cincin di jarinya itu. Warna cincin itu semakin pudar dan semakin kehilangan kuasa. Hanna tiba-tiba menangis. Dia tahu jika cincin itu banyak kehilangan kuasa dia akan mati.
"Saya tak nak mati lagi. Sebab kai belum maafkan saya" kata hanna.
Tbc.
YOU ARE READING
Midnight
WerewolfGenre: werewolf,vampire,love Sinopsis: Hanna dan gikwang adalah pasangan kekasih. Namun dalam satu tragedi yang pahit, Hanna harus terpaksa kehilangan gikwang. Namun, pintu hatinya dibuka kembali oleh lelaki yang bernama kimJongIn. Nasib tidak selal...