part 20

160 27 2
                                    


Pada malam itu lee boona berjalan untuk membeli barang. Dia berjalan di lorong yang gelap. Tiba-tiba sekumpulan vampire muncul.

"Korang ni siapa?" Jerit boona.

"Tak penting untuk kau tahu siapa kami. Yang penting kami nak hisap darah kau manusia" kata vampire itu dengan mata yang merah.

"Tolong jangan jangan apa-apa kan saya. Tolonglah" Rayu lee boona seperti hendak menangis.

"Kai tolong aku" kata boona dalam hati. Kai seperti dapat merasakan panggilan boona itu.

"Kami tak peduli." Vampire itu pun terus menghampiri boona dan menerkam muka boona menggunakan kukunya yang panjang. Muka boona terus calar dengan kesan hakisan kuku itu.

Tiba-tiba. .

"Berhenti. Jangan ganggu dia" Hanna tiba-tiba datang. Lee boona terkejut dengan perubahan hanna menjadi vampire dan dia sekarang sudah mengetahui bahawa kim hanna adalah vampire.

"Kau sepatutnya menyertai kami. Buat apa kau nak tolong manusia seperti dia?"kata salah seorang vampire itu.

"Aku bukan vampire macam korang hisap darah manusia." Tegas hanna berkata.

"Agghhh aku tak peduli. Aku nak juga hisap darah dia" kata vampire itu. Mereka pun mengerumuni lee boona. Seorang vampire telah menolak lee boona sehingga lee boona terhentak didinding lorong itu dan boona terus terbaring kerana berasa sakit.

Hanna menggunakan kuasa cincin nya itu untuk melawan sekumpulan vampire itu. Dengan sekali cahaya keluar dari cincin itu,semua vampire itu terus berasa panas dan badan mereka terbakar menjadi debu. Lee boona terselamat. Namun hanna menjadi semakin lemah dengan kehilangan lagi kuasa di cincin itu.

"Kau tak apa-apa lee boona?" Tanya hanna sambil mendekati lee boona yang masih terbaring. Hidung nya berdarah. Boona hanya menggeleng.

"Lee boona awak ok? Kenapa dengan muka awak ni. Siapa yang buat" kai yang tiba-tiba datang terus meluru ke arah boona. Lee boona menggeleng lagi. Dia seperti kekejutan kerana kehadiran vampire itu.

"Bagitahu saya lee boona. Siapa yang buat?" Tanya kai lagi dengan tegas. Tiba-tiba lee boona mempunyai akal yang jahat. Dia sememangnya licik.

"Ha_Hanna" kata boona. Kai terkejut. Hanna juga begitu terjekut dengan pembohongan boona itu. Kai terus melihat hanna yang tidak jauh dari situ.

"Aku sudah kata jangan ganggu boona lagi. Kalau kau ganggu aku akan berkasar dengan kau" kebencian kai terhadap hanna semakin tinggi. Kini tiada lagi rasa kasihannya terhadap hanna.

"Ta_tapi kai bukan saya yang buat. Saya cuma tolong. ." Hanna gagap. Dia ketakutan melihat mata kai yang berubah menjadi warna kuning.

"Arggh aku tak nak dengar alasan kau lagi. Kau sorang yang ada di sini mestilah kau yang cederakan boona. Jangan nak berdalih lagi. Faham!!" Kai bersuara dengan nada yang tinggi. Terjongkat bahu hanna mendengar suara kai. Hanna hanya tunduk.

Tiba-tiba hanna berasa lemah. Cincin itu sekejap bercahaya sekejap tidak. Dadanya sakit tiba-tiba.

"Kai betul. Bukan saya yang buat. Boona bohong"

"Sudahlah. Mari ikut aku." Pekik kai. Kai menarik tangan hanna dan membawa hanna tanpa arah sehingga hanna tidak dapat berjalan dengan seimbang.

"Kai,mana awak nak bawa saya. Berhenti kai. Saya rasa sakit" Hanna yang sudah tidak tahan ditarik kai berasa sakit yang amat. Mukanya tiba-tiba pucat dan dadanya seperti di tusuk-tusuk. Hanna memegang dadanya.

Tidak berapa jauh dari situ kai berhenti berjalan dan tangan hanna dilepaskannya dengan kuat sehingga hanna terdorong.

"Arggh,sakit kai" kata hanna.

"Kau tahu sakit. Tapi kau tak tahu macam mana lee boona sakit." Marah kai.

"Kai,kenapa awak fikir pasal lee boona je. Saya ni awak tak fikir. Awak dah kenal saya lama. Tak mungkin awak percaya apa yang lee boona cakapkan. Dia itu penipu kai. Dia itu pembohong"

Tiba-tiba kai yang tidak berpuas hati menolak hanna dengan sangat kuat. Kai tidak suka hanna mengutuk lee boona. Hanna terus terhentak di dinding lorong itu. Hanna terus terbaring sambil mulutnya keluar darah.

"Jangan pernah kau nak tegur aku lagi dan jangan pernah tunjukkan muka kau depan aku lagi. Aku benci kau. Kalau boleh aku nak kau lenyap dari dunia ni. Pergi mampus!" Kai meluahkan kata-kata kesatnya kepada hanna yang sedang terbaring kesakitan. Dia terus berlalu meninggalkan hanna disitu tanpa menoleh ke belakang.

Hanna yang sedang terbaring kesakitan mengalirkan air mata. Dia tidak pernah menyangka bahawa kai akan berkata begitu. Mahu dia mati. Hanna sangat kecewa. Dia sudah berputus asa.

"Ba_baiklah kai. Erggh . Kalau awak nak saya pergi ti_tinggalkan dunia ni. Sa_saya akan pergi" monolog hanna sendirian di bawah bulan mengambang itu.

Tiba-tiba hanna terasa dunia menjadi kelam. Semuanya gelap. Cincin tersebut telah kehilangan kuasa sepenuhnya. Adakah hanna akan mati?

Tbc

MidnightWhere stories live. Discover now