34

12.5K 425 12
                                    

Balik sahaja dari sekolah, mindaku terus berfikiran untuk pergi melawat Arash macam hari hari yang sebelumnya. Termasuk hari ini, sudah 2 minggu Arash tidak menyedarkan diri. Dan selama 2 minggu jugalah aku bercakap seorang diri di dalam wad itu dengan bertujuan untuk membakar semangatnya.

Aku pasti dia akan mendengar segala luahan hati aku walaupun matanya tertutup rapat. Apabila sampai di sana, baru sahaja kaki mahu melangkah masuk ke dalam wadnya, kelibat dua orang yang mungkin kedua ibu bapanya sudah ada di hadapanku. Raut wajah lelaki itu hampir sama dengan wajah Arash.

"Nak jumpa Arash ye?" Soal wanita itu. Aku pasti, inilah ibu kepada Arash memandangkan inilah kali pertama aku berjumpa dengannya, jadi aku main teka sajalah.

Aku bersamalaman dengannya.

"Ye aunty. Arash macam mana, ada perubahan?" Ayat itu terus sahaja terpancul keluar. Panggilan 'aunty' juga langsung keluar tanpa berfikir. Ibu Arash hanya tersenyum hambar mengenangkan nasib anak terunanya itu.

Melihat kesedihan yang dihadapi oleh wanita ini, tanganku segera memegang tangannya dan cuba untuk menenangkannya. Kesedihannya itu juga membuatkan aku terasa amat rindu dengan ibu dan ayah yang ada di kampung.

"Aunty sabar ye? Kalau Arash tahu yang aunty sedih macam ni, mesti dia lagi bertambah sakit. Aunty kena cuba untuk ceriakan keadaan. Cubalah bercerita dengan Arash tentang kenangan kenangan manis aunty dengan Arash. InsyaAllah, Arash okay nanti.." Tuturku lembut.

Ibu Arash mengangguk perlahan dan tersenyum sambil menahan sebak.

"Terima kasih Rania.. Rania masuklah dulu, jagakan Arash sekejap ya? Aunty nak ke cafe di bawah sekejap.." Katanya lalu bingkas bangun dari kerusi yang disediakan di luar wad yang bersebelahan dengan pintu wad dan berlalu pergi dengan menggunakan lif.

Rania? Macam mana aunty tu boleh tahu nama aku? Ataupun pendengaran aku sudah tidak betul? Aku menggelengkan kepala untuk menepis semua soalan itu lalu memulas tombol pintu untuk masuk ke wad yang menempatkan Arash.

Setelah lama mengamati wajah Arash itu, aku terfikir sesuatu. Kemanakah wanita yang sarat mengadung itu? Tidak risaukah dia tentang apa yang berlaku kepada Arash ini?

Oh lupa, dia sudah ada lelaki lain.

"Assalamualaikum Arash." Kataku separa berbisik.

"Bila nak bangun, nak sedar? Awak tak rindu ke family awak yang lain? Terutama sekali your mom. Kesian saya tengok dia, muram je. Apa apa pun, awak kena juga bangun dan sambung kehidupan awak macam hari hari yang lepas."

"Awak kata awak Hero. Tapi kenapa taknak sedarkan diri? Superhero kan kuat, jadi mustahil lah buka mata pun susah kan? Arash, awak nak tahu tak, sepanjang malam saya tidur berpelukan dengan teddy bear yang awak bagi hari tu. Kan awak ada cakap, kalau rindu awak, peluk teddy bear tu kan. Ingat lagi tak?" Kataku sendirian sambil berpura pura ketawa. Lagaknya persis orang kurang siuman, tapi inilah ubat untuk menyemangatkan Arash.

"Awak kata awak taknak tinggalkan saya walau sesaat pun. Awak kata, kalau boleh awak nak cepat cepat kahwin dengan saya sebab sepanjang masa awak boleh tengok muka saya. Jujur dalam sudut hati saya kan, saya rindu sangat sangat dengan awak. Rindu dengan segala usikan awak, rindu nak dengar suara, rindu nak keluar sama sama."

"Minggu depan Imanina dengan Asyraf dah nak nikah tau. Awak cakap awak nak jadi pengapit Asyraf dan Imanina bersama saya. Kalau awak tak bangun, dengan siapa saya nak jadi pengapit?" Aku mengeluh, aku harap dengan ini dapatlah membantu Arash.

"Arash, I really loves you. I really do. So please just wake up and live your life. Don't you wanna date together macam biasa?" Aku mengenggam baju yang tersarung di badannya untuk menahan tangis.

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now