Terasa seperti bahuku digoncang berkali kali, aku terus membuka mataku. Ah silau! Bangun bangun sahaja aku sudah nampak dua wajah yang aku kenali. Satu wajah Imanina dan satu lagi wajah Bella. Aku pandang diriku, aku masih lagi berada di atas sofa berhadapan dengan televisyen.
"Lena tidur cik Rania Auleea? Dia yang ajak borak, last last dia pulak yang ternganga tidur. Kan Bella?" Tanya Imanina.
Bella mengangguk mengiakan.
Aku bingung. Bila masa aku tidur?
"Dah lama ke aku tidur?" Soalku kebingunan.
"Takde la lama mana, dalam satu jam lebih la jugak.." Jawab Imanina.
Aku menggosok gosok mataku. Lalu, phone yang ada di atas sofa aku ambil lalu membuka call log. Tiada nama Arash. Maksudnya, malam ni Arash belum membuat panggilan terhadapnya.
"Tadi masa kita borak borak bukan ke ada orang call aku? Lepas tu aku masuk bilik.." Soalku lagi. Ah aku benar benar bingung!
"Mana ada.. Yang aku tahu, kau borak borak dengan kitaorang sambil baring atas sofa tu.. Entah masa bila kau tertidur pun aku tak perasan," kata Imanina.
Aku mengangguk dan meng-o kan sahaja.
Jadi, semua itu mimpi?
"Kenapa akak Rania?" Bella membuka mulutnya.
"Eh takde apa apa lah, saje tanya.."
Aku masuk ke bilik untuk mencari teddy bear itu. Teddy bear itu elok sahaja terletak di meja tepi katil. Lalu WhatsApp yang kukirim beberapa jam lalu aku buka, masih belum dibalas. Baca pun belum.
Aku menepuk dahiku, ah rupanya aku bermimpi je yang pasal Arash call tu. Hakikatnya, dia langsung tak call. Kemudian, aku tersengih macam orang gila apabila teringatkan balik mimpi yang mengarut itu. Haish, memalukan aje. Dah la siap mimpi pasal aku dah couple dengan dia la. Aku menggelengkan kepalaku dan cuba untuk menghalau mimpi itu pergi.
Mimpi yang menggelikan hati.
Entah kenapa, aku masih lagi menunggu panggilan dari Arash. Walaupun aku tahu yang dia tidak akan call memandangkan jam pun sudah menunjukkan hampir pukul 11 malam.
Aku rasa macam tak bersemangat sahaja selepas mimpi itu. Ditambahkan pula dengan kata kata Arash yang tak tertunai itu. Cakap aje nak call, tapi langsung tak call!
Aku mencampak phoneku ke katil dengan kasar dan berlalu pergi keluar ke ruang tamu.
"Tak mengantuk lagi ke korang berdua ni? Bella, esok takde class ke?"
"Tak lagi, aku nak habiskan cerita ni.. Dah nak habis ni.." Jawab Imanina tanpa memandangku. Matanya masih fokus melekat di televisyen.
"Esok class Bella pukul 3.. So boleh la tidur lewat sikit malam ni," jawabnya sambil tersengih.
"Tadi abang Bella ada call Bella tak?" Tanya aku.
"Ada tadi, masa akak tidur. Dia tanya dah makan ke belum, buat apa, lepastu sempat lagi dia membebel kat Bella.. Baik tak payah call kalau nak membebel," jawabnya sambil membuat muka.
"Biasalah tu kalau dia membebel.. Maksudnya dia tu ambik perhatian kat Bella, dia sayangkan Bella.." Tuturku lembut.
Bella mengangguk.
***
Lama aku berbaring di atas katil memandang siling yang gelap dek tiada sinaran lampu mahupun apa apa sinaran. Disebabkan balik sekolah tadi aku sudah tidur, ditambahkan pula dengan tertidur di atas sofa itu, aku kini tidak dapat melelapkan mata.
YOU ARE READING
Please Be Mine, Sayang.
RomanceHati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance