Kai bercadang untuk pergi ke hutan puak wolf. Semasa sampai di kawasan tersebut , keadaan begitu sunyi. Mungkin exo berada di dalam gua bersama junhyung.
Belum sempat kai melangkah kan kaki masuk ke dalam gua , dia ternampak seseorang terbaring di suatu sudut didalam semak. "Siapa orang tu?" Kai tertanya-tanya. Kai menghampiri orang tersebut.
Setelah melutut dan melihat dengan jelas siapa yang terbaring , kai begitu terkejut. Kenapa dia ada disini.
"Baekhyun" kai tercengang melihat baekhyun yanh cedera parah. Dia memapah baekhyun masuk ke dalam gua. Baekhyun masih hidup tetapi begitu lemah.
"Yahh_baekhyun" kata chanyeol tiba-tiba apabila kai muncul bersama baekhyun. Mereka menghampiri baekhyun apabila ternampak kai memapah baekhyun. Semua ahli exo juga terkejut.
"Kenapa dengan baekhyun?"tanya suho setelah kai selesai membaringkan baekhyun.
"Aku jumpa dia dalam semak tadi. . Aku pun tak tahu kenapa baekhyun jadi macam ni" terang kai kepada semua ahli exo. Dalam fikiran masing-masing begitu banyak persoalan.
Tiba-tiba baekhyun membuka matanya perlahan-lahan. Dia mengamati wajah-wajah yang berada disekelilingnya yang amat dirinduinya.
"Baekhyun_shi. . Bogoshipeo" kata chanyeol."Apa yang jadi sebenarnya ni?" Soal d.o.
"Aku lari dari kurungan Ailee. ." Kata baekhyun perlahan sambil memegang badannya yang luka.
"Kenapa dia buat kau macam ni baekhyun" Tanya kai setegas yang mungkin.
"Ailee tanya aku dimana keberadaan hanna. Tapi aku bertegas tak nak bagitahu. Last² dia hukum aku dan Ailee sendiri dapat tahu dimana hanna sekarang." Terang baekhyun.
"Kau ok ke baek?" Tanya sehun.
"Itu tak penting sekarang. . Yang penting sekarang ni hanna dalam bahaya" kata baekhyun sambil suaranya tersekat-sekat menahan kesakitan kerana luka yang ada dibadan.
"Hah , waegure" tanya kai risau.
"Ailee akan datang cari hanna dan nak bunuh hanna. Korang mesti selamatkan hanna secepat mungkin" arah baekhyun. Baekhyun melarikan diri walau dengan cara apa pun untuk memaklumkan yang Hanna dalam bahaya. Selepas itu , kai terus berdiri dan ingin berganjak keluar dari gua.
"Kai , kau nak ke mana" tanya luhan.
"Aku nak pergi selamatkan hanna secepat yang mungkin" kata kai dan terus berlalu keluar.
***Midnight***
"Hanna , tolong hantarkan makanan ni dekat jiran kita" arah Harra dengan suara yang tegas sambil menghulurkan satu bungkusan. Hanna antara mahu dengan tidak kerana hatinya berasa lain ketika ini. Namun digagahkan juga kakinya untuk berdiri.
"Nae , saya pergi dulu" Hanna meminta izin dan terus melangkah kan kaki. Namun , langkahnya terhenti saat berada dihadapan pintu .
"Unnie cepat menyorok_argh"
Satu tangan telah menutup mulut hanna dengan sapu tangan yang mengandungi suatu cecair. Hanna terasa pening dan terus pengsan . Harra sangat terkejut dengan kejadian yang berlaku depan matanya.
Ailee dan beberapa orang hambanya masuk ke dalam rumah itu dan salah seorang hambanya telah menekup mulut hanna. Hanna sudah terkulai lemah dalam pegangan hamba Ailee itu.
"Hahaha , taklah susah sangat aku nak cari kau hanna " sindir Ailee dan ketawanya semakin galak. Harra berasa gerun dan dikuat kan nya juga hatinya.
"Lepaskan Hanna , tolong jangan apa-apa kan dia." Pinta Harra sambil perlahan mendekati Hanna yang terkulai.
"Jangan harap aku nak lepaskan dia lagi .. aku akan bunuh dia ! Sebelum tu aku akan siksa dia cukup-cukup" Dengan suara lantang Ailee berkata.
"Tolonglah ja_jangan" rayu harra lagi dan dia berasa sebak kerana tidak dapat melindungi Hanna.
"Jangan harap!" Jerit Ailee sehingga membuatkan harra takut untuk berhadapan dengannya. Kemudian , Ailee dan hambanya berpaling ingin pergi.
"Jangan apa-apakan adik aku.." Jerit Harra dan cuba berlari mendapatkan Hanna yang ingin dibawa pergi.
Namun , Ailee kembali berpaling menghadap Harra dan dihala kannya tongkat kuasanya . Serta merta kuasa yang ada pada tongkat itu menyerang tubuh Harra secara drastik. Harra terus terkulai lemah dan jatuh ke lantai.
Ailee segera pergi dan terbang bersama hamba-hambanya . Sekarang , nyawa hanna sudah terancam . Harra hanya mengharapkan ada keajaiban yang akan berlaku supaya Hanna selamat . Sambil terbaring di lantai tersebut , Harra menangis teresak-esak kerana takut Hanna diapa-apakan.
Tbc. . .
Please give respon and feedback di komen . Ff ni dah nak tamat . Author sudah tetapkan yang ff ini hanya sampai bab 40 . Harap faham ! ©
ANDA SEDANG MEMBACA
Midnight
WerewolfGenre: werewolf,vampire,love Sinopsis: Hanna dan gikwang adalah pasangan kekasih. Namun dalam satu tragedi yang pahit, Hanna harus terpaksa kehilangan gikwang. Namun, pintu hatinya dibuka kembali oleh lelaki yang bernama kimJongIn. Nasib tidak selal...
