part 13

230 29 0
                                    

Hanna yang sudah pun terlambat bangun untuk ke sekolah segera mandi dan menyiapkan diri. Sejurus itu terus hanna mengambil kasutnya yang tersusun di rak kasut dan memakainya dalam keadaan yang kelam kabut.

"Hanna,sarapanlah dulu" Harra yang muncul dari dapur bersuara sambil berjalan menuju ke arah hanna. Harra berasa kasihan melihat Hanna yang terpaksa bergegas menuju ke sekolah. Itulah siapa suruh bangun lambat!

"Takpe lah unnie. Hanna dah lambat ni, nanti pagar sekolah tu kena tutup pulak" Segera Hanna mencium kedua-dua belah pipi Harra. Kakak yang sangat disayanginya itu. Dia pun terus berjalan menuju ke sekolah. Kim Harra hanya tersenyum dan menggeleng melihat tingkah laku Hanna.

Dengan sedaya upaya Hanna berjalan dengan cepat ke sekolah. Seperti peserta jalan kaki pun ada juga rasanya! Akhirnya Hanna melepaskan keluh lega kerana pintu pagar sekolah belum pun ditutup lagi. Bukan dia tidak mahu terbang, tetapi nanti jika dia terbang pasti akan ada orang yang melihat.

Sesampainya Hanna di depan kelas dia telah mengetahui bahawa cikgu matapelajaran korea belum lagi masuk!huh. Dia sedikit gembira.

Pantas kaki nya diayunkan untuk melangkah masuk kedalam kelas.Sebaik sahaja masuk, moodnya yang gembira terus mati apabila melihat dua sejoli itu!

Kai

Bersama seorang perempuan yang tidak dikenalinya sedang bergurau senda dan kai nampak begitu bahagia. Pertama kali dia melihat kai begitu gembira. Perempuan itu memukul lengan kai manja. Hatinya bagaikan ditusuk-tusuk.

Dimanakah Hanna hendak duduk?sedangkan perempuan itu duduk di kerusinya di sebelah kai.

Persoalannya sama seperti bagaimanakah Hanna ingin meletakkan hatinya untuk kai? Sedangkan yeoja itu seperti sudah memberi tanda untuk kai mencintainya.

Kai yang baru tersedar kelibat Hanna terus memanggil Hanna. Hanna berasa sedikit gembira. Dia pun menghampiri kai. Lantas kai berdiri lalu berbisik ke arah Hanna.

"Hanna boleh tak awak duduk di tempat lain sebab saya nak Lee Boona duduk sebelah saya" kai berbisik perlahan. Mungkin takut didengari yeoja itu. Kegembiraan yang baru sedikit dikecapi Hanna kini bertukar menjadi derita kerana menanggung sakit hati.

"Siapa Lee Boona?" Soal Hanna berbasa-basi.

"Kenalkan Lee Boona pelajar baru kelas kita" Kata kai dengan suara yang sedikit kuat tidak lagi berbisik seperti tadi. Lalu Lee Boona pun tersenyum dan menghulurkan salam.

"Annyeong,Lee Boona imnida. Boleh panggil boona je" katanya ayu. Perwatakannya begitu lemah lembut. Mungkin sebab itu kai menyukainya.

Hanna pun menyambut huluran salam Lee Boona namun hanya tersenyum tawar!Jangan nak tersenyum manislah perampas. Menyampah.

"Jadi,boleh tak" Kai kembali berbisik ke arah ku sambil tersengih. Kenapa kai ni! Dah angau kerr..?

"Emm, mestilah boleh" Hanna bersetuju dan tersenyum ke arah kai. Kai nampak begitu gembira lalu terus memeluk Hanna. Hanna terpaku!

"Gumawo Hanna, awak memang sahabat saya yang paling baik. Nampaknya saya sudah menemukan cinta sejati saya" terus kai melepaskan pelukan dan kembali melayan Boona seperti tadi. Hanna masih terpaku seperti itu selepas dipeluk oleh kai tadi. Hatinya begitu sakit seperti ditusuk-tusuk menggunakan pisau.

