Part 12

206 29 2
                                    

Sudah hampir dua bulan Kim Hanna dan Gikwang menjadi pasangan kekasih. Hanna semakin menyayangi gikwang kerana dia merasa sentiasa disayangi dan dilindungi oleh kekasihnya itu.

Hanna hanya duduk termenung sambil memerhatikan vampire yang lain berlatih dan berlawan sesama sendiri untuk persediaan berlawan dengan puak wolf nanti. Dia juga sepatutnya berlatih namun fikirannya terganggu.

"Chagiya, kenapa tak berlatih lagi? perlawanan dengan puak wolf kan dah semakin dekat?" Tegur gikwang dan serta merta mematikan lamunan Hanna.

"Hmmp. Kan saya dah kata saya rasa takut nak lawan dengan puak wolf. Saya rasa kasihan bila tengok wolf itu meraung kesakitan. Saya pun tak tahu kenapa." Terang Hanna berserta keluhan.

"Kita terpaksa. Kita mesti juga lawan wolf-wolf itu. Kalau kita tak lawan puak wolf itu kita yang di bunuh. Saya tak nak tengok awak dibunuh oleh Ailee yang kejam itu sebab saya sayang kan awak" kata gikwang lalu menggenggam kemas tangan Hanna.

"Urmm, Nae yeobo. Tengok lah dulu." Kata Hanna lalu tersenyum tawar.

Hari yang tidak dinantikan Hanna pun telah tiba. Malam yang sejuk dan bulan yang mengambang tambah menyeramkan lagi keadaan. Semua vampire sangat bersemangat kecuali Hanna yang hanya berdiam diri.

Puak vampire dan puak wolf itu sudah pun berada di tempat perlawanan. Hanna yang sedang berdiri di sudut tepi terasa gemuruh dan gikwang sentiasa memberikan semangat kepadanya.

"Kami dari puak wolf secara langsung tak nak berlawan dengan puak vampire. Kami tak nak bermusuh. Jadi boleh tak korang hentikan saja semua ini?" Kata salah seorang werewolf itu. Wolf yang lain juga turut bersetuju. Hanna juga berpendapat sedemikian.

"Mana boleh. Vampire dengan wolf sampai bila-bila pun tak boleh aman. Kami akan tetap teruskan perlawanan ini" kata salah seorang dari puak vampire sambil bernada sinis.

"Mwo?Waeyo? Kenapa puak vampire ini sungguh kejam?" Soal wolf itu.

"Sebab semua vampire memang bersifat kejam. Sudah, jangan tanya lagi" sejurus kemudian puak vampire itu pun maju ke depan lalu menerkam wolf-wolf itu dengan kuku mereka yang panjang. Puak wolf seperti terpaksa melawan dan bertukar sepenuhnya menjadi seekor serigala. Hanna yang masih berada di belakang hanya terpaku.

Dia hanya melihat aksi vampire yang mencederakan wolf itu. Hanna tidak sanggup untuk melihat ini semua. Semakin ramai wolf yang tercedara. Ada juga yang cedera parah.

Tiba-tiba Hanna tanpa sengaja melihat minhyuk kawan rapatnya mengacukan sesuatu benda yang tajam ke arah seekor wolf. Itu bermakna minhyuk ingin membunuh wolf itu.

Wolf itu sedang terbaring kesakitan. Belum sempat minhyuk menghunuskan benda tajam itu Hanna terus datang menghalang sambil mendepakan tangannya.

Minhyuk begitu terkejut kerana sedikit lagi dia hendak terbunuh kawan baiknya sendiri.

"Minhyuk,Hajima" teriak Hanna sambil menutup matanya. Dia takut sekiranya benda tajam itu terkena dia.

"Hanna,kenapa awak halang?sikit lagi terkena awak , tahu tak." Minhyuk melepaskan amarahnya.

"Mhianaeyo,saya tak_tak boleh tengok wolf cedera" kata Hanna sedikit kuat sambil menarik perhatian vampire lain.

Serta merta semua vampire terhenti berlawan apabila mendengar Hanna berkata begitu.

"Baiklah,kami akan lepaskan kamu. Tapi untuk kali ini sahaja. Pergi" Tiba-tiba salah seorang vampire berkata begitu kepada puak wolf yang sudah ramai terbaring kesakitan. Semua wolf itu pun berlalu pergi dengan cedera yang ada di badan.

Semua vampire terus menghampiri Hanna. Hanna berasa takut diperhatikan begitu oleh semua vampire. Minhyuk hanya berdiam diri.

"Kau mesti ikut kami jumpa ketua" arah salah seorang vampire itu.

"Wae?" Soal Hanna perlahan.

"Sebab kau dah langgar peraturan. Kau mesti dibunuh. Ketua akan bunuh vampire yang ada belas kasihan terhadap wolf. Kau faham tak. Kau telah mengkhianati puak vampire" terang vampire itu lagi dengan mata yang merah menyala. Hanna sudah pun merasa takut kerana vampire-vampire itu seperti hendak menerkamnya.

"Berilah saya peluang. Saya janji saya takkan ulangi kesilapan saya lagi" rayu Hanna.

"Tak boleh. Kalau kau nak peluang pergi merayu dekat Ailee" mereka semua pun merentap tangan Hanna dengan kuat. Minhyuk seperti serba salah.

"Hentikan" Gikwang tiba-tiba datang dan terus pergi ke sisi Hanna. Hanna merasa sedikit lega.

"Jangan risau. Saya akan tolong awak dan saya sentiasa ada dengan awak" bisik gikwang ke telinga Hanna. Hanna berasa tersentuh kerana gikwang sanggup membelanya.

"Kau jangan nak masuk campur. Ini cuma urusan Ailee dengan dia" tegas vampire itu.

"Urusan Hanna urusan saya jugak" kata gikwang sambil menggenggam erat tangan Hanna.

Vampire itu terus menarik tangan Hanna namun gikwang menendang vampire itu sehingga vampire itu jatuh.

"Kurang ajar" kata vampire itu. Vampire yang lain menolong vampire itu berdiri.

"Baiklah saya akan temankan Hanna jumpa ketua. Korang semua tak perlu susah kan diri" gikwang pun terus membawa Hanna balik ke hutan puak vampire.

"Jangan risau. Saya akan lindungi awak. Saranghae" sempat gikwang berbisik ke arah Hanna semasa dalam perjalanan itu.

Setelah mereka semua sampai di hutan puak vampire Hanna terus dibawa berjumpa dengan Ailee iaitu ketua mereka.

"Ketua, Kim Hanna telah mengkhianati puak kita. Semasa kami berlawan tadi dia hanya berdiam diri dan mengasihani wolf itu" terang vampire tadi panjang lebar.

"Adakah itu benar Hanna?" Soal Ailee meminta kepastian. Hanna hanya mengangguk perlahan.

To be continued. .
Undi/vote
Kepada pmbaca secara senyap tu tolong la vote. .
Korang tak tahu ke nak vote.
Tak susah. Tekan je tempat bintang tu. K .
Chia chia chia!!

MidnightWhere stories live. Discover now