Part 11

252 32 3
                                    

-Still flashback-

Pappp

Kayu dibunyikan menandakan pertandingan sudah dimulai.

Semua vampire terus berlari sepantas kilat. Masing-masing berusaha. Setelah beberapa minit mereka berlari, ada sebuah gaung yang lebar jaraknya. Mungkin susah untuk diseberangi.

Hanna melihat yang Minhyuk sudah berjaya melepasi gaung yang gelap dan dalam itu.

Hanna pun cuba untuk melepasi gaung itu dengan terbang. Akhirnya dia selamat sampai ke seberang. Semua vampire dapat melepasi halangan pertama. Itu hanya perkara senang bagi vampire.

Mereka pun meneruskan larian tadi. Kemudian mereka sampai ke suatu kawasan hutan yang begitu tebal! Mereka berhenti disitu apabila mendengar suatu bunyi.

Hanna perasan yang disebalik hutan itu seperti ada bergerak-gerak. Tiba-tiba sekumpulan babi hutan datang dari sebalik semak dan menyerbu semua vampire itu.

Ada yang pantas membelasah haiwan itu dan ada yang mengelak sahaja. Ada juga beberapa vampire yang mati akibat tidak sempat bertindak!

Hanna sungguh tidak menyangka ada beberapa vampire mati akibat rempuhan haiwan itu. Kakinya terasa kaku dan dia seolah-olah tidak dapat bergerak dari situ. Haiwan itu berlari dan seperti ingin merempuhnya. Hanna sudah berusaha untuk bertindak namun dia tidak berdaya. Hanna terfikir mungkin hayat nya hanya tinggal disini. Dia hanya menutup matanya.

Tiba-tiba dia merasa seperti dirempuh. Namun bukan haiwan itu yang merempuhnya. Seorang vampire telah menolongnya dan menolaknya ke tepi. Hanna terbaring dan lelaki itu berada di atasnya. Dia ingin bangun dari baring namun lelaki itu terdiam sambil memandang tepat ke arah mata Hanna.

"Emm awak" panggil Hanna apabila lelaki itu seperti tidak mahu bangun dari merempuhnya.

"A_Mhianaeyo" terus lelaki itu bangun kemudian dia menghulur tangan kepada hanna untuk membantu hanna berdiri. Hanna pun menyambut huluran tangan itu. Lelaki itu tidak pernah menyangka bahawa dia sekarang telah menyelamatkan orang yang dicintainya dalam diam.

"Korang okay" Minhyuk yang tiba-tiba muncul bertanya keadaan mereka.

"Okay je minhyuk" jawab lelaki itu.

"Awak kenal dia ke Minhyuk" soal Hanna kepada Minhyuk apabila melihat keakraban mereka berdua.

"Mesti lah kenal. Dia kan kawan rapat saya juga. Saya terlupa nak kenalkan." Ujar minhyuk sambil memeluk bahu lelaki itu.

"Gikwang" lelaki itu memperkenalkan diri dan menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Kim Hanna" lalu Hanna menyambut salam gikwang. Gikwang pun tersenyum ke arahnya. Namun hanna dapat merasakan senyuman itu mempunyai makna yang sukar ditafsir.

"Eh dah lah saya pergi dulu. Dah lambat ni" kata minhyuk apabila melihat ramai sudah vampire meneruskan larian mereka. Dia pun pecut dengan sepantas kilat.

Hanna juga mengikut minhyuk dari belakang. Kemudian dia melihat yang gikwang sudah sebaris dengannya dalam larian itu. Gikwang seperti ingin menghampirinya.

Mereka berlari dan terus berlari sehingga sampai disuatu tempat yang anginnya terlalu kuat dan dapat menerbangkan vampire-vampire itu.

Hanna yang terasa susah untuk melangkahkan kaki kerana angin yang terlalu kuat itu mengeluh. Rambutnya berterbangan! Nasib dia mengikat satu rambutnya.

Tiba-tiba gikwang memegang tangan Hanna dan membawa Hanna merempuh angin itu. Hanna terkejut dengan tindakan drastik gikwang! Tapi dia berasa lega. Mereka pun dapat keluar dari kawasan yang berangin itu.
Ada juga vampire yang terkorban.

Dengan kesulitan dan kepayahan mereka menempuh halangan itu bersama. Gikwang sentiasa menjadi penyelamat Hanna di setiap halangan.

Tibalah mereka dihalangan yang terakhir. Mereka mesti berlawan dengan werewolf. Sekumpulan werewolf yang ada dikawasan itu sudah bersedia untuk menerkam mereka.

