22

13.3K 502 32
                                    

Balik sahaja di rumah, aku terus menuju ke bilik dan mandi. Dan aku tahu, aku dapat rasakan yang mereka juga perasan tentang perubahan aku ni. Tapi aku sendiri pun tengah pening, yang aku ni terover sangat kenapa?

Dah banyak kali kau kata nak move on, move on. Tapi apa yang kau buat sekarang ni? Ini ke dia yang dinamakan move on? Kau memang Rania, mulut tu senang aje nak cakap. Tapi tak jugak buatnya. Cakap je melebih, tapi satu hampeh pun tak menjadi.

Sampai bila kau nak terus pendam perasaan kau ni? Lebih baik kau campak perasaan kau yang entah apa apa ni ke dasar laut, mana tau kot kot ada putera duyung jumpa? Ah, mengarut lagi. Hey Rania, this is a modern fairytale okay? Jangan harap setiap cerita kehidupan kau akan bahagia macam cerita Cinderella, Snow White tu semua. Ingat, ini adalah modern fairytale!

Tiada istilah bahagia di akhir cerita..

Aku tergelak sendiri.

Kelakar betul apabila cinta kita bertepuk sebelah tangan. Lebih kelakar dari rancangan maharaja lawak dan gag concert. Aku masih lagi berdiri lama di bawah pancuran air di bilik air itu mengenangkan nasib cinta aku yang bertepuk sebelah tangan.

Apa aku kisah bil air rumah Arash naik melambung, siapa suruh dia permainkan hati dan perasaan aku ni. Aku sengaja membersihkan diri lama lama, biar naik melambung bil air dia. Baru aku puas! Err, walaupun hanya 1%.

***

"Rania, Bella kata sekejap lagi abang dia datang bawa makanan untuk kita makan malam ni.." Kata Imanina sebaik sahaja aku memasuki bilik. Aku mengeluh berat lagi. Kenapa aku selalu kena berhadapan dengan dia?

"Weh, esok la kita pindah rumah baru kita eh? Aku rasa dah lama sangat la duduk sini, nanti apa pula family diaorang cakap.. Kalau boleh, sekarang juga aku nak keluar dari sini,"

"Mana boleh Rania, owner rumah tu belum bagi lagi kunci kat aku.. Nak buat macam mana kan, terpaksa. Lagipun Arash sendiri yang benarkan kita tumpang kat sini.."

Aku diam. Imanina menghampiri aku dan memegang bahuku. Imanina mesti faham perasaan aku sekarang.

"Kau tabah je la ye? Anggap aje semua yang kau simpan tu dulu, adalah mimpi semata mata. Ataupun tak pernah wujud! Aku tahu, kau sakit hati kan bila dengar yang Bella cakap Arash dah berpunya?" Dia menggosok bahuku perlahan lahan.

Akhirnya air mataku terjatuh juga apabila Imanina berkata seperti itu. Ya, memang hati aku sakit sangat! Rasa perit tu macam ditusuk benda yang berduri dan tajam.

"Kenapa Arash buat aku macam ni? Dia cakap dia suka kan aku.. Dia cakap dia cintakan aku.." Kataku dalam tangis.

"Dah la tu Rania.. Tak semua lelaki dalam dunia ni jujur. Kadang kadang, diaorang tu suka buat janji manis, tapi akhirnya kita yang terasa pahitnya. Dan aku nak ingatkan kau lagi sekali, kumbang bukan seekor tau! Berlambak lagi tu lelaki yang kat luar sana. Kau tak boleh terus macam ni, nanti kau juga yang makan hati.." Pujuk Imanina sambil memelukku.

"Tapi aku dah terlanjur!!"

Wajah Imanina terus berubah terkejut.

"Kau... Dengan Arash dah terlanjur? Ya Allah Rania! Kau tak tahu dosa pahala ke Rania? Kau kena ingat Allah Rania! Jangan ikutkan sangat nafsu syaitan tu Ya Allah. Kalau korang dua dah cinta sangat sampai nak buat benda terkutuk tu, kahwin terus! Kalau kau mengandung, jangan sesekali buang anak yang tak berdosa tu, ingat Rania!" Imanina berkata dengan penuh terkejut dan tanpa henti dia memberi hujah kepadaku.

Aku membaling bantal peluk kepada dia. Goal! Tepat sekali kena muka dia. Padan muka, siapa suruh main tuduh aje? Aku belum habis cakap dia dah membebel macam orang tua. Ha, kalau sabar aku kurang tadi, dah lama aku tendang si Imanina ni. Geram pulak aku.

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now