Part 2

326 36 3
                                    

Seperti biasa kai ke sekolah menggunakan kereta sportnya sendiri. Setelah sampai di pintu pagar sekolah dia ternampak Kim Hanna yang sedang masuk ke dalam kawasan sekolah. Dia hanya menjeling kerana dia memang tidak menyukai perempuan itu. Tapi tidak tahu kenapa hatinya merasakan tidak suka kepada Hanna.

"Oppa dah sampai," Hanna terdengar suara seorang perempuan gedik yang bercakap dengan kai sambil memeluk lengan kai. Ramai perempuan mengelilingi kai. Kai hanya tersenyum. Handsomenya dia senyum.

Tapi kenapa bila dengan aku dia tak pernah senyum. Asyik dengan muka serius dia tu je. Mungkin dia tak suka aku.

Tiba-tiba angin menerpa ke arah hanna. Dia dapat merasakan itu bukan angin biasa. Dia dapat meramal bahawa ada vampire berada di kawasan sekolah ini. Itu bermakna dia dalam bahaya.

Kai yang sedang melayan perempuan-perempuan itu juga dapat merasakan sesuatu kerana dia werewolf. Werewolf akan dapat merasakan kehadiran vampire.

Semasa didalam kelas. Sir Jae ingin memperkenalkan seorang budak baru.

"Banyak nya budak baru masuk tahun ni" Hanna dapat menangkap butiran percakapan kawan sekelasnya itu. Ramai yang berbisik-bisik.

"Masuk" kata Sir Jae.

Hanna dan rakan sekelasnya pun mendengar tapak kasut yang berjalan memasuki kelas. Sungguh misteri. Hanna dan kai dapat merasakan kelainan.

Setelah Hanna ternampak muka budak baru itu, dia sangat terkejut dan hatinya tiba-tiba berdebar ketakutan dan kerinduan.

"Annyeonghaseyo, naega byunbaekhyun imnida" baekhyun terus tunduk tanda hormat.

"Baekhyun, kamu boleh duduk di sebelah park hyeri" kata Sir Jae.

Hyeri terus mengangkat tangan dan terlebih excited kerana dapat duduk dengan baekhyun.
Semua perempuan di kelas itu memandang baekhyun sambil tersengih.

Baekhyun sempat memandang Hanna sambil mengenyitkan mata.ottoke

"ByunBaekhyun"kata kai didalam hati. Ingin sahaja dia memeluk baekhyun kerana baekhyun juga adalah ahli wolf dan merupakan kawan rapatnya dulu. Tetapi kisah silam telah menghentikan dia dari berbuat sedemikian. Kai tahu yang tak mungkin baekhyun akan menganggapnya kawan lagi. Dia terpaksa menahan diri. Kai ternampak hanna yang pucat dan nampak gelisah.

"Yang kau pucat tak tentu pasal ni kenapa" tanya kai kepada hanna.

"Mana ada lah" hanna cuba menepis.

"Aku bukan bodohlah"kata kai lagi.

Ternyata kai dapat menangkap perlakuannya yang mencurigakan itu.

Semasa tamat masa pembelajaran Sir Jae hanna terus keluar dari kelas untuk menenangkan fikiran.

Semasa hanna berjalan tangannya tiba-tiba ditarik.

"Baekhyun_shi" kata hanna terkejut.

"Rupanya awak masih ingat saya lagi hanna" kata baekhyun yang semakin hampir dengan hanna.

"Mana boleh saya lupa, tapi kenapa awak datang sini" soal hanna pula.

"Saja, sebab saya rindu kawan rapat saya ni"

"Hmmp~jom kita sembang di sana" kata hanna sambil menunjukkan tempat duduk di luar makmal.

"Jom" jawab baekhyun sambil menarik tangan hanna bersama.

Setelah mereka duduk hanna pun memulakan perbualan.

"Tapi ketua tak tahu kan yang awak datang sini" tanya hanna kerisauan.

"Awak jangan risaulah ketua tak tahu" jawab baekhyun tenang.

"Tapi saya dah tak banyak kekuatan macam dulu"

"Takpe sekurang-kurangnya awak masih selamat" terang baekhyun.

"Tapi..masa saya datang sekolah ni tadi pagi kenapa saya tak dapat merasakan aura awak hanna" tanya baekhyun kebingungan.

"Sebab saya dah lama tak bertukar jadi benda tu sebab tu lah kuasa-kuasa luar tak boleh nak meramal kehadiran saya" terang hanna dengan yakin.

"Baguslah tu. Tak lah ketua puak kita dapat cari awak" sambung baekhyun lagi.

"Ottokeo, kita dah lambat masuk kelas ni" kata hanna.

"Yelah, jom"

Semasa mereka masuk kedalam kelas ternyata sir belum masuk lagi. Semua mata memandang ke arah mereka. Kai yang dari tadi asyik melayan perempuan yang mengelilinginya itu terus terhenti kerana melihat baekhyun dan hanna berjalan masuk kedalam kelas bergelak ketawa sambil berpegangan tangan.

Kai sudah dapat merasakan bahawa baekhyun itu bukan lagi wolf seperti dulu malah dia dapat merasakan yang baekhyun mempunyai kuasa yang lebih kuat iaitu vampire. Tetapi hatinya tertanya-tanya kenapa hanna bersama-sama baekhyun.
Hatinya merasa sedikit cemburu tidak tahu apa sebabnya.

Tiba-tiba kai menggerakkan pasu bunga di atas meja guru itu dengan menggunakan kuasanya untuk dibaling ke arah baekhyun. Namun pantas baekhyun menghentikan gerakan pasu bunga itu. Baekhyun hanya tersenyum sinis ke arah kai.

Kai rasa tak puas hati. Dia takut baekhyun mengapa-apakan hanna kerana baekhyun yang dilihatnya bukan lah baekhyun yang dulu lagi. Tapi kenapa dia harus merasa begitu sedangkan dia membenci hanna. Sebenarnya dia menyimpan perasaan terhadap hanna dalam diam namun ada satu perasaan yang menghalang. Apakah perasaan itu.

To be continued. .
Vote and komen

MidnightWhere stories live. Discover now