part 22

177 26 3
                                    


Ailee menyuruh semua ahli vampire berkumpul untuk membuat perlantikan. Semua vampire pun berkumpul di tepi gua itu.

"Hari ini saya nak buat perlantikan di kalangan kamu semua. Saya akan melantik dia sebagai orang kanan saya kerana dia adalah vampire yang paling saya percaya" kata Ailee.

"Dengan ini saya melantik kang minhyuk menjadi orang kanan saya." Kata Ailee lagi dan mengambil mahkota tersebut untuk dipakaikan kepada minhyuk. Minhyuk pun ke hadapan untuk menerima tahta itu.

Semua orang terkejut dengan perlantikan minhyuk termasuk hanna. Hanna tahu jika minhyuk menjadi orang kanan Ailee pasti minhyuk akan selalu membunuh wolf. Ailee itu kejam.

Selesai minhyuk memakai tahta itu semua orang memberikan sorakan yang sangat meriah. Minhyuk hanya tersenyum.

"Minhyuk,saya harap awak akan menurut segala perintah saya" arah Ailee iaitu ketua puak vampire.

"Baiklah ketua. Saya janji" kata minhyuk. Selesai itu semua orang pun bersurai.

Skip

"Hanna,awak ada keluarga tak. Saya cuma nak tahu" tanya gikwang penuh berhati-hati. Dia takut hanna berkecil hati.

"Hmmp. Omma dan appa saya dah takde. Tapi saya ada unnie. Nama dia Kim harra" jawab hanna.

"Sekarang unnie awak ada di mana" tanya gikwang lagi.

"Dia sekarang tinggal dengan saya dan kami tinggal di sebuah rumah tidak jauh dari sini" terang hanna.

"Owh,unnie awak tak ikut serta puak vampire ni ke"

"Dia tak nak sebab dia nak jalankan kehidupan sebagai seorang manusia" kata Ailee lagi. Gikwang hanya mengangguk.

"Ermm,awak ada sesiapa tak" giliran hanna pula bertanya.

"Saya ada awak seorang je. Hehe" sengaja gikwang berkata begitu untuk menutup kesedihannya.

"Ish awak ni. Saya tanya betul-betul lah." Desak hanna.

"Hmmp betullah saya cuma ada awak je. Semasa saya kecil appa dan omma saya masih hidup. Tapi diorang terbunuh dalam perlawanan dengan puak wolf. Sekarang saya hanya sebatang kara" nada ceria gikwang tadi bertukar menjadi sayu. Hanna juga turut berasa sedih.

"Gikwang_yahh awak jangan lah sedih. Saya sentiasa ada untuk awak. Saya janji tak akan tinggalkan awak" kata hanna untuk menceriakan gikwang kembali.

"Hehe janji jangan sesekali tinggalkan saya" kata gikwang.

"Iye" kata hanna.

"Tapi awak pun kena janji dengan saya jangan pernah untuk tinggalkan saya" pinta hanna. Kali ini keadaan begitu serius. Gikwang hanya mendiamkan diri.

"Yeobo,janjilah jangan pernah tinggalkan saya. Saya nak dengar dari mulut awak sendiri." Desak hanna lagi.

"Ye,saya janji tak akan tinggalkan awak. Chagi jangan risaulah." Kata gikwang.

"Hehe,gumawo yeobo" kata hanna.

"Saya lupa nak bagitahu awak. Saya ada seorang kawan rapat nama dia doojoon" terang gikwang.

"Ouhh" kata hanna

"Dia separuh manusia dan separuh vampire. Dia juga sama seperti unnie awak menjalankan kehidupan seperti manusia" terang gikwang lagi.

"Saya harap saya akan dapat jumpa dia suatu hari nanti" kata hanna.
_______________________________

"Hanna jom" kata baekhyun yang menghampiri hanna.

"Jom,jom ni nak pergi mana?" Tanya hanna.

"Jalan-jalan. Jom lah ikut" desak baekhyun lagi.

"Hmmp. . Baiklah" hanna bersetuju.

Mereka berdua pun terbang di dalam hutan itu. Mereka terbang semakin jauh.

"Baekhyun. .kita terbang dah jauh sangat ni" kata hanna yang mula risau. Namun baekhyun yang berada di belakang hanna tidak menjawab. Hanna pelik. Dia pun menoleh ke belakang.

Hanna melihat yang baekhyun berdiri di satu ranting pokok sambil termenung melihat ke bawah. Hanna pun menghampiri baekhyun dan melihat ke bawah.

Hanna melihat sekumpulan puak wolf. Dia tahu pasti itu puak baekhyun yang dulu.

"Saya tahu awak rindukan mereka" kata hanna. Baekhyun yang baru tersedar kehadiran hanna disebelahnya terkejut.

"E_eh taklah. Saya cuma tak sengaja tertengok diorang" baekhyun cuba berdalih. Namun hanna tidak mempercayainya.

Hanna memerhatikan puak wolf yang sedang bergurau senda itu. Tiba-tiba dia tertarik dengan salah seorang wolf itu.

"Baekhyun. .boleh saya tanya. Yang pakai baju warna kelabu tu siapa" soal hanna.

"Owhh itulah yang saya pernah cerita kan pada awak. Dia itu kimJongIn dan nama panggilan dia kai" terang baekhyun. Hanna hanya mengangguk dan memerhatikan kai.

"Eh dah lah jom kita balik ke puak kita" ajak baekhyun.

"Baiklah jom" kata hanna. Mereka pun meninggalkan hutan puak wolf itu tanpa puak wolf sedari.

Tbc

MidnightWhere stories live. Discover now