Hanna berjalan di hutan puak wolf itu sendirian kerana berasa bosan. Sedang hanna berjalan,dia terdengar seperti bunyi wolf. Bunyi itu berada di bawah tanah.
"Dari mana datang bunyi tu?" Hanna tertanya-tanya. Dia mendekati di mana datangnya bunyi itu.
Tiba-tiba hanna ternampak tangga untuk berjalan ke bawah tanah. Hanna pun masuk ke lorong bawah tanah itu.
"Besarnya" Hanna ternganga kerana melihat lorong bawah tanah yang besar itu. Sebelum ini dia tidak pernah tahu yang lorong bawah tanah itu wujud.
"Tolong,tolong" tiba-tiba hanna terdengar suara yang didengarnya tadi. Hanna pun menghampiri arah suara itu.
Ternyata lorong bawah tanah ini adalah untuk kurungan wolf. Ini pasti kerja Ailee. Banyak wolf dikurung di bawah tanah ini.
"Wae?" Tanya hanna cemas.
"Tolong kami,kawan saya sakit. Dia dah tak tahan. Dia ditikam oleh ketua vampire. Tolong lepaskan kami." Rayu puak wolf itu bersungguh-sungguh. Hanna melihat salah seorang dari mereka yang terbaring sambil perutnya berdarah akibat ditikam.
Hanna berasa kasihan,namun dia harus berfikir. Patutkah dia melepaskan mereka kerana pasti dia akan dibunuh oleh Ailee.
"Tolonglah kami,dah lama Ailee kurung kami. Kami tak bersalah pun. Kasihan kan lah kawan kami." Kini rayuannya semakin bersungguh-sungguh. Hanna sudah tidak peduli pasal Ailee lagi.
"Baiklah saya akan tolong kamu" kata hanna.
Hanna menggunakan kuasa vampire nya untuk membuka kurungan besi itu. Hanya vampire sahaja yang boleh membuka kurungan itu.
Dengan sekelip mata kunci kurungan itu terbuka. Mereka pun keluar dari kurungan itu dan memapah kawan mereka yang sakit itu.
"Gumapta,kami akan ingat jasa awak" mereka berterima kasih.
"Cheonmaneyo" kata hanna sambil tersenyum.
"Sebelum kami lari awak ikutlah kami. Kami taknak awak dibunuh oleh Ailee kerana telah menyelamatkan nyawa kami" ajak wolf itu bersungguh-sungguh. Namun,hanna hanya menggeleng.
"Tak apa lah. Saya akan jaga diri saya disini. Korang jangan risau. Pergilah cepat sebelum vampire lain terserempak dengan korang" kata hanna meyakinkan mereka padahal dia sendiri pun tidak tahu macam mana untuk menyelamatkan diri.
"Baiklah," kata wolf itu dan mereka pun keluar dari lorong bawah tanah itu.
_________________________________Semua vampire yang berkumpul untuk menghadap Ailee sangat berasa takut dan gementar.
"Siapa yang telah berani membuka kurungan puak wolf itu?" Soal Ailee tegas. Hanna yang berdiri dibarisan paling belakang hanya berdiam diri. Sejujurnya dia sangat takut.
"Jawab" pekik Ailee lagi kerana tiada seorang pun yang menjawab. Semua vampire tersentak.
"Ka_kami tak tahu ketua" salah seorang vampire itu memberanikan diri menjawab persoalan Ailee.
"Saya tak percaya. Mesti ada salah seorang dari kamu yang membuka kurungan itu" kata Ailee lagi. Ailee begitu marah dan matanya bertukar menjadi merah.
Semua orang mendiamkan diri lagi sekali. Ailee memerhatikan seorang demi seorang vampire yang berkumpul itu.
Tiba-tiba. .
Matanya tertumpu ke arah Hanna. Hanna hanya menundukkan pandangannya. Ailee seperti dapat meramal sesuatu.
Ailee membisikkan sesuatu ke arah orang suruhannya. Tiba-tiba orang suruhannya menuju ke arah Hanna. Hanna begitu terkejut.
Tangannya terus direntap orang suruhan Ailee itu dan dia dibawa ke depan.
Setelah hanna berada didepan Ailee terus merenungnya. Hanna cuba menundukkan pandangannya kerana Ailee boleh meramal sesuatu daripada mata.
Walaubagaimana pun Ailee memegang kepala hanna dan didongakkan nya. Dalam kesempatan itu,Ailee melihat mata hanna.
Segala flashback telah dilihat oleh Ailee melalui mata hanna. Ailee pun melepaskan hanna.
"Baiklah semua,kini saya sudah tahu siapa yang telah melepaskan wolf itu. Kamu semua tak perlu takut kerana saya dah tangkap dia" terang Ailee sejurus itu memandang hanna dan tersenyum sinis.
Hanna berasa gementar."Kurung dia" kata Ailee kepada orang suruhannya itu. Hanna telah ditangkap dan dikurung di lorong bawah tanah tersebut.
To be continued. .
![](https://img.wattpad.com/cover/61574425-288-k180917.jpg)
YOU ARE READING
Midnight
WerewolfGenre: werewolf,vampire,love Sinopsis: Hanna dan gikwang adalah pasangan kekasih. Namun dalam satu tragedi yang pahit, Hanna harus terpaksa kehilangan gikwang. Namun, pintu hatinya dibuka kembali oleh lelaki yang bernama kimJongIn. Nasib tidak selal...