Part 10

255 30 0
                                    

Kai pergi ke satu hutan yang begitu unik. Hutan itu tidak menyeramkan malah disebalik hutan itu terdapat banyak bunga yang berwarna-warni dan mempunyai pokok-pokok yang besar. Keadaannya indah seperti taman bunga. Hanya orang tertentu yang tahu tempat itu dimana.

Dia sengaja pergi ke sana untuk menghilangkan rasa bosan. Semasa sampai ke hutan itu, dia terus memanjat pokok itu dengan sepantas kilat menggunakan kuasa wolf.
Kai duduk diranting kayu yang besar dan tinggi sambil menghadap matahari yang hampir terbenam.

Sedang kai leka memerhatikan matahari itu dia ternampak seorang perempuan yang jugak duduk diranting kayu tidak jauh daripada situ.

"Siapa yeoja itu" kai bermonolog sendirian. Dia pun terus memanjat dari ranting pokok ke satu ranting pokok yang lain dengan begitu laju. Dia pergi ke arah yeoja itu.

"Apa awak buat kat sini?" Soal kai tiba-tiba. Yeoja itu menoleh ke arah kai.

Kim Hanna

"Kai" sebut hanna terkejut. Kai juga terkejut dengan keberadaan Hanna disitu.

"Hanna_shi. Awak selalu ke datang sini" teka kai. Hanna mengangguk.

"Nae kai"

"Owhh. Saya jarang-jarang pergi ke sini." Kai bercerita. Kai pun duduk disebelah Hanna di atas ranting kayu itu.

Hanna lantas mendiamkan diri. Kai melihat ke arah Hanna yang nampak sedih.

"Kenapa ni Hanna" Tanya kai yang risau akan keadaan Hanna.

"Xde apa la" Hanna menafikannya. Padahal dia memang bersedih kerana teringat kisah silamnya bersama gikwang.

Kai ingin berdiri dan bersedia untuk memanjat turun. Hanna pelik!

"Kai,jangan tinggalkan saya" pinta Hanna sambil sempat memegang tangan kai. Sekarang ini memang dia memerlukan teman.

"Saya takkan tinggalkan awak la. Awak jangan risau saya pergi sekejap je" sejurus itu, kai terus memanjat untuk turun ke bawah. Dia memanjat turun juga dengan begitu laju. Hanya dalam sekelip mata. Dia kan wolf!

Tidak sampai beberapa minit, kai kembali semula ke atas. Dia mengambil beberapa kuntum bunga rose putih yang ada dibawah.

"Yeogi" kai memberi bunga itu kepada Hanna. Lambat Hanna menyambut. Melihat bunga itu menimbulkan lagi kesedihannya. Gikwang juga pernah memberikan bunga rose putih kepadanya dulu.

Kai hairan melihat Hanna yang semakin sedih. Tujuan dia mengambil bunga itu adalah untuk menggembirakan Hanna.

Hanna tiba-tiba menangis. Dia sudah tidak dapat menahan rintihannya lagi. Kai yang melihat Hanna menangis terus meletakkan kepala Hanna di dadanya dan tangannya memeluk Hanna. Hanna terus memeluk pinggang kai.

"Saya tahu awak ada masalah. Kalau awak rasa nak luahkan, awak luahkan je." Kata kai cuba meredhakan tangisan Hanna. Hanna dapat merasa sesuatu yang lain apabila begitu hampir dengan kai. Dia tahu dia telah jatuh cinta terhadap kai. Namun perasaan lelaki itu sukar di ketahui. Adakah dia juga merasakan yang sama?

Kai pun meleraikan pelukannya apabila Hanna sudah tidak menangis. Hanna pun tekad menceritakan kenangan silamnya kepada kai. Semakin lama dia menyimpan semakin sedih dan pilu hatinya.

Flashback

Didalam hutan puak vampire, semua vampire sedang berlatih berlawan. Namun Hanna dan Minhyuk hanya bermain-main.

"Awak tahu tak Hanna..."

"Tak!saya tak tahu" Hanna memotong percakapan Minhyuk. Dia memang suka menyakat minhyuk. Mereka sudah lama berkawan dan sekarang menjadi kawan rapat.

"Ishh!dengarlah dulu apa yang saya nak cakap ni" rengek minhyuk.

"Hehe" Hanna tersengih. Sememangnya dia suka membuat kawannya itu marah.

"Ketua kita ada buat pertandingan" terang minhyuk dengan semangat yang membara!

"Pertandingan apa" tanya Hanna selamba.

"Pertandingan rentas halangan sambil berlari. Siapa sampai dulu dia menang" kata minhyuk panjang lebar.

"Kalau menang dapat apa" Hanna ingin mengetahui ganjarannya!

"Tak dapat ganjaran. Tapi 10 vampire terawal yang sampai ke penamat akan terpilih untuk berlawan dengan werewolf" terang Minhyuk lagi.

"Alaa,tak seronoklah minhyuk. Mesti awak yang selalu menang. Saya pulak selalu tertinggal kat belakang." Rintih Hanna sambil membuat muka yang tak seronok.

"Tengoklah siapa saya. Saya kan the king of vampire" Minhyuk memuji dirinya sendiri dengan bongkak. Hanna hanya membuat muka menyampah!

"Eleh, puji diri sendiri nampak. Sepatutnya gelaran awak the ugly of vampire hahahah" ucap hanna kemudian tergelak. Minhyuk yang tidak puas hati terus menggeletek pinggang Hanna. Hanna yang kegelian terus berlari dan mengelak dari minhyuk.

Mereka pun berkejar-kejaran seperti kanak-kanak. Vampire yang lain hanya menggeleng dengan tingkah laku mereka yang seperti keanak-anakan itu.

Dari jauh ada sepasang mata yang sentiasa memerhatikan Hanna. Dia telah lama menyimpan perasaan cinta terhadap Hanna.

Hari yang ditunggu telah tiba. Pertandingan rentas halangan itu akan dimulakan hari ini. Semua vampire sudah mempunyai persediaan fizikal. Mereka semua sentiasa berlatih sebelum hari pertandingan mula.

Di garisan permulaan, semua vampire sudah pun dalam keadaan bersedia dan tidak sabar untuk memulakannya termasuk Hanna dan Minhyuk.

"Kamu semua mesti merentasi halangan yang sentiasa ada didalam hutan itu. Jika kamu tersilap langkah kamu semua akan mati. Tetapi jika kamu ialah sepuluh orang pertama yang sampai di garisan penamat. Saya akan memilih kamu untuk berlawan dengan wolf." Ailee sempat memberikan mereka arahan sebelum pertandingan dimulakan.

Pappp

kayu dibunyikan menandakan pertandingan sudah dimulai.

To be continued. .
Baca part seterusnya. .
Vote dan komen. .

MidnightWhere stories live. Discover now