Hanna memandang pokok-pokok di dalam hutan itu lalu dia mengukir senyuman. Bunga ros putih yang berada di tangan, dia rapatkan ke dada. Tiba-tiba seseorang memeluk Hanna dari belakang.
"Hanna, buat apa kat sini?" Tanya kai manja. Hanna memandangnya.
"Saja, saya betul-betul bersyukur sebab awak masih hidup." Jelas Hanna. Kai memegang kedua bahu Hanna.
"Saya tak akan tinggalkan awak. Lagipun sebab kejadian itu lah, saya dapat dengar isi hati awak yang sebenar-benarnya. Saya tahu awak masih cintakan saya..." ujar kai lalu membelai rambut Hanna.
Kim Hanna pov**
"Batu permata tu memang berguna kan. Awak selamat sebab batu tu. Dan Baekhyun dah tukar balik jadi wolf. Tapi batu permata tu cuma boleh buat dua permintaan je. Sekarang batu tu tak boleh guna." Ucapku panjang lebar. Kai mengangguk perlahan.
"Hanna saya minta maaf sebab sebelum ni saya lukakan hati awak. Saya tak tahu perasaan awak. Awak nak tahu sesuatu tak?" Soalnya.
"Nak..." jawabku sepatah.
"Sewaktu saya dengan lee boona, saya tak ada perasaan pun dengan dia. Perasaan saya dari awal lagi untuk awak. Saranghae Kim Hanna!" Ucapnya sambil memandang tepat ke arah mataku. Mata kami saling bertaut.
"Nado Saranghae Kim Jong In." Dengan penuh cinta aku melafaskan kata-kata keramat itu. Kai tersenyum puas mendengar luahanku.
"Jom pergi gua, yang lain dah tunggu kat sana." Aku mengangguk.
Sewaktu dalam perjalanan ke gua, aku pasti yang aku nampak gikwang di sebalik pokok. Aku mengerutkan dahi!
Namun dia tersenyum manis memandangku. Aku membalas! Selepas itu bayangnya hilang begitu sahaja. Jujur, mataku tercari-cari kelibatnya. Namun tiada.
"Awak tengok apa tu?" Soal kai bingung dengan aku. Aku menggeleng lalu tersenyum gembira.
Kini
Aku sudah tahu yang tadi itu adalah roh gikwang. Aku harap dia tenang di sana. Aku pasti dia sedang gembira melihat keadaan aku sekarang.
"Terima kasih Lee Gikwang sebab pernah memberikan seluruh cinta awak pada saya. Saya tak akan pernah lupakan awak." Bisik hatiku. Aku pasti dia mendengar.
***
"Lambatnya korang, pergi dating ea?" Sakat Chanyeol.
"Kau apa tahu?" Gurau kai. Mereka semua terus tergelak. Kelihatan baekhyun yang begitu gembira. Aku pasti, dia juga gembira seperti aku.
"Dah...dah, jom makan." Arah Suho, ketua mereka yang sentiasa berfikiran matang. Semua makanan di bufet disediakan oleh chef kyungsoo! Huhu!
Jamuan ini sempena meraikan penghujungan cerita hidup kami. Ceh! Aku menghampiri Harra unnie. Dia sedang sibuk memilih makanan.
"Unnie..." kejutku dari belakang.
"Oh mak kau!" Dia melatah lalu aku tertawa halus.
"Apa main-main mak ni unnie.. " sakatku. Dia dah bercekak pinggang.
"Pandai-pandai je kejutkan unnie, nasib baik tak gugur jantung ni." Kata unnie.
Tiba-tiba mata kami semua terarah kepada beberapa figura yang sedang masuk ke dalam gua. Lee boona dan Kang Minhyuk! Aku terkejut dengan kedatangan mereka.
Kami semua memandang dengan perasaan yang pelik. Namun aku betul-betul rindu dengan minhyuk, sahabat baik aku suatu ketika dahulu.
"Jangan lah tengok kami macam tu, ingat kami ni orang jahat ke?" Sakat lee boona ceria.
"Yelah, kitaorang nak tumpang makan je." Sambung minhyuk. Keadaan mula menjadi riuh dan kami semua mengalu-alukan kedatangan mereka berdua.
"Wei minhyuk, dah lama aku tak tengok kau. Makin macho aku tengok!" Gurau baekhyun lalu menepuk bahu Minhyuk.
"Kau pun... apa kurangnya." Balas minhyuk. Terpancar kegembiraan di wajah mereka.
"Hai handsome. Macamana dengan awak? Dah okey?" Sapa lee boona terhadap kai. Riak mukaku yang gembira terus berubah menjadi keruh.
"Hai.. tak habis-habis lagi cinta tiga segi korang ni." Sakat Sehun yang tidak menyedapkan hatiku. Kai terus memandangku.
"Manada tiga segilah. Tak adil lah macam tu, cinta empat segi baru cun!" Kami semua menoleh kan kepala ke arah suara itu.
Kelihatan Doojoon dan Tiffany yang juga baru muncul dari luar. Mereka semua sudah tergelak kecuali aku yang sudah membatu kerana malu.
"Hanna, rindunya dengan kau!" Pekik Tiffany lalu berlari mendapatkan aku. Dia pantas memelukku dan aku membalas.
"Awak jangan heranlah dengan kata-kata diaorang tu. Gurau-gurau je tu ... nanti aku cekik seorang-seorang baru tau!" Aku terus ketawa dengan cebikan Tiffany. Dia memang selalu macam ni.
"Ketawa pun buah hati saya ni. Jangan cemburu lah, gurau-gurau je tu." Kata kai lalu merangkul bahu aku.
"Saya okeylah, tambahan lagi ada cinta empat segi saya dekat sini." Aku memyakat kai. Doojoon tersengih memandangku. Riak wajah kai terus berubah muram.
"Yelah Kim Jong In. Saya pun bergurau jugak macam awak tadi. Janganlah buat muka masam." Muka kai kelihatan merah mungkin menahan malu. Yang lain sudah tergelak sakan.
"Eh, dah...dah, lah dengan cerita korang ni. Sampai esok pun tak akan habis. Jomlah serbu makanan tu. Siapa lambat dia tak dapat." Sergah xiumin. Kami semua terus menghampiri bufet.
To be continued...

ANDA SEDANG MEMBACA
Midnight
LobisomemGenre: werewolf,vampire,love Sinopsis: Hanna dan gikwang adalah pasangan kekasih. Namun dalam satu tragedi yang pahit, Hanna harus terpaksa kehilangan gikwang. Namun, pintu hatinya dibuka kembali oleh lelaki yang bernama kimJongIn. Nasib tidak selal...