Sia-sia sahaja dia mencintai kai kerana selama ini dia cuma bertepuk sebelah tangan. Kai cuma menganggapnya sahabat!

Sepanjang masa pembelajaran, Hanna hanya termenung dan tidak dapat menumpukan perhatian. Dia duduk disebelah seungri. Namun seungri adalah seorang yang malas belajar dan kerjanya hanya tidur didalam kelas.Bosan!

"Kai jom lah ke kantin" ajak Hanna sebaik sahaja lonceng rehat sudah dibunyikan.

"Awak pergilah dulu. Saya nak pergi dengan boona" Kata kai lalu mengajak boona untuk ke kantin. Hanna tersinggung dengan kelakuan kai itu. Dia pun terus berlalu dari kelas itu!

Kai merasa telah jatuh cinta terhadap boona. Perwatakan ayu dan lemah lembut yeoja itu menarik perhatian kai. Lee boona juga begitu cantik. Mungkin sebab itulah juga kai menyukai boona.

"Aaaaa" kai turut ternganga apabila ingin menyuapkan makanan ke arah lee boona.

"Kai, tak payah lah suap. Saya boleh makan sendirilah" kata lee boona lalu tergelak kecil.

"Cepatlah makan. Penat tangan saya suap ni. Kalau tak saya merajuk" kai berkata manja!uweekk. Hahaha.

"Yelah" terus boona makan makanan yang disuapkan kai itu kemudian tersenyum. Lee Boona sangat senang dengan sifat terbuka kai itu. Sedikit demi sedikit mula timbul rasa cinta dihatinya!Nampaknya kai tidak akan bertepuk sebelah tangan.

Kim Hanna tidak ke kantin sewaktu itu kerana hatinya sungguh berat untuk melihat kai bersama Lee boona. Dia hanya ke tandas dan kemudian kembali ke kelas dengan perasaan yang sedih. Hari ini, kai telah berubah serta merta.

Perhatiannya,senyumannya,matanya hanya ditumpukan ke arah lee boona. Dia berasa sangat cemburu kerana sebelum boona muncul, perhatian kai hanya kepadanya. Namun,hati manusia siapa yang tahu!Sangat mudah untuk berubah.

Hari telah pun mendung menandakan hujan akan turun membasahi bumi. Semua pelajar sudah bersedia untuk balik ke rumah masing-masing. Hanna terus berjalan tanpa menyedari hujan yang sudah mula turun setitik demi setitik ke badannya. Hujan itu mulai lebat mencurahi bumi.

Belum sempat Hanna berteduh dia ternampak kai yang sedang berjalan menuju ke arahnya sambil memegang payung. Mungkin ingin memayungkan aku!tekaan Hanna.

Namun tekaannya silap belaka. Kai hanya melimpasi Hanna dan terus berjalan ke arah boona yang berada sedikit jauh dibelakang. Hanna pantas menoleh.

Kai sudah pun memberikan teduhan ke arah boona dengan payung tadi lalu mereka pun berlalu pergi sehingga tidak nampak dipandangan Hanna seperti hilang ditelan bumi.

Hanna disitu hanya kaku sambil memeluk tubuhnya yang kesejukan akibat terkena air hujan dan menundukkan kepalanya. Sayu dan pilu!Dia sedikit pun tidak berganjak dari situ. Sedikit demi sedikit air matanya mulai jatuh bercucuran.

Walaupun badannya sejuk disirami air hujan namun hatinya begitu panas membara!

"Ternyata aku telah silap mencintai" kata Hanna.

To be continued. . .
What the f... hati kai telah beralih!! Kenapa begitu mudah. Emm!nantikan chapter seterusnya.btw flashback psal gikwang akn diteruskn nty!~

MidnightWhere stories live. Discover now