Hi nama aku Rania Auleea. Aku berusia 24 tahun dan bekerja menjadi seorang guru sekolah menengah di Kuala Lumpur. Dah berpunya? Sudah tentu lah belum, aku sudah penat mengejar cinta yang kian pudar. Apa kata, cinta pula yang datang mengejarku? Haa baru lah adil kan? Okay merepek. Yup, memang aku ada crush. Tapi itu semua dulu lah. Bak kata pepatah, usah dikenang perkara yang lepas. So, perlukah aku terangkan kepada kalian?
Okay chill, aku akan terangkan. Well, cinta monyet. Biasa lah, berlaku kan? Aku, manusia biasa dan sama seperti manusia manusia lain, pernah wujud rasa cinta itu semasa di sekolah menengah. Tak pelikkan? Hampir bertahun jugalah aku menanggung rasa hati itu sehingga sekarang. Ya, aku langsung tak pernah meluahkan rasa tu. Biar tuhan sahaja yang tahu betapa kuatnya hati aku bertahan.
Hah berbalik kepada asal, selepas sahaja habis belajar, aku terus apply kerja jadi cikgu. Bukan apa, cikgu ni lebih banyak cuti berbanding kerja yang lain. So senang untuk aku balik jenguk ibu dan ayah dekat kampung tu. Oh lupa, sedang aku membebel bebel seorang diri di dalam bilik air di hadapan cermin ini, baru aku tersedar yang aku sudah lewat untuk ke sekolah! Tak patut, setiap hari membebel anak murid datang lewat, last last dia pun lewat. Puih.
Aku bergegas gegas ke sekolah dengan pantasnya. Ah, tidak perlu sarapan! Sarapan di kantin sahaja, walaupun masakan makcik kantin itu kurang sedapnya. Kedengaran suara Imanina iaitu housemate aku yang agak kecoh mulutnya memanggil aku dari dalam rumah. Benar, mulutnya kalah mulut mak nenek yang suka membebel tu.
"Rania! Asal kau kalut sangat ni? Penat penat aku sediakan sarapan ni, kau pergi macam tu aje? Sampai hati kau. Lain kali sumpah aku tak nak masakkan untuk kau dah. Kau pergi la beli makanan kat kantin yang tak sedap sana tu.." Kan aku dah cakap yang mulut si Imanina ni kalah dengan mulut nenek. Pot pet pot pet je kerja dia.
"Eh cik Imanina, better kau tengok jam tangan kau sekarang sebelum membebel kat aku. Kau agak agak sempat ke kita nak berdating sarapan kat sini? Dah cepat, karang aku tinggal kau. Jawab lah dengan pengetua nanti." Imanina dengan aku ni memang mengajar di sekolah yang sama. Kadang kadang aku dah muak melihat mukanya yang ada di mana mana. Nasib baik wajahnya tidak terpapar semasa tengah membuang seketul hajat. Eww.
Imanina tergopoh gapah memasuki Honda City ku. Kalau lah pelajar nampak sikap tergopoh gapah kami berdua ni, habis tercalar imej dan maruahku sebagai seorang guru yang lemah lembut dan sopan santun.
***
"Assalamualaikum cikgu Rania.." Murid murid memberi salam kepadaku tatkala kakiku melangkah ke kelas yang paling depan itu. Aku suka masuk kelas depan depan, diaorang dengar cakap. Kalau kelas belakang? Jangan harap, haram jadah depa nak dengar cakap kita.
Peperiksaan awal tahun sudah hampir, maka jadualku padatlah dengan segala kelas tambahan murid murid tingkatan 5. Masa dan jadualku bukan sahaja dipenuhi dengan kelas tambahan, malah kerja menanda kertas soalan juga telah menjadi tugasku. Tidak mengapa, janji duit masuk.
"Okay class, buka buku teks muka surat 20. Siapa yang tak bawa buku, sila keluar kedepan ketuk ketampi." Arahku. Aku memang pantang kalau ada pelajar yang malas nak bawa buku. Tak tahu erti syukur betul, dah kerajaan dah bagi pinjam buku dengan percuma pun still malas nak bawa. Ke nak suruh bayar buku dulu bar semua nak bawa?
Aku memandang sekeliling. Puas. Semua pelajar di kelas ini membawa buku teks masing masing. Bagus. Satu permulaan yang bagus untuk tahun ini, tidak macam tahun lepas. Asyik perlu menjerit saja.
Aku mulakan sesi pelajaranku dengan aman. Wah, tahun ni betul betul seronok, kerana dapat mengajar di kelas yang baik dan mendengar kata.
Untuk pengetahuan kamu kamu dan kamu, aku telah berkhidmat menjadi guru setahun yang lepas. Jadi, tahun ini adalah tahun yang kedua aku mengajar. Agak kekok jugalah untuk menyesuaikan diri, lagi lagi dengan budak budak nakal. Susah!
YOU ARE READING
Please Be Mine, Sayang.
RomanceHati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance