Part 17

190 28 1
                                    

Lee boona berjalan bersendirian ke perpustakaan untuk meminjam buku. Dia hanya keseorangan dan dia berasa hairan kerana tiada seorang pun murid perempuan yang ingin berkawan dengannya. Hanya kawan lelaki yang sentiasa ingin menghampirinya.

Sedang lee boona berjalan kai telah mendukungnya dari belakang dengan gaya bridal style.

"Eh,apa ni yeobo lepaslah. Nanti jatuh,awak juga yang susah" risau boona.

"Chagiya,jangan lah risau saya takkan lepaslah. Mana mungkin saya biarkan chagi saya ni jatuh" pujuk kai.

"Pandai nya awak ni pujuk" kata lee boona sambil tersengih.

"Mestilah,gentle lah katakan" perasan kai. Kemudian mereka berdua ketawa bersama.

"Kai saya berharap awak tidak akan meneruskn hubungan dengan lee boona. Dia itu penipu kai. Dia tu curang. Saya tak nak awak terluka" Monolog hanna didalam hati. Hanna yang tadi berjalan terhenti kerana melihat kemesraan pasangan kekasih itu.

Tiba-tiba pinggang hanna dipeluk dari belakang. Hanna sangat terkejut dan kaku tidak dapat bergerak.

"Curi-curi tengok orang ye" tuduh doojoon.

"A_a takde lah" Hanna terus berpusing menghadap Doojoon dan mukanya tiba-tiba merona merah. Doojoon tersenyum.

"Jomlah pergi kelas. Takde apa yang seronok untuk awak tengok di sini" ajak doojoon lalu memegang tangan Hanna.

"Jomlah" jawab hanna bersetuju. Betul kata Doojoon tiada apa yang penting untuk dilihatnya. Mereka pun berjalan sambil berpegangan tangan.

Sebenarnya Doojoon tahu yang Hanna terluka melihat kai mesra dengan lee boona. Sebagai kawan rapat gikwang,Doojoon ingin menjaga Hanna dan tidak mahu membuatkan Hanna berasa terluka.

Skip

Semasa waktu rehat,Hanna dan tiffany makan bersama-sama di kantin. Mereka berbual-bual pasal hal yang mereka cakap kan di telefon semalam.

"Fany,betul ke apa yang awak cakapkan semalam. Betul ke lee boona tu curang" soal hanna bertalu-talu.

"Betul Hanna,saya tak tipu." Jawab tiffany bersungguh-sungguh. Hanna diam.

"Cuba awak tengok tu. Lee boona" Tunjuk tiffany. Hanna melihat yang lee boona sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbit dan seperti mencurigakan.

Kemudian,kai datang menghampiri lee boona lantas boona mematikan taliannya.

"Awak tahu tak,dia selalu juga berhubung dengan park jimin. Namun,di hadapan semua orang dia berlagak baik" sindir tiffany.

"Fany,awak tunggu sini dulu." Arah Hanna kemudian berlalu ke tempat kai.

"Hanna apa awak nak buat?" Soal tiffany namun tiada jawapan dari hanna kerana hanna laju meneruskan perjalanannya ke meja makan kai dan boona.

"Eh,Hanna apa awak buat di sini" tanya kai kehairanan apabila melihat Hanna yang membuat muka serius.

"Kai,saya nak cakap dengan awak sekejap. Penting" ajak Hanna.

"Ermm,ok apa dia" soal kai. Boona hanya mendiamkan diri.

"Awak tahu tak sebenarnya awak tengah dipermainkan oleh boona. Boona dah ada Namchin lah di sekolah lama dia" terang Hanna. Lee boona begitu terkejut kerana takut rahsianya pecah.

"Awak jangan nak main-main Hanna. Saya tahu yang awak cemburu sebab tu lah awak cakap macam tu" kata kai tegas.

"Betul ke Lee Boona?" Soal kai lagi sambil memandang wajah boona.

"Ta_taklah kai. Saya cuma ada Namchin seorang je iaitu awak. Saya cintakan awak seorang je" gagap boona menjawab.

"Betul?" Tanya kai lagi.

"Betul kai. Takkan awak lebih percaya kan dia daripada saya. Saya ni yeochin awak" terang Boona kemudian menangis.

"Awak dengar tu hanna. Saya tak nak dengar lagi apa yang awak nak cakap pasal boona. Hanya dia yang saya sayang." Kata kai lagi. Kai begitu marah apabila Hanna menuduh boona sembarangan.

"Ta_tapi betul kai. Saya tak tipu. Takkan lah awak lebih percayakan boona sedangkan awak lebih lama kenal saya. Dasar perempuan penipu. Kalau awak tak percaya kai awak tanya tif. . ."

PAPP

Belum sempat hanna meneruskan cakapnya. Tangan kai telah sampai dipipinya. Kai sudah tidak tahan bila hanna mengutuk kekasih hatinya itu. Hanna begitu terkejut dan lee boona hanya tersenyum sinis.

"Sa_sanggup awak tampar saya kai" Hanna berkata sedih. Air mata mula bertakung di kelopak mata.

"Sekali lagi kau cakap macam tu,aku takkan teragak-agak untuk berkasar dengan kau Kim Hanna. Kau bukan sesiapa aku. Kau cuma kawan yang tak memberi erti apa-apa." Kata kai berang. Penggunaan kata kai pun berubah menjadi aku kau.

"Jom chagi,jangan pedulikan dia" kata kai yang bercakap dengan boona lalu dia memegang erat tangan boona. Sempat lee boona melirik ke arah hanna dan memberikan hanna senyuman sinis yang penuh dengan sindiran.Mereka berdua pun berlalu dari kantin itu. Semua mata yang ada dikantin itu memerhatikan drama yang berlaku dihadapan mereka.

Hanna terpaku. Airmatanya terus tumpah bersama esakan. Tiffany terus datang untuk menenangkan Hanna. Tiffany berasa bersalah kerana memberitahu hanna perkara itu.
Tbc
Part ni pendek je. Mhianae.
Please vote.
Saya mohon sesangat.
Undian anda sangat saya perlukan untuk menambahkan semangat saya dan serta merta memberikan saya idea untuk meneruskan cerita ni. TQ^^

MidnightWhere stories live. Discover now