Kim Hanna pov**
Aku menuju ke sekolah dengan perasaan yang gembira. Mungkin inilah jalan cerita hidup aku. Yang patah tumbuh dan yang hilang berganti. Namun setiap yang bergelar insan tahu, yang hilang tak akan pernah sama dengan yang baru.
Sebaik tiba di sekolah, aku mendekati Tiffany. Dia tersenyum sendirian. Aku segera mengejutkan dia dari belakang.
"Minhyuk oppa. Opps" Tiffany melatah lalu segera menekup mulutnya. Aku membesarkan mataku.
"Fany, kau baru je sebut nama Minhyuk. Kau ada apa-apa hubungan istimewa dengan dia ke?" Soalku pantas. Wajah Tiffany tiba-tiba memerah. Aku sudah tahu jawapannya.
"Hanna, saya nak pinjam Tiffany boleh?" Aku segera menoleh ke arah suara itu. Mataku membesar.
Minhyuk?
"Apa awak buat kat sini?" Soalku. Dia hanya tersenyum senang. Pakaian seragam sekolah terletak kemas di tubuhnya.
"Saya lupa nak bagitahu awak. Hm, saya baru mendaftar dekat sekolah ni. Bukan saya je tau. Tengoklah kat sana tu..." jelas Minhyuk sambil tangannya mengarah ke sebelah kanan di hujung sana.
What?
Semua ahli exo sedang beratur untuk mendaftar. Aku tergelak kecil melihat gelagat mereka. Masing-masing kelihatan segak memakai uniform sekolah. Semakin ramailah pelajar sekolah ni. Huhu.
Dan
Semakin meriah
Aku memandang ke arah Minhyuk dan Tiffany kembali. Senyuman ku mati apabila mereka lenyap dari pandangan. Kemudian kepala aku gelengkan. Pergi macam tu saja, ish ish ish.
-----
Hari ini aku terasa sunyi. Entah kenapa aku rasa lain macam? Kai mengelak dari aku. Ahli exo sering bergelak ketawa tanpa memperdulikan aku. Minhyuk dan Tiffany lesap begitu sahaja.
Aku memutuskan untuk ke kantin bersendirian. Tiba-tiba mata aku tertancap pada kai yang sedang berjalan beriringan dengan lee boona.
Wahai hati.
Bersabarlah. Jangan kisah lama berdarah kembali sudah! Aku harus menggantikan fikiran yang asalnya negatif kepada positif. Aku segera mengikuti gerak langkah mereka dari belakang.
Kelihatan mereka ingin pergi ke suatu tempat. Sesekali aku menyorok sewaktu mereka seakan perasan kehadiranku. Kai menaip sesuatu di telefon bimbitnya dengan begitu pantas.
Sibuk aku mengekori mereka, Baekhyun dan Chanyeol datang menghampiriku. Jantungku hampir jatuh saat melihat mereka kerana takut tertangkap yang aku sebenarnya menjadi 'spy' di dalam diam.
Spy kekasih sendiri, hm.
"Eh... Baekhyun, Chanyeol. Apa yang korang nak?" Soalku sambil tersengih, menutup perasaan resah yang kian bersimpul di hati.
"Jom teman kami rehat." Pinta Baekhyun. Aku berdebat sama ada menerima pelawaan Baekhyun atau meneruskan kerja sambilan aku iaitu menjadi spy.
"Jomlah. Saya pun lapar ni." Jawabku riang. Kami bertiga terus pergi ke kantin sambil berbual-bual. Aku terpaksa menghentikan niatku untuk mengekori kai dan Boona. Aku yakin kai tak curang. Fikirku sekadar untuk menenangkan hati yang gundah gulana.
***
Lonceng sekolah bergema nyaring, menerobos masuk ke gegendang telingaku. Semua pelajar mula mengangkat kaki untuk pulang ke rumah masing-masing, namun aku masih tercegat di tempat duduk ku.
Fikiranku betul-betul bercelaru. Kai dengan Boona? Ugh... buang masa aku sahaja fikirkan tentang ini. Sekolah sudah sedikit sunyi, aku menggalas beg lalu segera mengatur langkah untuk balik ke rumah.
YOU ARE READING
Midnight
WerewolfGenre: werewolf,vampire,love Sinopsis: Hanna dan gikwang adalah pasangan kekasih. Namun dalam satu tragedi yang pahit, Hanna harus terpaksa kehilangan gikwang. Namun, pintu hatinya dibuka kembali oleh lelaki yang bernama kimJongIn. Nasib tidak selal...