Balik daripada sekolah, aku duduk di ruang tamu. Esok Imanina balik ke sini, rasa macam tak sabar sangat nak jumpa dia, rindu. Aku menilik jam yang masih melekap di tanganku itu. Lagi setengah jam sebelum Arash menjemputku.
Oh ya, sebentar tadi Arash ada mengajakku untuk temankan dia makan. Memandangkan aku kesunyian dan kebosanan di rumah, aku terima sahaja ajakan dia itu. Takde lah terperap aje dalam rumah tu. At least aku dapat segarkan mata aku dengan melihat alam sekitar.
Aku naik keatas nak bersiap untuk keluar bersama Arash. Bukan date okay? Ni keluar saja saja release tension. Aku sekadar mengenakan blouse maroon, skirt labuh dan shawl smooth pink. Simple.
Memandangkan cuaca pads hari ini tidak begitu panas, jadi aku tidak memakai sunscreen. Aku hanya oleskan sedikit bedak di sekitar wajahku dan lip tint di bibirku.
Sebelum keluar, sempat juga aku mengambil selfie. Entah lah, sudah menjadi habit burukku. Selepas berpuas hati menilik diri sendiri di hadapan cermin, aku turun ke bawah. Nampaknya, aku bersiap terlalu awal. Ataupun Arash yang lambat?
Sambil menunggu Arash, aku membuka handphone untuk menghilangkan rasa bosan yang bertakhta di hati itu. Aku menggigit bibir, rasa macam nak marah sangat. Aku paling benci orang yang tidak menepati masa. Tidakkah mereka tahu bahawa masa itu adalah emas. Guys, emas tu berharga. So that's mean masa tu pun berharga sangat.
Nampak sahaja keretanya. Aku keluar dari rumah dan mengunci pintu pagar. Muka yang ceria sudah tidak hadir di wajahku buat seketika ini. Hanya wajah yang masam mencuka sahaja yang menghiasi wajahku ketika ini.
"Lambat 15 minit. Lain kali kalau tak pandai menepati masa, jangan ajak saya keluar." Kataku mendatar dan dingin.
"Rania, I'm so sorry sebab lambat 15 minit. Tadi saya lupa yang saya ada appointment dengan patient. Will you forgive me my sweetie?" Tanya Arash.
"I don't really care actually. Saya just tak suka menunggu. 15 minit tu boleh buat banyak benda yang berfaedah tau tak?" Jawabku dengan nada yang kesal.
"And my name is not sweetie. My parents already gave the nice name to me. So please just call me Rania okay?" Sambungku lagi. Aku hanya memandang kehadapan tanpa memandangnya.
"Okay I'm sorry. Rania, awak merajuk dengan saya ke sekarang ni?"
"Nope. Jangan perasan la, Arash. Eh tak boleh ke bawa kereta sambil bercakap? Kalau macam ni sampai bila nak sampainya?" Kan aku dah cakap, aku memang tak suka buang masa. Kalau boleh, aku nak sesuatu perkara yang dilakukan itu, boleh dibuat perkara yang lain juga. Kiranya seperti 2 dalam 1 ataupun lebih. Jimat masa.
Kereta digerakkan.
"Marah lagi ke Rania? Saya bukan sengaja pun, saya TERlupa. Nak buat macam mana kan? Manusia memang langsung tak boleh nak lepas dan lari dari melakukan kesilapan. Lagi jauh dia lari, lagi banyak masalah yang datang. Jadi, saya pun golongan yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan." Tuturnya lembut sambil meneruskan pemanduannya.
"Ya saya tau.. Saya minta maaf juga, terikut sangat emosi gedik mengada saya ni. Hmm, awak nak makan kat mana ni?" Aku menjawab dengan lembut. Aku sedar, aku juga membuat silap. Terlalu mengikut emosi gedik tu sampai benda sekecil kuman pun nak besarkan macam dinasour.
"So will you forgive me Rania?" Tanyanya. Dia memandang sekilas kepadaku.
"Ya why not?" Aku ketawa kecil.
"Oh ya by the way kita akan makan di rumah saya. No I mean, di rumah family saya. It's okay kan?" Dia bertanya.
Aku terkejut.
"Awak jangan nak main main kan saya eh? Tadi ajak pergi tempat lain ni tiba tiba nak ajak saya pergi rumah your family pulak. Saya taknak la, segan. Lagipun siapa saya nak makan with your family?"
![](https://img.wattpad.com/cover/66208337-288-k260836.jpg)
YOU ARE READING
Please Be Mine, Sayang.
RomanceHati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance