Dua ekor vampire dengan mata yang merah sedang berjalan dengan pantas sambil mata mereka melilau melihat keadaan sekeliling. Vampire-vampire itu melihat keadaan sekeliling dengan begitu perlahan seperti meneliti sesuatu.
Kim hanna yang sedang menyorok di sebalik kereta yang berwarna merah itu merasa begitu takut kerana dia tahu walaupun dia menyorok dia tetap akan dijumpai oleh vampire itu.
Salah seorang vampire itu menoleh perlahan-lahan ke arah kereta dimana hanna bersembunyi. Setelah hanna melihat wajah vampire itu disebalik cermin kereta dia begitu terkejut kerana vampire itu mengeluarkan taringnya. Namun dia hanya mendiamkan diri takut diketahui kewujudannya disitu.
Hanna menapak selangkah demi selangkah ke belakang untuk melarikan diri dari situ. Semasa hanna menapak selangkah lagi ke belakang. .
Prakkk
Hanna terpijak ranting kayu. Dia begitu terkejut dan takut. Vampire-vampire itu terus melihat ke arah bunyi itu. Hanna tahu dia tidak mempunyai peluang untuk lari jika dia tertangkap. Namun vampire itu tidak memperdulikan bunyi itu lalu meneruskan perjalanan mereka tadi. Hanna berasa lega.
Setelah hanna melihat vampire itu sudah pun berlalu dari situ, dia pun mengambil peluang untuk melarikan diri dari tempat itu. Semasa hanna berlari dengan pantas tiba-tiba ada satu lembaga menghalang dihadapan. Ternyata itu vampire tadi!
"Kau tak akan dapat lari" kata vampire itu sambil merentap tangan hanna. Hanna terkial-kial untuk menarik tangannya dari dipegang oleh vampire itu! Namun vampire itu hanya tersenyum sinis lalu ketawa dengan kuat dan tak berhenti.
"Aaagghhhh" kim hanna menjerit.
"Kim Hanna. . Pallie ireona" Harra menggoncang perlahan bahu adiknya yang menjerit secara tiba-tiba sahaja semasa tidur. Hanna pun bangun sambil tangannya dilekapkan didadanya dan hanna tercungap-cungap.
"Unniee, hanna dapat mimpi yang buruk" kata hanna lalu memeluk unnienya. Unnienya pun membalas pelukannya sambil menenangkan hanna.
"Tenang Hanna. Itu cuma mimpi" kata unnienya. Namun Harra juga dapat merasa sesuatu yang begitu pelik.
"Tak unnie, ini berkaitan pasal puak vampire" terang hanna sambil meleraikan pelukan.
"Mimpi itu seperti memberi petanda bahawa puak vampire itu sudah dapat mengesan saya unnie." Sambung hanna lagi dengan mimik muka yang ketakutan."Unnie juga dapat menghidu sesuatu yang kurang senang. Hanna mesti berhati-hati dan jangan terlalu bersendirian bila berada di sekolah." Kata harra menasihatkan adiknya itu.
"Baiklah unnie. Hanna janji akan selalu berhati-hati" jawab hanna sambil tersenyum ke arah unnienya itu. Hari ini adalah hari sabtu dan seperti biasa Hanna akan menolong unnienya membersihkan rumah kerana dia tidak ingin membuang masa begitu sahaja pada waktu cuti sekolah.
Baekhyun yang sedang duduk di sebuah batu didalam hutan puak vampire sedang termenung. Minhyuk menyentuh bahu baekhyun perlahan dan terus menyedarkan lamunan baekhyun. "Wae,minhyuk?" Soal baekhyun.
"Ketua panggil kau. Dia kata ada hal nak bincangkan dengan kau" terang minhyuk. Baekhyun hanya mengangguk lalu terus berdiri dan berlalu pergi.
Setelah pergi ke arah ketua vampire itu, baekhyun terus tunduk tanda hormat. Dia tahu bahawa mesti ketua akan bertanya tentang hanna tetapi dia tidak akan sesekali memberitahu mereka pasal hanna.
" Di mana Hanna berada?" Soal Ailee iaitu ketua puak vampire sambil memegang satu tongkat yang mempunyai kuasa.
"Saya tak tahu ketua" jawab baekhyun mendatar. Kemudian baekhyun menundukkan kepalanya kerana tidak berani bertentang mata dengan ketua mereka yang begitu kejam.
"Saya tahu yang kamu menyembunyikan sesuatu dari saya" kata Ailee lagi. Namun baekhyun hanya menggeleng. Sejurus kemudian mata Ailee yang berwarna hazel bertukar menjadi merah.
"Baekhyun,pandang saya" kata Ailee dengan suara yang tegas. Baekhyun hanya menunduk dan berasa menyesal kerana dia balik ke hutan ini. Jika dia tidak balik pasti hanna akan selamat.
"Pandang saya" Ailee mengulangi perkataannya itu dan bersuara dengan lebih tegas daripada tadi. Baekhyun mendongak perlahan-lahan sehingga matanya bertemu dengan mata merah Ailee.
Dengan tiba-tiba sahaja baekhyun menjadi kaku dan matanya juga bertukar menjadi warna merah. Dia telah terpukau oleh Ailee. Ailee mengambil kesempatan dengan melihat semua imbasan dan flashback yang berlaku semasa dia bersama hanna daripada mata baekhyun. Kini dia tahu Kim hanna berada di mana! Dia hanya tersenyum sinis sambil menghalakan tongkatnya ke arah baekhyun lalu tongkat tersebut mengeluarkan petir yang sangat kuat.
Petir itu tepat mengenai badan baekhyun dan dia terkulai lemah. Baekhyun yang terbaring merasakan kesakitan yang amat perit dan dunia berubah menjadi gelap. Baekhyun sudah tidak sedarkan diri!
"Itulah sebabnya kau berbohong byunbaekhyun" kata Ailee. Vampire yang lain hanya mampu memandang dan ada sedikit perasaan gerun dihati mereka.
To be continued. .
Please vote dan komen jika ada kekurangan. Hmmp saya sedikit kecewa because yg mbaca mningkat but vote kurang:( kepada reader setia saya tolonglah vote ye^^ Love you Allz.

ANDA SEDANG MEMBACA
Midnight
WerewolfGenre: werewolf,vampire,love Sinopsis: Hanna dan gikwang adalah pasangan kekasih. Namun dalam satu tragedi yang pahit, Hanna harus terpaksa kehilangan gikwang. Namun, pintu hatinya dibuka kembali oleh lelaki yang bernama kimJongIn. Nasib tidak selal...