Semua vampire itu terus berlawan dengan wolf. Ada juga yang kalah dan ada juga yang menang. Tetapi semakin lama beberapa orang vampire itu menyerah kalah kerana terlampau penat. Hanya tinggal beberapa orang vampire lagi yang belum menyerah.

Gikwang dan minhyuk juga turut membelasah wolf itu. Hanna tidak bertindak kerana bila dia melihat wolf dibelasah teruk, timbul rasa kasihan dihatinya. Dia terasa hendak menangis apabila melihat semua wolf meraung kesakitan.

"Hanna khaja. Kita sudah pun berjaya" ajak gikwang ke garisan penamat. Namun hanna tidak mahu mengikut kerana dia tidak sanggup untuk berlawan dengan werewolf. Dia teringat yang sepuluh orang pertama yang sampai ke garisan penamat akan terpilih untuk berlawan dengan wolf.

"Saya tak sanggup melihat wolf dibunuh gikwang" kata Hanna.

"Xpe,Saya ada. Saya janji kita takkan bunuh wolf lepasni" Terus gikwang memegang tangan Hanna dan membawa Hanna terbang untuk ke garisan penamat.

Hanna hanya mengikut apabila gikwang sudah berjanji. Mereka pun sampai ke garisan penamat.

Minhyuk adalah orang yang pertama sampai ke penamat manakala gikwang mendapat tempat keempat dan hanna tempat kelima. Ada beberapa vampire lain juga yang turut berjaya.

Di acara pemilihan,mereka telah dipilih oleh ailee. Yang lain berasa gembira kecuali Hanna.

"Saya nak kamu semua sentiasa berlatih sebelum tiga purnama. Kamu semua mesti membunuh werewolf itu dan jika kamu melanggar peraturan kamu akan dibunuh." Tegas Ailee kemudian dia terus berlalu pergi.

Semua vampire itu terus merehatkan diri. Penat semalam masih lagi terasa. Hanna duduk di sebuah kayu yang bersaiz besar sambil merenung bintang-bintang dilangit.

"Boleh saya duduk" seseorang bersuara. Lalu hanna menoleh.

"Gikwang_shi duduklah" pelawa hanna sambil menepuk tempat duduk disebelahnya. Gikwang pun duduk disebelah Hanna. Kemudian masing-masing mendiamkan diri. Hanya ditemani bunyi cengkerik.

"Gumawo sebab awak sentiasa tolong saya semasa rentas halangan tu" kata hanna memecah kesunyian.

"Cheonman" jawab gikwang sepatah.

Keadaan kembali sunyi dan menimbulkan debar dihati masing-masing. Hanna merasa telah menyukai gikwang sedikit demi sedikit.

"Kalau lah orang yang saya cinta dapat membalas cinta saya kan" gikwang bersuara sambil memandang bulan yang terang.
Hanna terkejut dengan percakapan gikwang itu. Namun dia berasa sedikit cemburu! Siapa kah yang gikwang cintai? Hanna tertanya-tanya.

"Saya harap begitulah" jawab hanna perlahan. Gikwang memandang mata hanna sambil tersenyum. Bila mereka bertentang mata hanna terasa hatinya berdebar-debar.

"Kenapa awak sanggup tolong saya masa rentas halangan tu. Awak memang baik dengan semua orang ke?" Tanya hanna pelik.

"Taklah,saya baik dengan awak je" bisik gikwang ditelinga hanna. Kedudukan mereka semakin hampir.

"Tapi kenapa" semakin perlahan hanna bersuara apabila gikwang semakin hampir dengannya. Hati pulak semakin berdebar.

"Sebab awaklah orang yang saya cintai. Dah lama saya simpan perasaan ini. Macam saya cakap tadi saya mengharapkan orang yang saya cintai membalas cinta saya. Saranghae Kim Hanna" Gikwang membuat pengakuan dan dia tersenyum melihat muka hanna yang semakin merah!mungkin menahan malu.

[Muncul lagu fiction-beast]

"Saya tahu awak takkan balas cinta saya hanna" sambung gikwang apabila melihat hanna hanya diam seperti memikirkan sesuatu.

"Nado saranghae" Hanna bersuara sambil tersenyum. Gikwang terus menoleh ke arah Hanna dan dia berasa gembira. Perlahan-lahan dia mendekati muka Hanna dan dia mencium bibir hanna perlahan. Hanna membalas ciuman itu.

To be continued. .
Hehe. Sorry byuntae sikit. Tak banyak sikit je!
Baca flashback seterusnya di part 12.
Vote/komen

MidnightWhere stories live. Discover now