"Saya dah fikir masak masak." Jawabku dengan tenang dan yakin.
"Jawapan saya-" Aku terhenti seketika.
"Okay Akmal, saya harap jawapan saya ni tak menyinggung sedikit pun hati awak. First of all, saya minta maaf sangat sangat, saya memang tak boleh nak bawa hubungan kita ni kearah yang lebih jauh seperti apa yang awak maksudkan itu. Ya, sebelum sebelum ini memang saya cuba untuk mendalami hati awak, tapi apa kan daya.. Saya hanya seorang manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan yang bernyawa. Hati dan perasaan tak boleh dipaksa walau bagaimana cara pun. Dan saya harap dengan semua penjelasan ni, awak akan faham.
Dan saya nak hubungan persahabatan kita ni kekal. Saya harap perkara ni tak membawa apa apa masalah kepada kita berdua untuk terus bersahabat. Saya yakin, awak akan berjumpa dengan perempuan yang lebih baik dari saya. Ingat, Allah itu maha adil. Tak mustahil yang awak akan dapat lebih daripada yang sekarang. You deserve it." Kataku langsung tidak memberi peluang kepadanya untuk terus bercakap. Selepas meneluarkan semua itu, aku berasa tenang bagaikan satu beban yang ada pada diriku terus terhapus.
Akmal menarik nafas yang panjang sebelum menghembusnya dengan riak yang sedikit kesal. Aku benci perasaan ini, aku benci melihat seseorang terluka. Tapi, aku tak boleh tipu soal hati dan perasaan aku.
Hati aku hanya untuk dia.
Arash.
"So that's mean betul lah tekaan saya selama ini. Memang awak dah berpunya kan? Tak lain dan tak bukan mesti lelaki semalam kan?" Kata Akmal sambil kedua dua tangannya memeluk badannya.
"No bukan macam tu. Saya dan Arash masih belum ada apa apa hubungan yang istimewa. Dan macam yang saya katakan tadi, jangan sampai persahabatan kita ni musnah Akmal. Awak kena redha dan terima setiap ujian Allah. Dan awak kena percayakan Qada' dan Qadar. Kalau dah tertulis yang saya ni jodoh awak, maka tak perlulah awak risau. Semuanya akan berjalan dengan lancar dan kita tetap akan bersama selamanya. Awak masih percaya akan takdir bukan?" Balasku cuba untuk menenangkan sedikit hatinya yang terhiris itu.
"Tapi cara awak tu salah Rania! Awak tak sepatutnya beri saya harapan yang tinggi untuk memiliki awak. Dan awak tak sepatutnya melayan saya macam ni. Benda ni membuatkan saya bertambah sayang kepada awak Rania. Tolong lah faham perasaan saya. Sekali ini sahaja aku minta.."
"Sejak dulu lagi saya pesan, jangan pernah letak harapan yang terlalu tinggi kepada saya. Awak sendiri dengar yang saya cuma anggap awak sebagai seorang sahabat. Saya tak sangka cara saya melayan awak lebih membuatkan awak jadi macam tu. Sumpah, memang tak terlintas langsung di fikiran saya yang perkara ini akan jadi macam ni. Maaflah Akmal, permintaan awak terlalu tinggi untuk saya tunaikan. Saya memang tak boleh nak buat apa apa selain daripada—"
"—menjauhkan diri daripada awak untuk selamanya. Mungkin masalah ni akan pulih kalau kita berdua masing masing melupakan tentangnya. Kita buatlah haluan masing masing. Anggaplah saya ni langsung tak pernah wujud dalam hidup awak dan anggaplah kewujudan saya ni mimpi ngeri awak. Awak harus sedar dari mimpi ngeri awak.."
"Okay. Kalau itu yang akan membuatkan awak bahagia Rania, saya akan lakukan. Awak ingat ni Rania, saya buat ni demi awak!" Kata Akmal lalu perlahan lahan menghilang dari anak mataku.
Aku menghembus nafas lega. Terasa lega apabila Akmal dapat terima apa yang aku katakan. Dalam hati, aku berharap sangat yang dia akan berjumpa dengan bidadari yang baik dan solehah. Biarpun aku kehilangan seorang sahabat, aku masih adaNya yang sentiasa disisiku iaitu sang penciptaku, Allah.
Petang itu, selepas berusan dengan Akmal, aku terus memasuki rumah. Aku harap, pertengkaran aku bersama Akmal tadi tidak menjadi buah mulut kepada jiran jiran disini.
YOU ARE READING
Please Be Mine, Sayang.
RomanceHati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance